Bawang putih? Biar betul? Memang tak pernah dengar lagi petua ni tapi apalah salahnya kalau nak mencuba sebab tak melibatkan kos yang tinggi pun dan bahannya mudah je nak didapati kat setiap rumah.
Tapi cara bawang putih ni perlu diingatkan, hanya untuk mereka yang tiada sebarang masalah kemandulan tapi cuma sukar mendapatkan zuriat saja. Apa yang dimaksudkan dengan masalah kemandulan tu jangan tanya aku, aku cuma copy paste ayat dari blog seorang blogger ni je. Pada aku memang tak ada istilah 'mandul' dalam hidup ni dan aku tak suka betul dengan istilah 'mandul' tu.
Cara nak amalkan bawang putih ni senang je. Cuma makan 3 ulas bawang putih bersama dengan nasi. Perlu diingatkan, bawang putih tu bukan yang kita bubuh dalam masakan atau buat tumisan...bawang putih tu perlulah MENTAH a.k.a dibuat ULAM! Kalau nak makan saja tanpa nasi pun boleh tapi tahan ke dengan baunya? Kalau tahan, teruskanlah. Amalkan benda ni sebanyak 3x seminggu sampailah dapat hasilnya ya! Sebenarnya boleh je diamalkan berapa ulas pun dan bila2 masa tapi ini sekadar panduan. Apa yang penting bawang putih tu MENTAH ya....diulangi MENTAH!! Bawang putih jeruk pun tak masuk list.
Kat bawah ni antara fakta2 menarik pasal bawang putih ni:-
~ Doktor-doktor terkemuka mendapati bahawa bawang putih membawa kelegaan daripada rasa panas, kesakitan, susah hendak tidur, palpitasi, sejuk, gatal, kegemukan, leukimia, artritis dan banyak lagi. Bawang putih adalah makanan semulajadi yang baik untuk diamalkan oleh wanita-wanita hamil.
~ Wanita-wanita sering menghadapi keadaan-keadaan seperti rasa sedih, kemurungan, sakit kepala, loya dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini semuanya boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia merangsang pengeluaran haid.
~ Dengan mengambil bawang putih sebagai salah satu dalam menu makanan harian, akan mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat masalah jantung dan sebagainya. Dengan penerangan ini, ternyata bawang putih merupakan salah satu herba atau tumbuhan yang sangat penting. Ia bukan sahaja menjadi bahan dalam masakan, tetapi juga menjadi bahan dalam sesuatu ramuan untuk merawat seseorang pesakit.
Begitu la sedikit sebanyak kebaikan bawang putih terhadap kesihatan manusia. Sesiapa pun tidak boleh menafikan hal ini kerana telah terbukti bawang putih merupakan salah satu tumbuhan atau herba yang amat dikenali dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Oleh itu peranan bawang putih dalam masyarakat hari ini adalah sangat penting dan tidak boleh dinafikan keberkesanannya. Kepada sesiapa yang ingin mencuba bolehlah amalkan mengambil bawang putih dalam rutin pemakanan. Insyaallah, dengan izin Allah mudah-mudahan ianya memberikan kebaikan.
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?