Bagi yang mengikuti kisah adik Ahmad Adam Syukri ni mungkin dah tahu yang arwah dah meninggal dunia semalam. Aku tak mengikuti sangat kisah arwah, just tahu2 macam tu je sebab aku ni sensitif sikit. Baru tengok gambar, belum baca kisahnya lagi mata aku dah berair. Kalau tengok budak kena dera pun aku sayu. Tengok drama yang sedih2 pun sama. Time tu aku mulalah kena buat2 baring supaya boleh cover sikit kalau aku termenangis, so En. Mat Naat taklah usik aku nanti.
Terus-terang hati aku amat tersayat melihat gambar2 Adik Adam ni. Terutama sekali gambar yang kat bawah tu. Tengok gambar tu membuatkan aku teringat pada arwah anak kakak aku yang No. 2. Anak kakak aku tu kalau ditakdirkan masih hidup, hari ni dia dah berusia 8 tahun. Tapi Allah lebih sayangkan arwah. Selepas 5 hari menjenguk dunia, arwah pergi meninggalkan kami.
Aku tengok dalam gambar kat bawah, ibu Adam nampak tabah. Sama seperti kakak aku sewaktu melepaskan arwah anak dia pergi. Mereka tahu yang Jannah itu pasti buat anak mereka. Rasanya masa hari pengebumian anak buah aku tu, aku, adik perempuan aku dan mak aku yang menangis lebih2. Masa kakak aku bawa arwah balik dari hospital berbalut dengan kain batik, aku masih boleh kawal kesedihan tapi waktu arwah dimandikan, airmata aku menitik tak henti2. Aku tengok depan mata arwah dimandikan. Bayangkan memandikan seorang bayi yang dah tak bernyawa...sayuuuuu tak dapat digambarkan.
Selepas dimandikan, sebelum dikapankan kami semua sempat mencium dahi arwah. Sejuk, lembut & wangi. Macam tak mahu melepaskan rasanya. Aku kagum dengan ketabahan hati kakak aku dan abang ipar aku. Aku tak tahu kalau mereka menagis di belakang kami tapi di depan kami mereka nampak amat tenang.
Al-Fatihah buat arwah Adik Adam & anak buahku, Nurynn Nadhirah. Semoga bahagia di alam kekal abadi di Jannah sana...
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?