Iklan

Wednesday, 29 January 2014

AFIF JATUH TANGGA

Musim persekolahan baru je bermula, tak sampai pun sebulan lagi tapi Afif ni kasut sekolah dah nampak ada tercarik dah sikit. Beg sekolah pula dah terkoyak kat bawah gara2 dapat buku teks hari tu, diseretnya beg dia...apalagi, memang tersagatlah beg tu. Agak2, untuk setahun, berapa pasang kasut dan beg sekolah yang aku kena beli? Itu belum masuk kes dia tertinggal bekal makanan dan botol air. Tapi setakat hari ni bekal2 tu selamat dijumpai semula sebab mak cik kantin tolong simpankan.

Sebenarnya, ni nak cerita pasal Afif jatuh tangga minggu lepas kat sekolah. Katanya dia nak turun rehat kat kantin. Tangan dia penuh pegang botol air satu dan bekal makanan satu tangan lagi jadi katanya dia tak ada tangan nak pegang tangga. Kemudian dia tersalah pijak anak tangga, makanya terus slippery dan menggelungsurlah jatuh. Teruk juga dia jatuh tu kalau tengok pada luka kat belakang dia. Bila tengok kesan luka tu hati aku tersayat sangat. Aku dapat bayangkan macamana dia menggelumpur menahan sakit. Kalau kena kat kita pun mesti sakit apatah lagi kena kat tulang.



Tengok luka tu, dari kesan luka tu macam kena tulang belakang. Bila aku tengok je luka dia terus aku tanya  dia ada sakit tak kat tulang? Ada rasa tak boleh berjalan ke apa ke? Alhamdulillah katanya tak ada, cuma pedih luka tu saja.

Aku tanya kawan2 tolak ke? Katanya tak, dia sorang2 je tapi lepas dia jatuh ada abang2 (budak2 darjah 2 @ 3 la tu) tolong bawa dia jumpa cikgu. Tapi yang aku terkilan, katanya cikgu tengok luka dia dan bila aku tanya, cikgu tak letak ubat ke? Katanya tak, cikgu tengok je sebab ubat tak ada.

Masyaallah, rasanya setiap sekolah mesti kena ada First Aid Kits kan? Takkanlah sampai tak ada ubat langsung nak tolong letak kat luka anak aku tu. Dibiarkan je luka tu macam tu. Kesian Afif! Kadang2 sikap pihak sekolah yang macam ni lah yang buat ibubapa sakit hati. Bila kami bising, katanya kami terlalu manjakan anak. Tapi kalau jadi macam ni, di dalam kawasan sekolah, tanggungjawab siapa? Memanglah salah anak aku sebab kecuaian dia tapi aku cuma minta cikgu lebih prihatin. Kalau ada patah tulang atau terjadi apa2 yang lebih serius macamana?

Macamanalah hati seorang ibu macam aku ni tak risau nak lepaskan anak walaupun ke sekolah? Sudahlah anak aku sorang itu je, kalau jadi apa2 pada dia, mana lagi aku nak cari pengganti? Semoga lepas ni Afif akan lebih berhati2. Harap2 juga sekolah dah mula beli First Aid Kits untuk kegunaan sekolah!

2 comments:

  1. Assalamualaikum :)
    Kesian afif jatuh tangga memang nampak sakit sgt tu.
    Actually sy cikgu. N sebenarnye dlm kes bg atau letak ubat pd pelajar ni kami sebagai guru tak boleh buat kerana kalo ubat yg kami sapu ada infections pd pelajar. Cikgu akan disalahkan. Jln terbaik kami memang tidak boleh bg ubat makan atau sapu atau ape2 ubat utk pelajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Bunga Lily...sbnarnya saya faham tp saya bkn minta ubat mkn atau ubat sapu mcm iodin ke apa, cukuplah sekadar minyak gamat atau sekadar lap sikit luka tu sbb takut infection pula pd luka tu :)

      Delete

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...