Maaflah...ini kisah yang terjadi bulan lepas tapi baru sekarang aku rasa rajin nak bercerita. Kisah ni lebih kurang macam drama swasta jugalah tapi memang membuatkan aku cemas, cuak, menggelabah giler2.
Sebenarnya suami aku ni demam. Dah 2-3 hari kot dia demam dan dia ni memang senang betul kena demam, selsema & batuk. Antibodi lemah betul! Mungkin juga faktor dia yang tak menjaga diri. Kerja teruk, keluar pagi balik malam setiap hari. Balik lewat malam baru nak makan nasi. Vitamin tak pernah makan dan bla...bla...bla...
Disebabkan dia ni dah besar bukan baby lagi so bila dia demam tu aku suruhlah makan ubat. Suami aku ni jenis manja, tak suruh tak buat. Tak suap tak makan. Kadang2 menci gak nak layan sebab bila aku sakit dia buat dekkk je...geram!! Anak aku pun demam juga. Nasib baiklah aku tak demam sekali. Kalau tak, tak tahulah siapa nak jaga siapa. Al-kisahnya pada hari tu, badan dia memang panas sangat so dia sendiri cadang nak ke klinik. Dia ni memang susah nak ke klinik. Bila dia sendiri nak pergi, aku ok je tapi dialah yang drive sendiri. Aku temankan aje sebab aku takleh drive...hahahahampeh!
Nasib baik dia boleh lagi drive tapi dia mengadu la kepala dia berat sebab cuaca pun panas lit-lit kat luar. Sekarangkan memang cuaca panas melampau. Doktor kata suami aku memang demam panas. Doktor kata kalau masih panas 2-3 hari lagi kena datang klinik balik untuk check darah. Balik klinik aku suruh dia singgah Giant kejap (Giant dengan klinik tak jauh mana, tu yang boleh suruh). Aku nak beli barang dapur sikit sebab dah tak ada benda nak masak. Dia tidur dalam kereta, cuma aku dan anak yang turun beli barang. Sempatlah aku beli ketam. Cadang nak buat sup ketam sebab suami aku cakap tadi dia nak makan sup2.
Balik dari Giant tu aku terus ke dapur nak masak walaupun dah pukul 2 lebih waktu tu. Suami aku terus landing atas sofa dan tidur. Nak siang ikan, ketam segala bagai...nak dekat pukul 4 baru aku habis masak. Kesian jugalah kat anak dan suami aku yang tak makan tengahari lagi.
So dah settle semua, aku terus kejut suami untuk makan. Bila dia dah bangun dan duduk nak makan, dia kata rasa nak muntah. Aku suruh dia ke bilik air sorang2. Aku ingatkan dia okey je sebab masa dia bangun tidur tadi dia jalan okey je. Aku tengok dia dok berdiri depan pintu bilik air sambil pegang kepala. Lama jugalah tapi tak muntah2 juga. So aku pun abaikan dia, aku senduk lauk ke dalam pinggan anak. Tiba-tiba bunyi gedeganggggg!!!! Kuat giler kot sampaikan aku dan anak terkejut. Aku tengok suami aku, nampak kaki dia je. Dia dah terlentang atas lantai. Rupanya dia pitam dan terus jatuh ke belakang dan jatuh kepala dulu atas lantai, tu yang bunyi kepala dia terhantuk kuat gilerrrr...Spontan mulut aku jerit...'Abah!!!' (Drama swasta habissss :p)
Aku memang dah macam putus nyawa bila dengar bunyi macam tu. Siapa2 yang dengar bunyi tu mesti ingat kepala akan pecah, berdarah, mungkin koma atau macam2 kemungkinan dalam kepala. Terus aku bangun dan lari ke suami aku. Anak aku pun kalut juga nak tengok abah dia.
Bila aku sampai kat dia, kaki dia kat pintu bilik air dan kepala dia dekat dinding bilik depan bilik air tu. Aku terus angkat kepala dia pelan2 letak atas peha aku. Aku tepuk2 pipi dia bagi dia sedar. Dalam pada tu aku memang shaking giler. 1st time aku tengok orang pitam macam ni, selalu tengok dalam drama kat tv je. Aku panggil dia berkali2...Abah! Abah! Abah! Berpeluh2 muka dan badan dia. Mula2 aku nak ambil air simbah je tapi susah pula nak bangun so aku minta tolong anak teruna aku ambilkan kipas tangan untuk aku kipaskan abah dia. Mujurlah anak aku dah boleh membantu. Lepas aku kipaskan suami aku, alhamdulillah sejuk sikit. Dia pun tak pengsan, tapi dalam keadaan lalok. Aku tepuk2 pipi dia tak nak bagi dia tidur. Aku risau kalau dia tidur lain pula jadinya. Aku memang panggil je dia supaya dia sedar sentiasa. Anak aku pun macam-macam soalan dia nak tanya masa tu. Mujur aku yang tengah kepanasan tak hangin satu badan :D Aku jawab je la mana yang aku termampu. Dia pun nampak risau tengok abah dia yang lalok2 tu. Dia pun tanya abah dia, 'Abah okey ke tak ni?' 'Abah dah gila ke, mama?'. Nak tergelak pun ada juga.
Aku memang tak boleh bergerak kemana-mana sebab pangkukan kepala suami aku. Dia pula ambik masa nak betul2 sedar dari lalok. Aku minta anak aku ambikkan telefon. Dalam kepala aku cuma ingat nak telefon mak aku, nak minta tolong adik lelaki aku bawakan suami aku ke hospital tapi adik aku tak ada kat rumah pula. Aku tanya adik perempuan aku. Mak aku kata adik perempuan aku pergi kerja. Ya Rabbi! Iyalah, hari Khamis memanglah orang kerja, aku mati2 ingat hari Sabtu. So aku kata kat mak aku tak apalah, aku fikir macamana nanti. Mak aku pun kata dia akan cuba call minta tolong adik lelaki aku sorang lagi. Tiba-tiba teringat kat abang ipar aku (abang suami aku). Teruslah dail nombor dia. Mula2 tanya dia busy tak? Katanya dia agak busy tapi aku dah tak peduli. Aku cerita semua dan minta dia datang bawa adik dia ke hospital juga sebab aku risau kalau ada internal bleeding dalam kepala nanti. Kepala suami aku pun dah naik benjol sebesar bola tenis.
Tak lama, suami aku pun dah sedar dan dia dah boleh duduk. Aku minta dia bangun jalan perlahan2 ke dalam bilik sebab ada kipas dan sejuk sikit. Aku nak angkat dia tak larat...berat beb! Dia minta sikit masa. Aku bagi dia minum air limau + madu sikit. Bila dia dah sedar boleh pula dia tanya aku soalan, 'Kita dah pergi klinik ke tak?'. Ya Allah, suami aku ni dah hilang ingatan ke? Bukan ke tadi dah ke klinik. Lepas tu dia tanya lagi, 'Abah pergi bilik air nak buat apa?' aku kata, 'Abah cakap nak muntah, sebab tu saya suruh ke bilik air.' Ya Allah, janganlah ada apa2 kesan lepas jatuh tu pada suami aku. Tadi aku risau dia koma, sekarang aku risau dia hilang ingatan pula. Lepas tu baru dia boleh bangun dan jalan perlahan2 masuk dalam bilik. Nasi yang dah terhidang aku tinggalkan sampai sejuk atas meja. Aku suapkan suami aku makan dulu. Sebelum dia ke hospital, aku nak dia isi perut dulu. Mujur juga dia masih mampu habiskan nasi sepinggan.
Petang tu dalam pukul 5 lebih, abang ipar aku sampai dengan beberapa orang kawan dia dan bawa suami aku terus ke HKL. Dalam pukul 7 adik lelaki aku datang ambik aku dan anak ke rumah mak aku. Aku masih tak dapat apa2 berita tentang suami aku. Lepas solat Isyak, aku telefon abang ipar aku dan katanya suami aku akan ditahan di wad so aku tinggalkan anak dekat mak aku dan ke hospital malam tu.
Bila masuk dalam kecemasan tu, suami aku masih belum dapat mana2 wad. Dia kena buat X-ray, CT Scan dulu. Sampai pukul 11 lebih baru dimasukkan ke wad. Itupun wad penuh juga sampaikan suami aku kena tidur depan pintu masuk wad. Aku yang mulanya cadang nak temankan dia terus tak jadi. So aku balik juga malam tu dengan adik aku.
Lama juga suami aku kena tahan kat wad, 5 hari sebab doktor nak pantau lebih lagi. Aku kat rumah mak aku pun kena jaga juga anak teruna sorang ni yang demam tak kebah2. Bawa ke klinik ambik ubat tapi takut nak makan. Bercintalah nak suruh anak teruna aku ni makan ubat. Selagi tak keluar suara pontianak aku, memang dia tak makan ubatlah jawabnya....adehhh, mujurlah mama sihat Afif oiii, bolehlah nak jaga Afif dan abah yang sakit.
Itulah drama yang terjadi bulan lepas yang membuatkan aku lama tak menjengah blog ni. Syukur suami aku dah sihat walaupun kadang2 dia mengadu juga yang dia macam tak sesihat dan sekuat dulu lepas2 demam tu tapi insyaallah tak ada apa2. Mungkin proses nak sembuh tu makan masa sikit. Lepas dia keluar hospital tu terus aku paksa dia ke farmasi untuk beli vitamin sikit supaya dia tak kerap sangat jatuh sakit dah. Ni dah sebulan sejak kejadian tu dan Afif pula dalam tempoh ni dah 3x demam. Risau betul aku! Suruh makan ubat dahlah penakut, aku yang darah tinggi setiap kali nak minta dia makan ubat :(
Salam Nani. Akak mcm dpt bygkan je. mesti gelabah kan, nasib baik xde apa2.. bahaya tu kalu jatuh mcm tu, org ramai koma lepas jatuh dlm bilik air, tp hsband awk tgh2 la ye. Kalau dpt bg dia mkn habbatussuda oil tu ye (kalau dpt gi la kedai Arab mane2, beli pil jenama Baraka tu, murah. kalu minsyam mahal sket tp perahan guna teknik terbaru cold press. utk tenaga dan kuatkan sistem imun dia. insyAllah hbsauda ubat segala penyakit kecuali mati :) selamat terus menjadi isteri solehah yg menjaga anak dan suami seikhlas hati
ReplyDeleteYa Allah Kak Baby, memang gelabah...1st time jadi kat saya & tak ada sesiapa plak time tu. Saya mmg takut internal bleeding je sebab kepala kan bahaya, lepas tu benjol lak besar bola tenis lak tu. Mmg kuusss semangat la. Sesiapa yg dengar bunyi masa dia jatuh tu mmg akan fikir kepala pecah punyala. Suami saya ni dah disuruh dari dulu makan vitamin sikit tp degil...kononnya dia tu sihat sgt. Skrg ni dia makan Vitamin C utk elak kerap jatuh sakit tp tu pun kdg2 skip makan. Habbatussauda tu mmg dah lama saya nak suruh dia makan, tgk la mcmn. Tq Kak Baby atas nasihat :)
ReplyDeletebiasalah tu Nani, pompuan je kdg ambik berat pasal2 kesihatan ni, siap google itu ini, lelaki mmg payah sbb mereka anggap mereka HERO. sekali kena sakittt.. ha terus tahap teruk punya.. hsband akak pun cenggitu, alhamdulillah skrg dh mula nak terima makanan2 sunnah ni, itupun setelah di "plz plz plzzzz" mcm tu hihihi dgn dorg tu kena gune selembut2 pendekatan, kalah ngan budak2 kut.. tp xpe, awk rajin mkn itu ini,nanti dia sndiri nmpak awk sihat.. so dia ikutlah tu nanti. habis tu Dr ckp apa? mmg xde internal bleeding ke guane. bab bejol tu xtahan tu.. besarrr tuu
ReplyDeletebenjol tu alhamdulillah xde internal bleeding, cuma bleeding kat luar tengkorak (kat kulit kepala je) tapi tengkorak tu tak luka, ni pun dok benjol lagi sikit, dah tggal besar guli. Tang situ dah nmpak mcm botak lak :)
ReplyDelete