Iklan

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, 4 July 2014

MENU BERBUKA KU

1 RAMADHAN 
 Tortilla Ayam, Mashed Potato & Salad

2 RAMADHAN 
 Nasi Goreng Kerabu, Wantan Goreng / Kukus & Jus Soursoup

3 RAMADHAN
 Mee Hailam, Cucur Udang & Sirap Limau

4 RAMADHAN
 Bihun Goreng Singapore, Kuih Getas2 & Air Jagung

5 RAMADHAN
Koey Teow Goreng, Cucur Labu & Sirap Bandung

Semoga semua mendapat inspirasi dan manfaat bersama yer!
Selamat Berbuka...

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum... 

Lamanya tak bersiaran...aduiii, kenapalah makin malas nak update blog ni tah. Tup2 dah masuk bulan Ramadhan pun. 

Bersempena bulan Ramadhan ni apa yang istimewa kawan2?

Apalagi...makanan lah!!!

Juadah berbuka memang meletops boom kebaboom la korang ek? Aku macam biasa je...
Bila dah makin berumur ni, nafsu nak makan banyak2 pun tak ada. Cukup dengan makanan berat dan kuih2 je sikit.

Dah 2-3 tahun kot aku tak menjengah ke bazar ramadhan lepas jadi surirumah ni. Kadang2 rindu lak nak ke sana, baru terasa suasana berpuasa gitu tapi memikirkan harga2 makanan kat bazar tu semakin lama semakin la tak berkemampuan aku dibuatnya, so lebih baiklah aku jadi surirumah dan isteri yang mithali dengan memasak sendiri untuk suami dan anak. Yang penting kebersihan tu!

Tahun ni aku excited juga nak masak untuk juadah berbuka. Adalah juga buka buku2 resepi dan google tapi masih tak cukup dan kepala masih kosong...kosong...setiap kali nak berbuka nak buat juadah apa.

Tahun ni tahun pertama ajak Afif bangun bersahur bersama. Kesian juga sebenarnya sebab lepas sahur dah nak kena ke sekolah agama. Balik sekolah agama nak ke sekolah kebangsaan pula. Balik sekolah kebangsaan, lepas berbuka dia ke surau untuk terawih pula. Penat juga budak tu tapi dia memang terpaling excited nak ke terawih. Bukan bulan puasa pun ajak berterawih sebab nak minum teh masa moreh...apa yang sedap sangat teh kat surau tu pun aku tak tahulah.

Aku tak paksa sangat Afif berpuasa penuh tahun ni. Tapi aku akan make sure sekurang2nya setengah hari memang dia berpuasa. So slow2 la nak suruh dia capai satu hari penuh.

Dengan cuaca yang panas sekarang ni, kesian pula kat budak2. Bila Afif ke sekolah kebangsaan aku bekalkan air dan duit belanja sikit. 1st day dia bawa bekal air dia okey tapi balik tu dia marah2 aku. Katanya kawan2 semua ejek dia tak puasa. Esok katanya dia tak nak bawak bekal air dah, duit pun tak nak! Amboi...berlagak betul bunyinya. So akulah terpaksa terangkan kat dia yang Afif masih dalam tempoh latihan. Afif masih belajar macamana nak berpuasa. Afif kena terangkan kat kawan2 yang Afif tengah belajar dan Afif puasa setengah hari dulu, lama2 nanti Afif akan puasa penuh. Afif kecik lagi, Allah tak marah. 

Lepas dia dengar explaination aku baru dia cool down. Esoknya aku masih bekalkan dia air. Balik sekolah habis juga air tu. Katanya kawan2 pun kongsi minum...pulak! Hari ke-4 sampai hari ke-5 pun aku buat benda yang sama cuma hari ke-6 dia makan sahur habis sepinggan (itupun sebab aku suap) dan sempat minum air sebelum azan, aku pujuk dia supaya tahan puasa sampai maghrib. Dia okey je. Aku pun dah tak bekalkan dia air tapi aku masih bagi duit belanja...tak banyak pun, RM1 je in case dia tak tahan sangat nanti.

Aku tak tahu macamana keadaan dia hari ni sebab dia masih kat sekolah lagi ni. Petang ni abah Afif tak ada untuk berbuka bersama. Dia berbuka dengan Officemate kat luar la pula. Sudahnya makan berdua ajelah kami...ooo, aku ber'cuti'. Hari ke-3 hari ni. Tapi Cik 'P' datang tak byk pun...brownish je, risau pula aku sebab kalau datang tak banyak ni biasanya akan berlarutan lebih seminggu...aku tak nak!!

Korang nak layan tak gambar menu berbuka aku? Aku ni berbuka jenis tak makan nasi berlauk. Aku memang dah dibiasakan dari kecik makan kuih2 dan yang bergoreng2 je. So agak leceh sikitla sebab sahur nanti tak boleh nak panas2kan aje lauk, memang kena bangun memasak fresh2 lauk pagi tu.

Kita layan gambar kat next entry k.....chow!






Monday, 5 August 2013

PERSIAPAN RAYA SETTLED!

Alhamdulillah...persiapan raya untuk kami sekeluarga dah selesai. Baju, kasut raya anak dah beli. Aku pun dah dapat sepasang kasut dari suami. Suami pun dah dapat baju sehelai dan dia juga dah memborong 2 helai baju kemeja untuk kerja. Orang sibuk nak beli baju raya, dia pula sempat beli baju untuk kerja...Suami pun sempat juga belikan emak dan ayah mertua aku baju. Mak mertua aku dapat jubah yang dipilih oleh kami berdua. Kebetulan pergi buka puasa kat Shah Alam nampak kedai jubah. Bila singgah nak cuci mata terberkenan lak kat jubah kat situ. Teruslah beli sebab memang tujuan keluar tu untuk membeli baju untuk mertua. Pak mertua punya baju Raihan kami beli kat PKNS. So semua dah settled!

Persiapan raya kami ni tak pernah melibatkan persiapan untuk satu rumah. Ada orang kalau raya nak kena langsir baru, kerusi meja baru, tapi kami tak. Rumah tu macam tu jugalah, tak ada yang baru. Bunga2 perhiasan pun yang 8 tahun lepas. Dah berhabuk pun tapi aku tak ada hati nak cuci :D

3 hari jugalah kami menghabiskan masa keluar mencari semua ni. Dah 3 malam jugalah kami ni tertinggal terawih. 3 malam jugalah berbuka puasa kat luar. Yang paling tak tahan tu berjalan di Jalan TAR terus ke Sogo. Sampai kaki aku sakit2 berjalan dari LRT Masjid Jamek ke Sogo tapi gagahkan juga sebab masa dah suntuk nak mencari baju raya anak yang belum terbeli2. Buka puasa kat Food Court Sogo je masa tu. Umat manusia ni Ya Rabbi punyalah ramai. Taubat aku tak naklah ke Sogo kalau nak cari baju raya. Nak kata baju murah2 sangat pun tidaklah juga sebab esoknya kami ke Jusco 1 Utama, baju kat situ jauh lebih murah dan lebih comel2 lagi designnya. Shopping pun relax je sebab tak ada orang. Tak payah nak bersesak2 dan tolak menolak. Buka puasa kat dalam Jusco juga. Mula nak makan kat Chicken Rice Shop, dah fully booked. Pergi lak ke Kenny Rogers pun sama. Sabtu berbuka di Zam Zam Shah Alam, kat situ yang kami beli jubah untuk mak mertua.

Terima kasih suami sebab menyediakan semua ni untuk kami walaupun terlewat tapi sekurang-kurangnya ada. Teringat kata-kata seorang rakan blogger pada aku supaya tak menceritakan kisah2 rumahtangga kat sini. Betul juga apa katanya dan aku dah fikir, so aku dah pun delete segala kata2 negatif aku dalam entry tu dan aku terpaksa juga delete komen dia sebab komen dia dah tak releven dengan entry aku :D Terima kasih sebab mengingatkan aku. Bukan apa, kadang2 emosi menguasai diri dan kita tertekan dan tak ada tempat meluahkan perasaan. Aku ingat pada blog inilah tempat untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati sebab blog aku ni dibaca oleh mereka2 yang tidak aku kenali sahaja. Tapi sekarang aku lebih beringat dan mungkin terpaksa menelan sahaja tekanan2 itu semua sendiri :) Wahhh...tetiba aku lebih terbuka menerima teguran sedangkan aku ni bukan senang nak terima teguran. Mungkin aku perlu lebih muhasabah diri sempena Ramadhan kali ni ;)

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...