Biar betul? Last period aku, bulan lepas (September) pada 17/9. Selepas aku 'bersih' tak sampai 10 hari (sebab period aku bulan lepas berlanjutan selama 11 hari), yang mana 27/9 baru period aku stop dan kelmarin 5/10 tiba-tiba keluar darah balik.
Sebenarnya 2 hari sebelum tu memang dah ada spotting dan brownish2. Dalam entry aku sebelum ni aku ada cerita. Aku tak tahu la pula yang brownish tu akan betul2 turun darah period. Aku ingatkan cuma akan keluar brownish2 je. Darah yang keluar pula bukan sikit2, penuh pad jugak!
Okey, ni aku nak cerita macamana darah tu boleh keluar...sebenarnya benda ni dah beberapa kali jadi kat aku dan bila kelmarin terjadi sekali lagi, aku mula terfikir...
Aku ni sebenarnya suka membelek perut. Bukanlah belek macamana tapi kadang2 tu picit2 lemak2 kat perut, tengok berapa tinggi tahap lemak dah naik kat perut macam tu je lah. Disebabkan dah beberapa hari ada keluar brownish, kelmarin sambil2 dok layan Dikir Zikir kat TV AlHijrah, aku pun tekan2 perut aku. Ada 2 spot yang bila aku tekan sakit. Satu kat tepi pusat dan satu lagi kat bawah ulu hati (tempat yg sama ustaz yang pernah cuba nak rawat aku dr gangguan jin pernah tekan dan aku melalak2 dan terus bertukar menjadi 'orang' lain). So bila dah rasa sakit, aku tekan makin kuat kat dua-dua tempat tu sambil selawat banyak2.
Lepas habis tengok tv, aku ke bilik air nak pee pee lah. Panties aku kotor dengan brownish yang pekat dan agak banyak, so aku rsa aku perlu pakai pad. Bila dah pakai pad, aku masuk bilik sambil berbual-bual dengan suami. Perut dah rasa macam lain macam. Rasa macam nak datang period, cramp, bloating dan agak keras sikit. Lepas tu macam rasa nak membuang, so aku ke toilet sekali lagi. Duduk atas jamban tu tak pula membuang tapi pee pee je sekali lagi. Dan bila habis pee pee tu, keluar darah yang agak pekat, berlendir dan berketul. Mmm...nampaknya macam period lagi ni tapi aku pun was2 juga sebab baru je aku kering dari period tak sampai 10 hari. Tapi aku cuma anggap disebabkan cuka epal tu kot nak membalancekan balik period aku. Macamanalah aku tak was2 sebab last cycle aku 72 hari dan tiba2 kali ni 20 hari je??
Tapi tu lah yang aku perasan, setiap kali aku tekan perut aku kat tempat yang sakit tu, tak lama lepas tu akan keluar darah. Bukanlah setiap kali tapi dah beberapa kali perkara macam ni terjadi. Aku bukan nak buat kisah mistik kat sini tapi aku ni memang ada pengalaman berubat cara Islam dengan seorang ustaz dan memang ada 'benda' kat dalam badan aku yang tak nak keluar...so, apakah 'benda' tu pun boleh dianggap penyebab segala masalah aku ni??
Pendarahan Selepas Haid - Dr. Zubaidi
Pendarahan Selepas Haid - Dr. Zubaidi
saya pernah period pada cd23 ..dont worry..cycle plg pendek saya pernah dapat..
ReplyDeletedoc kata cycle period kita dalam setahun tu..mungkin ada perubahan hormon..
mula2 tu sy risau jugak..pergi check dgn doc.after TVS doc kata mmg ye.
nampak saya dpt very short cycle..& ovulate tetap mcm biasa..
Saya bkn risau mag, cuma pelik sebab before2 ni pnya period CD50, CD60, CD74..tup2 bln ni CD20. Dah tu baru je stop period tak sampai seminggu, dah datang period balik...tp ye la, harap2 sebab nak betulkan cycle tu yg jadi mcm tu :)
Delete