Hari ni berapa haribulan? Cer cakap! Aku ni asyik2 backdated je. Actually ni kisah yang terjadi pada 31/5/2013 (Jumaat) yang lepas. Maaflah sebab tak daya nak update blog :(
Pada 31/5/2013 tu, sebenarnya aku nak balik kampung. Adik bongsu aku nak bertunang pada 1/6/2013. Sebenarnya dalam perjalanan nak balik ke kampung tu adalah kisah yang terjadi...kereta aku rosak lagi buat kali ke-3 dan semuanya bila nak berjalan jauh. Aku ni dah naik fade-up nak menunggu kereta di repair dan naik towing truck. Malu pun ada dengan family2 yang dah berkali2 suruh tukar kereta baru :( Insyaallah, ada rezeki terpijak nanti kami tukarlah. Buat masa sekarang keadaan kewangan tak mengijinkan. Malas pula nak menanggung hutang balik sebab kereta tu dah settle hutang dah.
Ok2, berbalik pada cerita aku dengan editor tadi. Masih ingat tak aku ada hantar manuskrip novel ke sebuah penerbitan yang agak terkenallah. Tak silap aku bulan January hari tu...boleh baca entry ringkas aku kat sini.
Pagi 31/5 tu aku ada terima panggilan daripada satu nombor tapi aku tak sempat angkat + aku ni kalau nombor yang tak dikenali memang berfikir2 dulu sebelum nak angkat :D So, bila talian dah putus, aku pun mula sambung balik fikir nombor dari mana agaknya. Bila tengok nombor depan tu aku dapat rasa daripada editor so, aku cuba telefon balik untuk sahkan. Tapi, malangnya 2x aku call talian engaged! So, aku abaikan saja.
Dalam pukul 2 lebih, aku dapat panggilan daripada nombor yang sama balik. Laju je aku jawab panggilan tu. Memang betul panggilan daripada editor. Alhamdulillah, akhirnya editor dah habis baca manuskrip aku. Giler lamakan proses nak siapkan satu novel? So, jangan ingat kerja sebagai penulis ni senang. Orang baca novel macam senang je nak hasilkan sesebuah novel tapi cubalah menulis sendiri, baru tahu penangannya macamana. Nak habiskan karangan masa exam kat sekolah dulu pun berpeluh2 korang nak cari ideakan?kan? Itu baru 1-2 mukasurat je, kalau novel yang sampai 300-400 mukasurat macamana?? Aku memang salute dengan penulis yang boleh hasilkan novel yang bagus2, bukan pada penulis yang hanya hantam koromo saja.
Panggilan yang aku terima ni baru panggilan pertama untuk mengatakan yang manuskrip aku encik editor dah baca dan dia minta aku datang ke pejabat untuk bincangkan lagi tentang manuskrip tu sebab masih perlu diedit. Edit lagi?? Kalau nak edit pula dah ambil masa berbulan-bulan lagi. Lepas tu sampai ke tangan editor, dia nak semak balik. Kalau okey, mungkin dia akan teruskan dengan proses penerbitan. Kalau tak okey, edit lagilah buat kali ke-3, ke-4 atau ke-5 ke....huhuhu! Letih dan jenuh nak menunggu hasilnya tapi aku akan tetap bersabar, insyaallah!
Hari tu aku tertengok Astro 702 menceritakan tentang pembabitan J K Rowling (Penulis buku Harry Potter) dari awal pembabitan dia dalam penulisan sampailah dia berjaya dan bergelar jutawan macam sekarang. Memang inspiring! Dia pun melalui saat2 sukar dan bertahun2 nak menghasilkan buku2 dia. Kat sana lagi susah nak terbitkan sesebuah buku. Syarat lebih ketat. Kalau tak menepati apa yang dikehendaki memang mentah2 ditolak je manuskrip tu. Tak macam kat sini, kalau kat sini at least manuskrip kita taklah ditolak mentah2, mungkin hanya perlukan penambahbaikan.
So, esok aku cadang nak ke pejabat editor. Nanti aku update la apa yang editor komen ek. Harap2 tak banyak kena ubah tapi editor ada cakap yang manuskrip aku tak banyak konflik...aduiii! Aku menyampah sebenarnya nak buat terlalu banyak konflik sebab cerita melayu ni dah macam cliche, asyik konflik je. Jangan salah penulis sebab memang pihak penerbit dah letakkan syarat macam tu. Masa aku pergi kursus penulisan pun memang syarat utama yang mesti penulis elakkan ialah mematikan watak utama...tak kiralah nak jadikan cerita kita sedih pun tapi watak utama tak boleh dimatikan. Satu lagi mesti banyak konflik...kiranya mesti ada watak jahatlah. Katanya pembaca tak suka novel yang sedih2 dan santai tanpa konflik. Betul ke? Hahaha, entahlah tapi bagi aku kadang2 aku nak juga baca novel yang berlainan sikit :)
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?