Actually dah berapa hari kita beraya ni? Serius aku tak ambil tahu pun. Apa yang aku tahu, kalau orang ajak beraya ke rumah aku pergi, kalau orang tak ajak maka duduklah aku kat rumah macam hari2 biasa sampaikan mak ayah aku datang pun dia tanya...
Bapak: "Hang ni raya apa ni"
Aku: "Awat pulak?"
Bapak: "Duduk ja rumah, kuih raya pun tak dak!"
Aku: "Orang zaman sekarang memang beraya macam ni."
Mmm....sedihkan? Tak meriah macam dulu2. Ya la, dulu2 kalau raya balik kampung satu kemestian. Sekarang bila mak ayah dah dok KL beraya kat KL ajelah. Mujurlah laki aku orang Kedah, merasalah jugak aku beraya ke Kedah. Itupun 2 tahun sekali lah, sebab ikut giliran. Dulu2 mesti berkumpul kawan2 dan berjalan beramai2 pergi beraya. Bukan sebab nak kutip duit raya tapi memang nak pergi rumah kawan dan beraya. Singgah makan kuih, minum air dan lepas tu terpulang pada mak ayah si kawan tu nak bagi duit raya ke tak. Nak seronok je sebenarnya tapi bukan macam budak2 sekarang...datang bagi salam pastu tanya nak makan ke tak, ada yang diam dan ada yang terus jawab tak nak. Nak duit raya je rupanya! Suka hatilah nak oiii, mak pun tak penat nak cuci gelas :D
Sebenarnya dalam kita bersuka ria menyambut Syawal ni, ada insan2 yang dipilih untuk diuji Allah. Semalam aku sempat melawat kawan baik aku di Subang Jaya. Kami berkawan since kami Darjah 3 lagi. Bila masuk sekolah menengah kami terpisah sekolah tapi beberapa tahun sekali ada berhubung, lepas tu terputus dan berhubung balik. On off on off macam tu lah tapi sejak ada FB memang senanglah nak ambik tahu hal masing2.
Sebenarnya kawan aku ni, dalam usia baru 34 tahun dah mendapat gelaran balu. Lebih sedih lagi bila gelaran tu dia terima beberapa hari sebelum kita umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Ya Allah! Kalau aku kat tempat dia, tak dapat aku bayangkan macamana. Menyambut Ramadhan dan Syawal buat pertama kali tanpa kehadiran suami di sisi.
Mula2 aku dapat berita ni, aku sendiri macam tak percaya dan susah nak terima...apatah lagi dia yang menanggungnya sendiri. Walaupun aku tak kenal rapat dengan arwah suami dia tapi masa hari perkahwinan dia, aku sempatlah melihat arwah.
Serius, aku tak tahu macamana nak layan atau bagi nasihat untuk dia dan aku rasakan aku tak layak dan tak wajar pun bagi nasihat atau apa2 kata semangat untuk dia sebab aku tak berada kat tempat dia. Kalau aku nak suruh dia jangan bersedih sangat, jangan ingatkan benda yang dah lepas tu boleh tapi kalau benda tu jadi pada aku adakah aku mampu nak buat semua tu? Suami kita tu...suami yang kita cinta, yang kita sayang, yang kita habiskan masa bertahun2 bersama, mana mungkin kita nak lupakan. Setiap sudut rumah pasti ada kenangan bersama, macamana nak lupakan?
Akhirnya aku berkeputusan untuk duduk dan mendengar saja luahan hati dia. Banyak yang dia luahkan terutama tentang arwah. Rasanya masa 2 jam bersama memang tak cukup nak dengar luahan kawan aku ni. Semua kebaikan arwah dia ceritakan pada aku. Ya Allah, terlalu baiknya arwah melayan isteri dan anak2. Sesekali apabila sedang bercerita, dia akan menitiskan airmata dan cepat2 menyekanya. Aku cuba bertahan tapi setitik dua airmata aku gugur juga mendengar kisah dia.
Pemergian arwah akibat kecuaian orang lain memang menghancurkan hati. Arwah meninggal akibat kemalangan motorsikal. Arwah meninggalkan isteri dan sepasang anak, lelaki dan perempuan yang berumur 7 & 4 tahun. Setelah arwah pergi, kawan aku terpaksa berpindah dan tinggal dengan ibubapanya.
Perancangan Allah dah cukup cantik untuk kita. Ada yang diuji dengan kematian orang yang dicinta, ada yang diuji dengan penyakit, ada yang diuji dengan tiada keturunan tapi Allah tak akan menguji lebih dari apa yang mampu ditanggung oleh hambaNya itu. Allah uji sebab Allah ingat pada kita. Bila Allah ingatlah baru kita diberi semua ni kan? Kalau Allah langsung tak kenal dan ingat kita, Allah pun tak akan ambil tahu tentang hidup kita. Bila diuji, kita akan dilatih untuk bersabar dan ada ganjaran pahala pula bagi orang2 yang bersabar tu.
Kawan aku memang nampak hampir berputus asa tapi aku tak buka cerita pada dia tentang bagaimana pula aku dan kawan2 aku yang lain yang sedang berTTC ni diuji. Walaupun ujian ke atas kami ni nampak kecil tapi bagi yang menanggungnya saja yang dapat merasakan betapa hampir setiap hari hati ini akan kecewa dan menangis mengenang nasib diri. Sudahlah, biarkan dia menangis kerana dia masih bersedih. Insyaallah suatu hari nanti dia akan lebih tabah dan menikmati hidupnya bersama anak2. Syukur! Sekurang2nya arwah meninggalkan dia dengan sepasang cahayamata yang sejuk hati memandang.