Iklan

Sunday 17 March 2013

ANNIVERSARY + KEMATIAN + DUGAAN = SABAR AJELAH!

Innalillahiwainailaihirrajion...daripadaNya kita datang & kepadaNya kita kembali.

12/3/13 akan menjadi tarikh yang akan aku ingati sampai bila-bila. Kalau sejak 8 tahun dulu, 12/3 hanyalah tarikh ulangtahun perkahwinan kami suami isteri tapi selepas ini, 12/3 bukan sahaja menjadi tarikh ulangtahun perkahwinan kami, malah menjadi tarikh pemergian Tok Limah (nenek aku sebelah emak). 2 tahun lepas, dalam bulan 3 juga, 21/3 aku mendapat berita pemergian Tok Nu (nenek aku sebelah ayah), dan kali ini pemergian nenek sebelah emak pula. Sekarang ni aku dah tak ada Tok & Wan dari kedua-dua belah mak dan ayah. Aku adalah cucu yatim piatu.

12/3/2013, pagi2 aku dah terdengar bunyi telefon aku dok menyanyi riang. Mula2 aku ingatkan bunyi alarm Subuh dari telefon aku sebab masa tu dah nak dekat Subuh tapi bila diamati betul2, bunyi panggilan telefon. Biasanya kalau bunyi telefon pagi2 ni memang petanda tak baikkan? Bila aku dah terperasan bunyi telefon, terus aku melompat dan capai telefon. Adik aku yang call. Aku pun dengan suara baru bangun tidur tanya kat dia, 'Kenapa?'. Walaupun dalam hati macam dah dapat agak tapi, aku harap janganlah sebab hari tu aku punya anniversary, mesti suami aku ada plan nak bawa aku makan2 ni...ishh! Terukkan aku ni?

Adik aku pun cakap, tadi mak aku call dan kata Tok dah tak ada. Innalillah...aku tanya pukul berapa Tok meninggal? Katanya baru je...dalam pukul 5.45 pagi. Dia tanya aku nak balik kampung tak? Aku terus kejutkan suami aku dan tanya. Katanya takkan tak balik pula? So, aku dan adik aku pun plan2 la nak balik pagi nanti. Mulanya adik aku nak balik dengan aku tapi kemudian tukar plan, kami balik sendiri dan dia akan balik dengan mak cik dan ayah aku. Mak aku memang dah ada kat kampung since Tok aku masuk hospital dan discharge sebab hospital dah tak boleh buat apa2.

Aku pun kemas2 beg dan dalam pukul 9.30 pagi kami bertolak. Al-kisahnya macam ada je halangan masa kami dah bertolak tu. Mula2 sekali, disebabkan balik mengejut, suami aku memang tak servis kereta dan minyak serta baki Touch n Go memang tak ada. Bila dah naik atas highway menghala ke Utara, suami baru nak cari stesen minyak. Jumpa satu stesen minyak kat R&R, ditutup untuk baikpulih plak. Suami terpaksa keluar kat satu tol terdekat untuk cari stesen minyak. Sampai tol, tanya boleh top-up Touch n Go tak? Katanya kat situ tak boleh.

Cari stesen minyak mula2 tak jumpa juga. Beberapa minit baru jumpa & kat situ pun tak boleh top-up Touch n Go. Lepas isi minyak, suami pergi keluarkan duit kat Maybank dulu. Lepas tu nak masuk tol balik, baki dalam kad Touch n Go memang tak ada, so palang tak nak buka lak. Terpaksa reverse keta dan masuk lorong tunai. Kat lorong tunai tu nasib baik boleh top-up. Ok, settle dah 2 kerja...isi minyak & top-up Touch n Go.

Atas highway, tak sampai setengah jam kereta bergerak kot & aku baru nak lelap mata, dengar suami dah mengeluh. Mmm...apa kes plak??? Enjin mati dan tak boleh start! Again!!! Dulu pernah gak terjadi kes enjin mati kat atas highway masa kami nak balik dari raya haji di Kedah ke KL. Pengalaman tu memang aku tak suka dan kalau boleh tak nak jadi dah tapi nak buat macamana, terjadi sekali lagi dalam tempoh tak sampai setahun dari raya haji tahun lepas. Masa dulu tu, mujur keta mati tepi jalan & betul2 belakang kereta tow truck PLUS. Apalagi, terus je kena tarik keta, jimat masa sikit nak menunggu tapi duit tak jimatlah! 

Cuaca dahlah panas giler & aku plak dengan berjubah hitamnya (nak balik tengok orang meninggallah katakan!). Suami turun untuk tolak keta ke tepi sikit dan aku kena control stereng. Lepas tu kena bawa anak turun dok kat tepi longkang tepi highway tu. Mujur juga keta mati tak jauh daripada telefon kecemasan atas highway tu, so suami pergi call PLUS. Pengalaman duduk tepi highway bukan menyeronokkan, ditambah pula dengan anak kecik tapi nasib baik ada longkang so aku turunkan anak aku dalam longkang, dia tak adalah boleh main tepi2 highway tu. Kalau tak ada longkang, mau aku pegang tangan dia sentiasa. Masalahnya anak aku bukan jenis suka dipegang2...huh! Risau & seriau je duduk kat situ. Sekali kenderaan berat lalu, berdesup bunyinya.

Tak lama, ada satu tow truck (bukan PLUS punya) berhenti kat tempat kami. Diaorang ni mesti ada je kan? Tapi kes ni tak menakutkan sangat. Yang dulu lagi takut, tak pasal2 nampak sebiji kereta dok ikut kereta kami dari belakang masa kereta kami tengah ditarik PLUS. 2 orang mamat India follow rapat & slow je. Rupanya geng2 mekanik la & nak elakkan diri dari diaorang pun kena ada cara. Mujur abang2 polis bantuan PLUS tu tolong kami tapi diaorang tu tolong pun ada imbuhan untuk diaorang juga daripada mekanik...:p

Tak lama Polis Peronda PLUS pun sampai dan kereta kami sekali lagi ditarik sampai ke Tol Sungkai. Sampai ke tol tu kamilah kena pandai2 sendiri nak buat macamana. No mekanik abang2 peronda tadi dah bagi, terpulang nak call ke tidak. Abang tow truck satu lagi pun dok menunggu kesempatan juga. Duduklah kami bertiga beranak kat kaki tangga depan surau sambil memikirkan apa nak buat. Mak dan ayah aku dah call tanya tapi diaorang pun tak dapat nak buat apa2 melainkan nak ambil kami dari situ. Disebabkan arwah Tok belum dikebumikan & hanya akan dikebumikan lepas Asar, aku menolaklah sebab malas nak menyusahkan orang. Dalam hati aku memang terfikir yang aku tak akan berpeluang nak tengok arwah kali terakhir.

Pikir punya pikir, tiba2 ada seorang Cina mekanik datang naik tow truck & tanya kami ni nak balik tengok orang mati ke? Eh, macamana plak dia tahu? Katanya abang PLUS bagitau...bincang punya bincang & tanya harga semua, okeylah kami setuju ke bengkel dia. Dah tak tahu nak buat macamana & kereta tu apa2 pun memang nak telan duit juga. Suami aku kata masalah timing belt. Dari mula2 keta rosak dulu tu memang timing belt tu nak kena repair dah tapi asyik tertangguh, so inilah masanya kot!

Kereta kami akhirnya ditarik sampai ke bengkel yang terletak betul2 lepas keluar Tol Bidor. Mujur kat situ banyak kedai makan Melayu. Bila buka je bonet enjin, timing belt tu dah hancus giler. Nak kena repair semua tu kena habis dalam RM700 gak :( Duit oh duit! Disebabkan panas, aku ajak anak aku masuk kedai makan sebelah je dengan bengkel tu. Dari pukul 1 tghr sampailah pukul 7 malam baru kereta tu siap. Naik kematu punggung aku. Muka ni aku tebalkan ajelah duduk menempek lama2 kat situ tapi nasib baik pesan makan & minum gak. Bukan duduk saja2.

Lastly, kami berhenti solat dulu kat tol tu sebelum berlepas balik ke KL balik. Aku cakap dengan mak aku, tak jadilah nak balik kampung sebab arwah pun dah selamat dikebumikan. Kalau balik pun dah tak ada apa nak dibuat. Macam banyak je halangan nak balik ke kampung ni dan macam tak bagi je aku balik. 

Aku tak rasa ralat sangat tak sempat nak tengok arwah sebelum dikebumikan sebab 2 hari sebelum arwah meninggal, aku ada bersama arwah. Aku balik kampung Jumaat (8/3/2013) dan Ahad (10/3/2013) aku balik ke KL balik sebelum dapat berita arwah meninggal pada 12/3/2013. Masa kami semua nak balik dari sana, arwah nampak macam dah ok sikit tapi biasalah sakit orang tua, mana mampu nak bergerak sendiri. Selama aku kat sana pun arwah boleh bercakap dan kenal semua orang cuma arwah dah tak nampak. Yang sedihnya tengok tubuh arwah, tinggal tulang dan kulit semata2. Arwah selalu mengadu lenguh2, jadi kami urutkan badan dia tapi bayangkan macamana nak urutkan tulang & kulit? Kami terpaksa sapukan minyak baru berani nak mengurut. Urut pula dia nak diurut kuat2, sedangkan kami risau dia sakit tapi memang dia tak sakit diurut kuat. Kaki dan tangan arwah masa tu memang sejuk macam mayat tapi arwah tak nak diselimut. Kain yang kami selimutkan dia habis kena tepis. Dia mengadu panas & kami kena kerap basahkan badan & kepala dia dengan air. Arwah masa tu memang tak lalu makan apa2. Kalau disuap makan pun cuma 2-3 sudu. Kadanag2 dia mengadu sakit tapi bila ditanya sakit macamana, katanya tak tahu. Mujurlah Allah ambil nyawanya sebab kalau tengok memang tak sanggup. Kita ni kalau demam 2-3 hari pun dah tak senang duduk, bayangkan macamana sakit nak mati? Allahuakbar!

Sekarang ni pula, Pak Su aku yang selama ni duduk dengan arwah pula jatuh sakit. Sebenarnya masa kami balik tengok arwah pun, dia ikut sama terlantar kat sebelah sebab sakit. Sekarang Pak Su aku dah dibawa ke Hospital Selayang supaya senang kakak-kakak dia nak jaga dia kat sini. Doakanlah Pak Su aku akan sembuh.

Maaflah entry kali ni panjangkan? Sebab itulah lambat sikit nak update sebab tahap kemalasan tu ditahap kronik. Nampaknya entry pasal anniversary terpaksa ditunda sebab suami punya plan nak bawa keluar makan pun tertunda. Tak kisahlah sebab suami dah bagi a very nice card sempena anniversary hari tu...LUV U BABY!

No comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...