Sekarang ni tengah hangat pasal apa? Hehehe...aku malaslah nak cakap sebab korang mesti tau punyalah!
Okey, aku bukan nak berkempen macam sesetengah orang...siap boh header besar2, 'UNDILAH tuttttt'. Hahaha....Macamlah dia calon yang bertanding! Melebih2 pulak. Aku tak suruh pun korang undi atau pangkah parti yang aku suka sebab masing2 ada pilihan sendiri. Aku cuma nak berkongsi apa yang aku rasa je. Nak baca tak nak baca ikut suka hati koranglah.
Okey, berdasarkan tajuk di atas...mana satu pilihan korang? Pada pendapat aku, kalau kekal dengan apa yang ada sekarang kita tak mungkin akan merasakan perubahan...doklah kita kat situ je dari dulu, kini dan selamanya. Kalau kita pilih nak ubah pula, mungkin kita akan dapat pengalaman baru. Macam orang yang bekerja juga, takkan selamanya nak duduk bawah syarikat yang dia kerja tu sampai mati. Mesti dia nakkan perubahan dan dapatkan sesuatu yang akan membawakan pengalaman baru dalam hidup dia. Bak kata orang tua-tualah, kalau kita tak cuba kita tak tahu.
Aku bukan nak cakap apa, tapi aku perasan masih ada juga yang mentalitinya nak kekal sebab konon2 pihak tersebut dah banyak berjasa. Okey, memang aku akui jasa2 yang dah ditabur tapi korang tak fikir ke yang itu memang dah jadi tanggungjawab pihak tu untuk menabur jasa sebab rakyat dah menaruh kepercayaan pada dia, so memanglah dia kena laksanakan dan bertanggungjawab dengan apa yang dia janjikan. Tak kisahlah siapa pun yang menang, kalau lepas ni pihak lain pula yang menang pun kesnya sama....pihak tu pula kena tunaikan apa yang dah dijanjikan dan taburkanlah jasa kepada kami ni. So stopkanlah pemikiran yang cetek macam tu.
Terus-terang aku memang teringin nak merasai satu perubahan. Lagipun tempoh yang diberi untuk sesuatu pihak tu memerintah tak lama pun...5 tahun je. Apa salahnya cuba bagi peluang dan tengok macamana perubahan yang dilaksanakan. Kalau after 5 years kita rasa macam makin teruk, tak ada perubahan...kita sekali lagi diberi hak untuk memilih, so ubahlah sekali lagi. Apa masalah?? Takut? Kita ni memang selalu takut nak mencuba, sebab tu kita tak boleh nak maju jauh sangat.
Aku paling teringin sekali hukum Hudud dilaksanakan. Apa masalah laksanakan hukum Hudud?? Kalau kita tak buat salah, apa nak takut? Kalau kita sebagai rakyat menjalani hidup yang biasa2, tak ada buat apa2 kesalahan jenayah, hukum Hudud bagi aku tak ada masalah langsung! Cuba tengok negara Arab, kalau waktu solat premis2 perniagaan boleh dibiarkan macam tu aje, tutup dengan kain @ plastik je...tak gaduh nak risaukan pencuri ke perompak ke. Kat sini?? Kalau kena tangkap mencuri, kenalah denda beberapa ratus ringgit kot. Lepas bayar denda, mencuri lagi.
Aku tak kata kerajaan sekarang tak bagus. Aku sayangkan negara aku ok! Tak kiralah apa pilihan kita, kita masih saudara. Tapi ada satu kisah aku nak ceritakan yang terjadi pada kenalan aku...kisahnya dia layak mendapat BR1M. Untuk tahun ni dia terlewat dapat surat untuk pergi tuntut duit tu...maklumlah duduk pun rumah flat, kadang2 2-3 hari sekali baru check mailbox tapi surat tu pun memang lewat juga sampai, tak silap beberapa hari lepas tarikh surat tu terus kena pergi tuntut duit tu kat tempat yang diberitahu. So, member aku pun dah terlepas tarikh & lagi satu hari kena pergi ambil duit tu pula jatuh hari Selasa...hari bekerja kot! Bila member aku call pihak tertentu, dia dipas kesana kemari macam bola...biasalah! Ada pula yang nombor dibagi tak pick-up phone sampai beratus2 kali call. Apa guna kau bagi nombor kalau sekali telefon pun tak pernah angkat? So, member aku pasrah ajelah. Tahulah dia yang dia tak mungkin akan dapat bahagian dia tu. Dia pun bukan orang senang, kesianlah juga bila jadi macam tu. Yang menjadi kemusykilan aku, kenapa tak dibuat 2@3 hari untuk menuntut duit tu? Kalau pada hari tersebut orang bekerja, so apa solution? Sepekara lagi, kemana perginya pula bahagian duit member aku yang tak dituntut tu?? Wallahualam....
ok pemikiran kita sehaluannn.. i like it! ini kali lah kita ubah ☺
ReplyDeleteHarap2 ini kalilah berubah :)
Delete