Lamanya aku tak update blog...entah kenapa malas menguasai diri. Ditambah2 dengan pc aku yg lembab gila membuatkan aku malas nak on pc tu, lepas tu plak aku, anak & dengan laki2 aku sekali sekarang ni tengah dok demam main games Zombie kat Ipad :D
Hari ni aku nak bercerita kisah minggu lepas. 7/4/2013 (Ahad) minggu lepas aku, laki aku, anak, mak dan ayah aku balik Penang sebab sepupu aku kahwin. Majlisnya di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Dah alang2 ke Penang tu, aku awal2 dah plan dengan En. Mat Naat nak ajak dia bercuti ke Penang....syorga makanan tu! Last pi sana, pekena Mee Hameed Pata kat Padang Kota Lama masih terngiang2 di kepala. Minum plak ayaq coconut shake atau orang Penang panggei ayaq nyioq goncanglah kot :D
Hat segak idung tegak tu sepupu aku, Fadzly namanya. Bini dia nama Hanani...iras2 nama aku gak :)
Malam tu tidur rumah mak ngah aku, emaknya pengantinlah. Esoknya 8/4 cadang nak bertolak pagi2lah ke belah pulau sana, tapi tahu ajelah mak aku ni kalau dah bersembang tu memang tak berhenti, so kena tunggu dia stop baru boleh gerak. Kalau sampai awal aku ingat nak naiklah sampai Teluk Bahang ke Batu Feringghi, nak main ayaq lot tapi dah lewat, nak pukul 12 tghr baru keluar, nanti nak tunggu feri lagi, mesti sampai tu cukup2 waktu check-in hotel je.
Kami cadang nak ke pulau naik feri sebab hari bekerja tak sesak sangat dengan manusia, balik esok cadang naik jambatan je. Lebih kurang dalam pukul 1 tghr camtu kami sampai ke belah pulau. Teruslah zoom nak cari makan tengahari. Aku dah survey2, orang Penang kata kalau makan tengahari boleh makan kat Astaka Tanjung Bungah, berhadapan dengan Masjid Terapung. Tak susah nak cari masjid terapung tu sebab memang on d way je nak ke Batu Feringghi dan betul2 depan masjid tu, ada satu jalan naik bukit dan astaka tu betul2 tepi jalan lepas naik bukit sikit.
Inilah rupa Masjid Terapung. Maaf gambar tempat makan tak sempat nak snap sebab masing2 terus je isi perut dan orang pula makin ramai...maklumlah dah masuk tengahari.
Makan kat Astaka tu okeylah...nak kata sedap sangat pun tak adalah dan nak kata tak sedap pun tak juga, cuma kat situ pilihan lauk-pauk memang banyak. Tak silap aku ada 3 meja hidangan lauk saja. Nak buat pilihan mulalah rambang mata :D
Lepas makan, terus patah balik sebab hotel kami belah bawah lagi dari situ. Kami dah reserved hotel Naza Talyya. Nama hotel ni memang baru 1st time aku dengar tapi rupanya hotel ni dah lama. Kami booked kat situ sebab murah, tengah ada promosi...1 bilik dapat RM110 termasuk tax. Kami ambik 2 bilik, untuk mak ayah aku lagi, so total semua RM220 je untuk 2h1m. Okeylah, nak buat tidur je pun.
Ini rupa hotel kami dari tepi laut.
Kami sampai ke hotel 5 minit sebelum pukul 2 ptg tapi bilik masih belum available. Kami tunggu lebih kurang 10-15 minit jugalah kat lobby tu sebelum bilik available. Lepas tu dapat bilik kat Tingkat 4, No. 409 & 410. Bilik taklah besar tapi okey ajelah pada aku :) Aku ni semua pun okeykan? Ialah, dah nak murah, syukurlah dengan apa yang aku dapat tu cuma tang bilik air tu aku tak berapa okey sikit. Jambannya leaking & kesan karat tu nampak kotor dan agak menggelikan aku walaupun cuma kesan karat tapi nampak macam tak sesuailah hotel jamban macam tu kan?
Inilah bilik hotel kami. Afif punyalah suka dah walaupun hotel kecik macam ni. Katanya cantik, sejuk dan best. Kesian anak mama...ada rezeki mama bawa p hotel lagi best ok!
Dah dapat bilik, kena aircond rasa syok la plak...mata pun mula terkelip2 nak layan tidur tapi kena lawan perasaan tu. Kalau nak datang setakat nak tidur, baik duduk je rumah ye tak? Sambil Afif dan abah dok layan feeling atas katil, aku keluar ke balkoni menjenguk pemandangan di luar. Actually bilik kami ni menghadap tepi tapi still boleh nampak laut dari situ.
Ha...kan boleh nampak laut. Dari sini nampak lautnya cantik dan luas tapi sebenarnya tanah tu sempit je. Masa kami sampai ni air baru lepas surut, kalau air pasang tak boleh turun ke bawah dah sebab tak ada tanah nak pijak :D Air pun taklah elok sangat untuk mandi. Aku pun bukan nak bagi Afif mandi sangat, cuma nak ajak dia main pasir je.
Tak lama duduk2 rehat, solat sekejap, aku pun ajak En. Mat Naat dan Afif turun ke pantai. Cuaca masih panas masa tu, baru pukul 4 ptg kot tapi sebab masa itu emas, so tak kisah. Pelindung matahari dah ada, so tak ada masalah rasanya. Nak turun ke pantai kena melalui swimming poolnya tapi aku ajak Afif ke pantai dulu sebab swimming pool panas sangat. Kat pantai tu ada gak pokok untuk berteduh.
Tadaaa...inilah aktiviti kami kat tepi pantai tu pun. Almaklumlah anak aku yang sorang tu tak pernah lagi main pasir2 pantai ni. Kesiankan? Ini sand castle dan penyu yang dibuat oleh abahnya Afif.
Ini pula sport car yang mama buatkan untuk Afif...Afif ni hantu kereta. Sukalah dia mama buatkan car untuk dia.
Inilah sand castle binaan Afif sendiri. Abah dia buat sand castle, dia pun nak buat...inilah hasilnya :D
Lepas dah bosan buat sand castle, barulah anak dan abahnya mendekati gigi2 air. Aku tak risau sangat Afif ni main air tu sebab dia ni kena ombak je dah takut, so mustahillah dia nak masuk dalam air tu seorang diri. Aku ni pun sejak2 kes aku hampir lemas kat sungai kira2 20 thn dulu kot (eh...lamanya dah 20thn ek!), aku ikut fobia dengan air...tak kira air sungai, laut atau pun air kolam. Kalau main air laut pun kat gigi2 air je, bila ombak tarik kaki tu aku dah kecut perut.
Itulah rupa 2 orang duyung dok tersadai tepi pantai tu.
Bila nak dekat pukul 7, dalam pukul 6.30 ptg macam tu la...mak dan ayah aku pun dah turun gak sekali, Tadi dua-dua pengsan kat bilik :D, so ajak Afif naik mandi kat kolam pulak!!! Takpe, layankan aje...bukan selalu. Kolam hotel ni sangatlah kecik berbanding dengan hotel2 yang aku pernah pergi tapi view dari kolam memang mabeleslah, especially time nak sunset. Tak percaya? Tengok gambar bawah...tapi aku tak upload la banyak2 gambar kolam tu, satu je cukuplah kot.
View pool yang menghadap ke laut sangatlah mengujakan.
Budak ni main air sampai kecut2 tangan. Nampak luka kat tapak tangan tu? Itu akibat jatuh masa kat rumah pengantin semalam...budak tengah nak buas macam tu lah! Lukanya sikit je tapi dia punya melalak rasanya sampai satu taman boleh dengar.
Okey, cukuplah bercerita pasal main air dan hotel ni. Sebenarnya waktu ni aku tengah tunggu sepupu aku yang dari kolompo juga nak datang. Mak ayah dia ada urusan kat kampung, so dia pun nak teruslah lajak ke Penang untuk jalan2 & lebih makan :D Tapi lewat pula ketibaan mereka ini disebabkan urusan Pak Long aku tu lambat selesai. Tak kisahlah, asalkan jangan lewat sangat sebab malam ni acara makan2 dah nak mula.
Dalam pukul 7 lebih jugalah baru si sepupu aku ni sampai. Dia pun mula2 booked 2 bilik sama macam aku tapi disebabkan dia lewat sampai, dia dapat lak offer bilik suite. Maknanya bilik dia diupgradekan. Jeleslah aku! Kalau aku tau, aku pun nak check-in lambat2. Bukan apa, mak dan ayah aku nak main2 dengan cucu susah bila bilik asing2...nak kena keluar bilik untuk ke bilik satu lagi. Kalau bilik suite sepupu aku tu ada 2 bilik kat dalam. Tapi sepupu aku pun komplen gak bilik dia tu ada kebocoran sikit.
Disebabkan korum dah cukup, malam tu kami plan keluar makan pukul 8.45 malam. Destinasinya ke Padang Broom. Aku dah survey dah, rata2 kata Padang Broom ni okey dan lagi okey dari Padang Kota. Mula2 ayah aku macam tak percaya aku kata Padang Broom happening sebab katanya dulu dia pernah datang macam dah mandom. Ayah aku ni memang anak mami Penanglah, so dia taula tapi dia pun dah lama dok kolompo so dia takleh nak lawan cakap aku sangat sebab dia tak buat survey, aku yang buat survey :D
Okey, nasib baik ayah aku tahu jalan ke Padang Broom so tak ada istilah sesat di sini. Sekejap je kami dah sampai...ooo, rupa macam Padang Kota juga. Nampak macam aku belum pernah ke sini lagi. Orang kata kalau ke sini kena pekena supnya, so aku terus menonong cari gerai sup. Bila dah nampak gerai yang dimaksudkan, teruslah cari meja. Gerai sup tu pun kat tengah2, so tak ada masalah kalau nak gerak ke gerai depan ke gerai belakang ke nanti.
Kami pakat order suplah. Aku order gak nak merasa. Aku order sup ayam untuk Afif sebenarnya tapi anak makan sikit je, mak yang melantak habis. Daripada bazir, baik aku habiskan. Sup dia not bad...untuk budak memang sesuailah sebab tak pedas. Selalu aku beli sup, aku kena test dulu sebelum bagi anak sebab biasanya sup mesti pedas tapi yang ni okey! Disertakan dengan roti benggali memang best aaa...
Tu la sup dan rotinya...memang 1 set. Ayaq pulak aku order Coconut Shake kat Afif. Afif ni pula dah habis aiskrim atas coconut shake tu dia bedal, dia kata air tak sedap...bukan tak sedap, budak ni memang susah makan, bila tak nak tu banyak alasan dia. En. Mat Naat order air Ambra Asam Boi (Kedondong Asam Boi). Sedap gak tapi takleh lawan air aku...Markisa Kelapa. Pak Long aku kata masam, tak masam pun! Manis je...sedap!
Tu dia ayah aku dok pekena mee goreng. Aku pun order mee goreng gak tapi bagi aku rasa mee dia biasa2 je, still takleh lawan mee Hameed Pata. Mee goreng kat sini semua kaler merah, tak tahulah sebab apa. Mak aku sampai dua jenis air, air carrot dan coconut shake...dasyat! Mak Long aku pekena satay. Satay aku tak sempat rasa so aku takleh komen. En. Mat Naat order lak Champor2 dari gerai sebelah. Aku minta pasemboq dia p beli champor2. Mula2 aku macam tak minat tapi bila pekena....nallaaaa!!! Sedaplah plak :D Maaf gambar champor2 tak sempat snap sebab kalut makan :D
Balik tu masing2 perut dah sendat. Aku sempat lagi suruh mak aku bungkus Pasemboq. Aku suruh beli sikit ja, nak buat rasa tapi mak aku beli banyak la pulak. Pasemboq dia aku tak berapa suka. Kuah dia tu rasa serbuk cili kuat sangat...aku memang tak suka orang masak guna serbuk cili sebab rasa cili tu menyengat sangat.
Esok paginya En. Mat Naat nak sangat bawa pi makan kat Bangkok Lane. Katanya hari tu dia mai pekena dengan kawan2 dia, sedap. So aku nak rasalah sedap macam mana sangat. Mak dan ayah aku mula2 tak mau pi situ tapi bila tanya nak pi mana tak tau pula, so kenalah ikut juga. Gerai Bangkok Lane ni rupanya betui2 la tepi jalan. Menunya pula cuma roti bakaq + telur rebus tapi restoran depan tu adalah jual goreng2 kalau nak. Okey, pada aku biasa2 ja rasa roti bakaq + telur rebus kat sini, cuma roti benggali tu dibakaq atas aranglah. Mee goreng dari kedai depan tu rasa biasa2 juga. Kopi ais yang laki aku kata sedap sangat tu pun taklah sesedap mana. Pelik juga laki aku ni sebab dia ni bab2 makan memang cerewet tapi bila pada lidah aku biasa2, bagi dia sedap gila. Bila pada aku sedap, bagi dia biasa2...mak dia goreng nasi dengan bawang, kicap dan telur pun dia kata sedap giler padahal aku goreng nasi beria2lah letak ikan bilis, udang segala bagai....harammmm dia nak kata sedap :p
Inilah rupa roti bakaq + telur rebus (1 set) kat Bangkok Lane.
Budak ni pula susah amat nak makan, seb baik atuk dia beli Vadei dan dia rembat satu tapi dia makan Vadei celup kicap...mana dia belajar aku pun tak tau la, tapi makan pun tak habis. Nampak tak tinggal setengah lagi tu dalam piring? Itulah muka yang dia buat bila dia dah tak nak makan.
Okey, lepas sarapan tu kami terus lajak nak beli jeruk tapi kedai tak bukak lagi. Dasyat orang Penang ni, dah pukul 10 pg kedai tak buka2 lagi. Tak apalah, terus ke Tanjung Bunga sebab kat situ pun ada gerai Jeruk Pak Ali. So aku dapatlah beli 6 bungkus (RM20). Lepas beli jeruk, terus balik hotel. Sempat lagi En. Mat Naat, Afif, sepupu aku dan anak dia mandi kolam. Aku malas nak turun, kepala rasa berat dan mata mengantuk. Aku ni memang kalau lepas pekena mamak memang mata jadi berat. Entah apa mamak letak dalam masakan diaorang pun tak tahulah, dah macam kena dadah jadinya aku ni. So, aku dok bilik kemas2 beg sebab satgi dah nak check-out. Lepas kemas beg, layanlah mata dulu :)
Pukul 1 tghr kami check-out dari hotel dan terus bergerak ke kampung arwah nenek aku yang baru meninggal baru2 ni. Mak aku adalah benda2 yang dia nak ambik. Sampai2 sana pekena pula Nasi putih + ikan bawal goreng baekk punya kat depan rumah nenek aku untuk santapan tengahari. Bawal dia memang ranggup gila. Entah tepung apa yang dia guna tak tahulah. Petang tu cadang nak pekena Burger Bakar Penang tapi bila round cari gerai dia, tutuplah pula. Bukan apa, aku pekena burger bakaq ni hari tu...perghhhh! Terbaekkk wa cakap lu! Itulah burger tersedap aku pernah makan tapi bagi penggemar cheese macam akulah. Yang tak gemar cheese mungkin tak suka.
Okeylah, rasanya cukuplah itu sahaja update aku kali ni...oh lupa lak, Cik 'P' aku datang selama 15 hari untuk bulan March ni bermula pada 30/3/2013.
hanie,wahh..ni cuti2 penang namanya ye..dulu akak pernah dok penang..terbayang tmpt2 yg hanie cerita ni..apapun suka la replika keta sport tu..comey..kreatif la hanie :-)
ReplyDeleteSusah tu nak buat replika kereta tu sebab kena ada spoiler & body kits bagai :D
DeletePernah dok Penang ka? Awat tak habaq? Kalau dak, buleh tanya tang mana lagi spot yg best utk makan...saya ni dah lama tak balik Penang, sejak nenek dah meninggal lagi jarang balik Penang so tak tahu tempat2 makan menarik tapi Penang kalau makan memang tak dak masalah, sedap!