Menatang apa pula Endometrial Hyperplasia ni kan? Aku pun baru tahu istilah ni semalam semasa pergi untuk follow up kat hospital. Hasil dari ujian tisu dinding rahim yang dibuat masa aku warded hari tu, kata doktor aku ni ada Endometrial Hyperplasia.
Maksudnya lebih kurang macam dinding rahim yang terlalu tebal. Kalau dinding rahim orang lain tebalnya 10mm, dinding rahim aku goes to 20mm...it's a hyper growing. Disebabkan itulah aku kerap period dan period aku banyak...kata doktorlah!
"Endometrial Hyperplasia terjadi akibat hormon estrogen dalam tubuh terlalu tinggi melebihi hormon progestrone. Pil Duphaston yang mengandungi bahan aktif ‘dydrogesterone’, iaitu hormon sintetik yang menyerupai progesterone utk menggalakkan hormon progestrone sekaligus mengawal estrogen dari menebalkan lagi endometrium pd rahim.. utk seimbangkan hormon. Mungkin bila hormon sudah seimbang maka endometrium akan menebal pada kadar yg normal...(copy paste dari komen seorang sahabat).
Okey, sebenarnya aku nak ceritakan apa yang berlaku pada hari aku berjumpa dengan doktor semalam. Aku yang pada mulanya sangat excited untuk berjumpa doktor untuk mengetahui apa keputusan pap smear dan sampel dari tisu rahim yang diambil sebelum ni menjadi sangat kecewa dan sedih. Aku dah excited sangat nak sambung balik treatment untuk fertility. Aku dah target yang tahun ni aku nak mulakan treatment semula. Umur makin meningkat, aku risau...
Pukul 12 tghr aku dah sampai ke Klinik Pakar O & G Hospital Sg. Buloh. Appointment pun memang pukul 12 tghr. Aku ingat tak ramailah rupa2nya meleset sama sekali. Aku dapat no. giliran 3094 dan no. giliran yang dipanggil waktu tu 3054. Bayangkan lagi 40 org dan berada di hospital kerajaan kalau nak tunggu lagi 40 orang tu sama macam boleh travel dari KL sampai ke Penang!
Like I said, pukul 3.10 minit barulah nombor aku kena panggil. Sebelum tu dah sempat pergi lunch dengan encik suami. Oh! Afif sekolah hari ni tapi aku minta tolong mak dan ayah aku datang untuk tolong uruskan dia ke sekolah kebangsaan sebab aku memang tak sempat coz appointment aku pukul 12 kan?
Aku dapat bilik no.2. Doktor tu nama Ida tak silap aku. Orangnya pendek2 dan badan gempal. Masa nak masuk bilik dia, dia nampak kelam kabut keluar dan suruh aku dan suami tunggu. Ok fine, tak kisahlah nak tunggu lagi. Dalam 2-3 minit baru dia masuk balik dalam keadaan tergesa2 dan tercungap2. Dia sempat cakap ujian pap smear aku ok, tak ada masalah. Lepas tu dia cakap pula hasil ujian tisu dinding rahim aku detect yang aku ada masalah yang tadi tu lah....endometrial hyperplasia! Dia sempat explain sikit lepas tu dapat phone call pula. Lepas letak phone dia sekali lagi tergesa2 keluar.
After 5 minit kemudian pula baru dia masuk dalam keadaan tercungap2 lagi. Entahlah apa yang baru dia kejarkan tadi. So bila dia masuk dia pun sambung explaination pasal penyakit tu tadi. Bila dia dah start explain, aku pun mulalah menyoal. Maklumlah ini istilah yang baru pertama kali aku dengar, mestilah banyak yang aku nak tahu dan aku memang zero pasal penyakit tu walaupun memang setiap kali aku jumpa doktor dan buat scan, doktor akan kata rahim aku tebal. Tapi setiap kali doktor kata rahim aku tebal, doktor2 yang aku jumpa tu tak pernah cakap pun pasal penyakit ni jadi aku ingat tak jadi masalah besar rahim aku tebal.
Bila doktor ni kata nak start aku dengan Duphaston selama 3 bulan, aku dah jadi down sikit. Aku ingat lepas 3 bulan kena ambik Ravimed yang mana aku memang tak boleh buat treatment dalam tempoh tu, bila dah selesai dengan Ravimed, aku dah boleh mula treatment tapi aku hampa.
Doktor bagi aku Duphaston. Untuk apa duphaston? Doktor kata ia akan membuatkan dinding rahim aku tak akan menebal lagi yang mana kalau dibiarkan kemungkinan besar aku boleh dapat kanser rahim.

Kata doktor kalau rahim yang tebal ni dibiarkan, lama kelamaan berkemungkinan boleh dapat kanser rahim. Okey, tak kisahlah kalau nak start dengan Duphaston pun tapi aku cakaplah dengan dia yang aku kalau boleh nak start dengan fertility treatment. Dia dah mula tinggi2 suara dengan aku. Katanya buat satu-satu dik! Kena settlekan semua masalah dulu baru boleh nak buat treatment.
Bila masa pula aku kata aku tak nak buat satu2? Tak sempat aku nak menyampuk apa, dia punya bebel2. Bebel2 saja aku tak kisah tapi ton suara dia punyalah high macam aku ni buat salah besar pula kat dia...dah apahal?
Aku tanya juga kenapa kena makan duphaston? Apa fungsi duphaston tu? Sebagai seorang pesakit, aku tak ada hak ke nak tahu ubat yang doktor bagi aku makan? Dengan suara tak puas hati dan menghentak2 pen, katanya supaya dinding rahim aku tak akan menebal. So, sekarang ni dinding rahim aku tebal sangat, macamana pula dia nak menipis? Aku pun tanyalah lagi, dinding rahim aku akan menipis dengan cara macamana? Keluar period ke? Tiba2 menipis ke? Dia dah hangin satu badan macam kera. Mula dia menengking aku.
"Dik, saya kat sini dari pukul 8.30 pagi sampai sekarang tau!" So?? Motif nak cakap dia ada kat situ dari pukul 8.30 pg? Hello doktor...nak saya ingatkan doktor ke yang doktor tu tengah bekerja? Memanglah kena duduk kat situ dari pagi atau doktor nak masuk kerja tapi duduk kat cafe sambil hirup kopi sampai petang? Saya ni datang dari tengahari sampai ke petang tunggu apahal pula? Saya dibayar gaji ke tunggu kat situ? Ditolak gaji mungkinlah kot.
Aku masih gak tak puas hati sebab dia punya explanation memang aku tak faham. Katanya dinding tu akan menipis. But how? Dia akan menipis! Itu aje yang dia cakap. Kalau koranglah yang memang tak ada ilmu pasal ni semua, tak sakit hati dapat jawapan macam tu? Kalau bukan nipis melalui period, dia akan kecut sikit demi sikit ke, mcamana...tak boleh nak explain ke? Sebab apa yang aku tahu dinding rahim tebal tu terdiri dari darah jugakan? So sebab tu aku tanya ia akan gugur sebagai darah ke apa? Baik lagi sahabat dalam FB aku explain macam yang kat atas tadi, faham juga aku.
Dahlah nak explain pun bengap, suara dok tengking2 aku pula macam aku anak dia sampaikan ada staff nurse datang jenguk kat pintu bilik. Katanya dia belajar sampai 5 tahun tapi still bila nak explain kena google juga sebab nak tunjuk kat aku. Kalau belajar sampai 5 tahun, nak explain kat pesakit pun kena google baik tak payah! Aku pun boleh google sendiri. Aku ni langsung tak pernah belajar, kau budget aku nak terus tangkap dan pandai apa yang kau explain? Vangang punya doktor! Memang kena maki dengan aku je doktor yang buat kerja marah2 patient macam ni. Depan2 pesakit nak hentak2 keyboard, nak hentak2 pen, nak buat2 bunyi mulut tak puas hati. Doktor memang tak perlu ada etika ke masa merawat pesakit?
Hei, tolonglah...kami pesakit ni bukan hadap sangat nak pergi hospital tu. Nak tunggu berjam2 semata2 nak dapat explaination yang tak sampai 5 minit ok! Kami bukan suka2 nak sakit. Kami tak minta. Faham sikit perasaan orang dan hormat sikit walaupun awak tu pangkat Doktor ke apa tapi jangan lupa semua tu pinjaman dari Allah saja. Kalau rasa tak ikhlas nak buat kerja tu, jangan buat! Cari kerja lain. Kerja tu biar dengan niat nak tolong orang bukan nak menjatuhkan airmuka dan menyakitkan hati orang.
Aku memang dah bergenang airmata tapi aku cuba tahan daripada menangis depan doktor vangang tu. Suami aku pun nampak tak membantah, so aku pun malas nak bahasakan balik doktor tu. Katanya aku masih muda...35 tahun! Dia ada patient yang umur 52 tahun. Jangan jadi doktor bodoh boleh tak? Tahap kesuburan setiap orang sama ke? Umur masa menopos setiap orang sama ke? Umur masa 1st datang period setiap orang sama ke? Kau nak aku pregnant masa umur berapa? 50 tahun? Dengan macam2 masalah dan kemungkinan yang aku kena tanggung masa tu? Aku memang angin tahap gaban hari tu.
Dah tu tak pasal2 dia ceramah aku kenapa nak start dengan clomid balik sedangkan aku pernah buat IUI...serius aku tak faham! Lepas tu dia pun bagi example konon aku dah naik pangkat jadi Sarjan, kenapa nak turun pangkat jadi Konstable balik? Ha?? What?? Apa yang kau meraban ni doktor? Apa plak keluar Sarjan Konstable segala ni? Bila masa pula aku minta Clomid segala tu? Aku tak ada cakap pasal Clomid pun. Aku memang malas nak ambik tahu, aku angguk je. Apa masalah kalau dah pernah buat IUI tak boleh ambik clomid balik ke? Aku tak tahu tapi aku tak ada hati pun nak tanya!

Yang aku heran bila suami aku tanya soalan kat dia, boleh pula dia slow down volume suara dia tapi aku waktu tu dah tak minat nak tanya dan tahu apa pun. Aku cuma nak cepat2 keluar je dari bilik tu. Bila dia tanya nak next follow up sebelum raya ke selepas raya pun aku main jawab je lepas raya. Aku sebenarnya dah tak ada hati nak follow up ke situ lagi. Bila keluar bilik tu, aku tak cakap terima kasih pun. Untuk apa terima kasih? Aku tak dapat apa yang aku nak, cuma kena herdik adalah. Dahlah bagi Duphaston 3 bulan tapi follow upnya 5 bulan lagi...memang boleh berjanggut aku nak tunggu setiap kali nak follow up kat hospital ni.
Seriously 2 hari juga emosi aku terganggu disebabkan tu. Aku betul2 down dan jadi terlalu sensitif. Nampak tak macamana fragilenya hati kami yang sedang TTC ni? Niat kami cuma nakkan zuriat, hina sangat ke? Kalau nak kata untuk kepentingan diri aku sendiri zuriat tu mungkin tidak. Harapan dan impian aku cuma nak bahagiakan suami dan anak aku. Itu yang mereka harapkan sangat dari aku tapi aku tak mampu...tak terasa ke diri ini sangat tak berguna.....................?
Salam... saya pula rase sensitip baca exp u ni. Sabar lah ye. Saya dulu pernah juga kena marah pasal tak buka baju time Dr pakar nak check. Ngok sungguh Dr tu sebab tak kan le tak pasal2 nak saya buka baju kan. Saya mesti tunggu arahan dia baru nak buka apa2 yang patut dibuka kan? Kalau nak cerita details memang berjela.Kat hospital sungai buloh tu juga lah kesnye
ReplyDeleteActly saya pun on TTC juga tapi buat kat HKL. Just nak tanye, U tau U ada Hiperplasia tu lepas Dr buat Pipelle sampling ke? Sebab saya pun baru je buat pipelle sampling tu n skrg tgh tgu next appoinment. Nway...thx sharing info.
Hi Noriz, maaf lewat balas komen u...pipelle sampling tu yg amik tisu dr dinding rahim tu ke? Maaf sbb saya tak tahu apa nama proses tu. Saya dpt tahu ada hyperplasia ni lps amik sample tisu dinding rahim tu. So, mcmn u punya result? U buat treatment hkl ok x? Rasa nak transfer sana je, sakit lak hati dpt doktor yg x membantu ni
DeleteSalam Kak Hanie...Yani baru tahu akak ada sama simptom dan penyakit dengan Yani..endometrial hyperplasia. Cuma nak tahu, akak punye tahap berapa? Yani doktor suruh start makan Provera untuk 4 bulan untuk kawal simpstom endometrial hyperplasia without atypia (stage 1) bermula 24 Jun 2014. Down juga masa doktor suruh hold fertility treatment selama 4 bulan, cuma berdoa dlm hati cepat2 4 bulan ni habis...
ReplyDeleteSamalah Yani, akak pun harap cepat2 habis 5 bln ni...bln 8 ni folo up. Akak tak tahu stage berapa hyperplasia ni sbb doktor vangang tu x explain...tgk nanti masa folo up macamana, nanti akak buat entry k
DeleteOk kak, thanks alot!
DeleteMasa doktor explain kat Yani, siap dia tulis sebijik2 nama penyakit dan tahap penyakit Yani ni. So masa tu masih blur tapi doktor tu suruh balik google pasal penyakit ni dan belajar apa benda tu.
Hari ni baru g ambil stok ubat untuk bulan ke-2. Pelik betul, period tak keluar langsung, ada harapan puasa ni penuh. Aritu doktor kata 1st dan 2nd bulan makan provera, period akan keluar tapi sedikit-sedikit...ni x de langsung, cuak juga!
Salam. Samala dgn saya. Masih menunggu cahaya mara. Tiba2 dpt tau ada hiperlasia ni.Doktor suh sambung privera. Hsptl sg.buloh juga. Dr suh google sndiri pnyakit ni.
ReplyDeleteSalam. Samala dgn saya. Masih menunggu cahaya mara. Tiba2 dpt tau ada hiperlasia ni.Doktor suh sambung privera. Hsptl sg.buloh juga. Dr suh google sndiri pnyakit ni.
ReplyDeletebengang je kan? kita plk kena gugel sndiri, baik xyah jmpa doktor
DeleteSakit tak buat pipelle sampling tu
ReplyDeletesakit sikit dr buat pap smear tp x sampai 1 hr sakit hilang...lbh kurang senak mcm nak piyed je
DeleteKak,nape sy sakit lama selepas buat pipelle sampling tu..sampai kena mkn pil killer.
DeleteSy dh buat hampir 5x...tp result die 1x je kuar n ni baru ambik lg nak utk kepastian..
Kak,nape sy sakit lama selepas buat pipelle sampling tu..sampai kena mkn pil killer.
DeleteSy dh buat hampir 5x...tp result die 1x je kuar n ni baru ambik lg nak utk kepastian..
Salam.. saya pun di sah kan endomentrial hyperplasia tapi dockter bagi Ravimed tablet tuk turunkan bengkak dinding rahim.. tapi saya ada baca dari blog2 lain.. ravimed tu untuk turun kan period (Bingung kjap).. sebelum nie doc masukkan mirena dalam rahim tapi mirena tu keluar bersama-sama darah period.
ReplyDeletesamla, saya pun consume ravimed jgk...6 bln dah. Ravimed ni ikut situasi gak, kalau x piyed dia akan turunkan piyed tp kalau byk sgt piyed dia akan stopkan terus piyed, mcm tu la yg saya faham.
DeleteSaya faham perasaan puan... bukan senang teruskan usaha berubat ni, apa lagi kalau doktor tidak terima kita sebagai pesakit, sebaliknya nilai kita sebagai pelakon
ReplyDeletesya mencari pengalaman pasal revimed.. sya dah on clomind 2 cycle, 1cycle 50mg 2nd cycle 100mg.. 2 cycle doc tvs cd10 jumpa 1 telur, pas tu doc ckp rahim nipis..kalau ada persenyawaan pun mungkin susah nak menempel katanya, so doc bagi ravimed 5mg makan 2kali sehari doc kata untuk tebalkan dinding rahim.. sya confiuse tu ubat turun darah ke.. ubat untuk tebalkan dinding rahim?? huhu.. period saya 23-25 days cycle setiap bulan..
ReplyDeleteSelepas ovulasi, progesterone akan tggi utk tebalkn rahim, jika persenyawaan x berlaku, progesterone turun (period akan berlaku bila progesterone rendah)..
DeleteRavimed tu progesterone y bfungsi tebalkan rahim..dia akan jd turun darah bila kita stop mkn ravimed sbb progesterone kita da rendah.. mcm tu..
sbb tu utk stopkn period pn bleh mkn ravimed, utk naikkn progesterone spya x period sbb period berlaku bila progesterone rendah..
tp utk kes x dtg period, progesterone x pernah tggi, rahim x pernah tebal sbb tu kena mkn ravimed utk tebalkn rahim & bila stop progesterone rendah, period pn berlaku..
Salam Puan..saya pon doc diagnosed ada hyperplasia... 2x buat hysteroscopy nak amik sample dinding rahim tp xde result sebab kali kedua tu sample rosak ke cmne tah...sedih sgt sampai x continue follow up... cmne akak skrg?
ReplyDeletesalam... puan...sy pun pernah dilayan sebegitu oleh doc.... masa tu saya pregnant. ... die boleh pulak ckp sindir2, balik je dari klinik tu... sy terus buat aduan di laman web kkm.. bulan depan sy ke klinik unt follow up... dpt tahu... doc tu dah ditukarkan ke tmpt lain...too much sgt la... xstress terus dpt stress lpd jumpa doc tu
ReplyDeleteslm.hormon estrogen mnyebabkn dinding rahim tebal.hormon progesteron menipiskn dinding rahim melalui haid.bila hormon tidak stabil(estrogen byk) dinding rahim mnebal..sel dinding rahim menebal(hyperplasia atau bertukar sel pre-kanser(atypia hyperplasia).sel2 ini boleh bertukar menjadi kanser rahim jika tidak dirawat.ubat duphaston(progestrogen) akan menipiskn dinding rahim dlm bentuk haid.selepas rawatan kbanyakan dinding rahim kembali normal.doktor perlu mngulang sampel tisu rahim untuk memastikan sel dinding rahim normal.puan digalak cepat dptkn rawatan fertility selepas ulangan sample normal.
ReplyDeletesambungan..untuk hyperplasia,5% risiko boleh mnjadi kanser..untuk atypia hyperplasia(pre kanser sel), 30% risiko boleh mnjadi knser.di harap ini dpt mmbantu puan.trima kasih.di harap puan dpt mneruskan rawatan susulan dan berjaya dlm rawatan fertility.
Delete