Iklan

Friday, 21 June 2013

KOMEN EDITOR

Semalam, 20/6/2013 (Khamis) aku dah pergi bertemu 4 mata dengan Encik Editor sambil ditemani suami terchenta yang secara tak langsung merangkap Pembantu Peribadi a.k.a PA :D

Janji nak jumpa dia dalam pukul 9-10 pagi, so pukul 10 pagi tepat dapatlah aku berjumpa dia. Bila dah dia panggil duduk, terasa berdebar2 pun ada. So, tanpa membuang masa terus ke topik manuskrip aku.

Alhamdulillah, komen yang diberikan taklah banyak sampai boleh buat aku stress cuma kata editor, aku punya permulaan cerita tu macam slow. So, dia minta aku edit balik bab-bab terawal supaya jalan cerita tu boleh jadi lebih pantas dan membuatkan bila orang dah baca akan terus nak baca dan baca lagi.

Katanya lagi bab yang belakang2 dah okey tapi kalau dia dah minta aku adjust bab yang awal2, aku jamin bab yang belakang tu semua mesti effect. Nampak gaya aku terpaksa perah otak balik untuk menyiapkan manuskrip 550 mukasurat...huhuhu...cobaan!

Encik Editor minta aku tambahkan konflik tapi konflik yang dia minta aku tambah tu bukan untuk watak utama hero, cuma itu yang membuatkan aku terkonfius sikit tapi jangan melawan...kalau dah itu katanya, akan aku turutkan tapi taklah sampai watak hero kedua overshadow watak utama hero.

Doakan aku akan berjaya dan dapat menghasilkan novel aku yang pertama ni ya kawan2, disamping doakan juga agar aku dikurniakan zuriat lagi...tipulah kalau aku cakap aku dah lupakan pasal TTC. Actually setiap hari aku ingat dan setiap hari aku bersedih tapi aku sentiasa akan yakinkan hati aku bahawa aturan hidup yang Allah aturkan untuk aku adalah yang terbaik. Mungkin tersembunyi kebaikan kat mana2 yang memang mata aku tak boleh nak nampak. Wallahualam.

Layankan gambar manuskrip aku yang aku dah ambil semula daripada tangan Editor untuk diedit. Siaplah kau aku kerjakan :p

2 comments:

  1. slm nani.. ekkk tebalnye.. (terus terbantut smgt nk menulih hehehe) caiyok2 u can DU-IT! hihi mmg pun pembace suka konflik, tp watak jahat xmbohla betol2 direct jahat (direct bila dh time klimaks), lg real kalu watak jahat tu sama ngan khidupan kat luar ni, yg nmpak baik n selalu tsemyum tu le yg ngumpat kat blkg, yg jd api2 lagakan org.. (erkk mcm meluahkan perasaan jek)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgnlah terbantut...yg ni pun saya amik masa 2 thn gak baru dpt setebal ni :) You also can DU-IT!

      Bagus gak idea Kak Baby tu, mmg memberi idea gak pada saya. tenkiu2, insyaallah akan cuba diusahakan ;)

      Delete

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...