Ingat orang ada anak ramai je dalam dilema? Orang yang tak ada anak dan ada satu-satunya anak pun ada dilema jugak tau! So, yang beranak ramai tak payah nak buat muka seposen konon2 dia sajalah yang banyak masalah...
Bagi aku yang cuma ada seorang anak ni kadang-kadang rasa sangat2 bersalah. Bukan salah anak aku tapi salah tu ada pada diri aku sendiri. Rasanya aku yang create masalah tu secara tak sengaja. Aku tak punya anak berderet2 yang mana kalau seorang tak menunjukkan prestasi baik, aku boleh tumpukan pada yang lain. Tak boleh! Disebabkan seorang je anak aku, semuanya aku nak yang terbaik. Kadang2 tu rasa macam aku terlalu menekan atau memaksa sangatkah? Tapi kadang2 terasa wajar apa yang buat tu. Aku ni tak ada harta nak ditinggalkan buat anak, cuma ilmu yang aku mampu bagi dan bila dia tak menunjukkan prestasi yang aku impikan, mestilah aku marah.
Afif ni tahun depan dah nak masuk Darjah 1. Dia dah boleh membaca tapi agak merangkak dan slow. Bila aku tengok kawan-kawan tadika dia yang boleh membaca dengan pantas, aku mula rasakan yang dia pun sepatutnya jadi macam mereka tu. Dia boleh mengira tapi setiap kali buat latihan mengira dengan aku, mesti dia hilang fokus. Berkali2 aku dok bagi penerangan dia tetap sama. Seolah2 aku bercakap berbuih2 mulut tadi macam aku cakap dengan pokok. Kadang2 aku tak pasti sama ada dia ni ada masalah pembelajaran atau apa sebab dia nampak stress bila dia tak dapat menjawab soalan2 yang aku tanya. Mata dia tak tumpu pada buku, dia tak dengar apa arahan aku, dia macam tak faham apa yang suruh dia buat...macam ciri2 Dyslexia pun ada tapi apa yang aku baca tentang Dyslexia ni budak2 yang ada masalah ni tak boleh membaca terus. Afif boleh membaca tapi terlalu slow dan dia cepat bosan dan letih. Bila ditanya apa yang dia baca, dia tak tahu apa yang dia baca...dia cuma baca tapi tak faham langsung!
Aku cuba tak nak tinggi suara pada dia memandangkan dia masih lagi di sekolah tadika tapi aku risau juga kalau aku tak beratkan semua ni, dia akan jadi seorang yang senang. Maksud aku dia akan rasa yang aku tak kisah dan tak peduli sama ada dia boleh membaca, mengira dan sebagainya. Nak kata aku terlalu tegas dan mendesak dia belajar pun tak juga. Aku tak pernah paksa dia belajar. Bila ada homework je baru aku akan minta dia duduk buat homework dia sampai habis. Itupun aku tak kacau dia dari tengahari dia balik sekolah sampai ke petang. Aku biarkan dia bermain dan tengok tv. Lepas Maghrib baru aku minta dia duduk menghabiskan homework dia.
Aku dah tak tahu nak buat macamana lagi. Cikgu2 dia pernah cakap juga yang Afif ni agak lambat sikit kat sekolah tapi dia boleh buat tapi apa2 perkara yang dia buat memang lambat. Kalau kat rumah memang aku ni sentiasa kena keluar suara kuntilanak. Pagi2 lagi aku dah high blood pressure. Budak ni sekarang nak bangun pergi sekolah dah malas. Bangun dah lewat, lepas tu nak pujuk dia mandi pula ada je akal dia...sejuklah, mengantuklah, tak laratlah, nak kena dukunglah...macam2! Dah habis mandi lain pula masalahnya. Nak tunggu dia makan pula dah. Nak makan roti sekeping pun ambik masa 15minit...bayangkanlah! Dahlah gigit kecik2, lepas tu simpan dalam mulut tak kunyah2. Bila kena tegur, dia kunyahlah sekejap tapi bila kita leka dia pun ikut leka. Satu benda je yang aku rasa dia laju...berlari! Setiap kali bawa dia keluar, dia tak pernah berjalan, berlari je kejenya. Aku pula yang letih nak mengawal. Pelik aku dengan perangai anak bertuah aku ni.
Tapi aku bersyukur sebab dia seorang anak yang cerdas...akal dia panjang, mulut dia pandai bercakap (menjawab pun pandai), mendengar kata dan menghiburkan. Semalam lepas dah marah2 dia, lepas kami solat sama2, aku pun bagitahulah dia sebab kenapa aku marah dia. Aku cakap kat dia Afif jangan bagi mama marah lagi. Kalau mama selalu marah nanti mama akan sakit, bila mama sakit nanti mama mati cepat. Afif nak mama masuk kubur, Afif tinggal sorang2? Merah mata dia, muka dia sedih dan airmata pun menitik dalam perlahan. Dia menggeleng. Aku pun berair juga mata. Tak sangka dia tahu rasa sayang. Lepas solat, sambung buat homework balik, sekali lagi dia buat blur (yang membuatkan aku marah sebab dia tak faham arahan aku dan tak buat apa yang aku minta), so aku marah sekali lagi. Allah! Terus dia menangis. Dia kata Afif tak nak mama marah. Afif tak nak mama mati...
Subhanallah! Apa yang aku buat ni? Aku dalam dilema betul. Bukan aku tak nak ajar dia lembut2 tapi bila aku lembut2 dia main2. Bila dia main2, kerja rumah dia lambat siap. Bila kerja rumah lambat siap, dia lambat boleh tidur. So, macamana? Anak dahlah sorang, kalau nak rosak pun yang itulah dan kalau nak berjaya pun yang itu jugalah...so, jangan senang2 orang yang beranak ramai nak kata kami yang anak sorang ni senang, tak ada masalah bla..bla..bla..siapa yang tak ada masalah?? Orang yang tak ada anak pun nampak je macam tak ada masalah tapi mereka pun ada masalah juga bila tak ada anak. Tak pikir pula apa masalah emosi, masalah kewangan sebab usaha nak dapatkan anak dan sebagainya?
Eh, teremosi pula...malam ni memang emosi sikit aku. Tengok Afif tidur ni pun rasa nak pergi peluk cium dia puas2...nak cakap kat dia yang sebenarnya mama sayang sangat kat Afif. Mama marah bukan sebab mama suka2 nak marah tapi sebab mama bukannya mampu nak tinggalkan harta mahu pun saudara buat anak mama ni. Mama nak Afif ada ilmu, ada kemahiran dan berdikari supaya Afif senang kemudian hari. Tak perlu terlalu pandai pun tak apa, asalkan ada usaha nak maju dan berdiri atas kaki sendiri. Esok2 kalau mama dan abah dah tak ada, Afif kena tinggal seorang diri sebab Afif bukan ada abang, kakak atau adik yang boleh membantu Afif. Kalau Afif tak ada ilmu, macamana Afif nak cari duit untuk teruskan hidup Afif? Ya Allah, sedihnya aku bila memikirkan semua ni...
*Satu perkara tentang Afif yang membuatkan aku tersentuh bila aku tanya dia apa doa yang dia minta selepas solat? (Afif selalu solat Maghrib & Isyak dengan aku)...katanya, Afif minta Allah bagi dia duit supaya orang2 miskin ada makanan dan minuman (maksudnya supaya dia blh bantu org2 miskin dgn duit yg dia ada). Allah bagi dia duit supaya orang miskin ada rumah yang cantik2. Allah bagi dia duit supaya orang miskin tak hidup susah (selain tu ada banyak lagi yang dia minta tapi itu untuk diri dia) ---> Aku yang dah berumur ni pun tak pernah terfikir nak berdoa macam tu, tapi budak sekecil dia dah terfikirkan kesusahan orang lain. Kadang2 terselit kecerdikan anak2 ni dimana2 tapi kita tak sedar. Aku cuma AMIN kan segala doa dia supaya termakbul apa yang dia inginkan.
ada jugak seorang pengubat hati =).. this month is my 1st annivsry..and still baby free...sob3.. mari berdoa sama2 conceive thun ni..cahiyokk..insyallah
ReplyDeleteLiyana, saya masa 1st anniversary pun berdua juga...seorang pengubat hati ni pun hasil dr 2thn berTTC...bila kita susah dapat, kita akan lebih menghargai & susah melepaskan :(
Deletesaya amat memahami sebab ada anak sorg juga..umur 7 thn.
ReplyDeleteorg yg ada adik beradik ramai or lbih dari 1 memang berbeza dgn ada sorang je..
nak x nak kita kene terima hakikat tu..mmg berbeza.
kene sabar melayan kerenahnya dan kene ada cara nak memikat hatinya..
knkdg memang manjanya lebih dan kita xleh nak menidakkan hal tu..sb mmg kita ada sorg je pon nak diperhatikan dan nak dimanjakan (inshallah kalo ada rzeki..akan ada adik nanti:) ..tula penawar tu la racun..
org xakan paham...org kata kita ni suka memanjakan.. knkdg saya terpaksa tinggikan suara juga..nak menunjukkan saya ni tegas...
kalo tak mmg dia x akan takut.. kita doakan sje yang terbaik utk anak kita :)
Betul tu Mag...seorg ni sikap dia lain sikit, manja & agak kurang berdikari. Kdg2 mmg buatkan saya naik darah dan marahkan dia. Tp bila saya marahkan dia org akan tegur saya, anak sorg je pun dah tak boleh kawal, nak marah2 sedangkan org tak tahu apa yag saya lalui...bila tak marah pula nanti org kata kita manjakan anak sgt...serba salah betul!
Delete