Okey, ini petua yang aku ambil daripada satu blog yang aku jumpa. Memang pernah terdengar petua ni tapi tak pernah amalkan. Bukan apa, aku bukanlah peminat bunga cengkih ni. Dulu pernah sakit gigi dan gigit cengkih ni, ianya meninggalkan satu pengalaman yang ouchhhh! Noooooo! Taklah sakit tapi tak sedaplah!
Petua ini diperolehi dari seorang ulama' di Terengganu. Ramai muridnya yang dah berjaya hamil. Menurut beliau, petua ini beliau perolehi dari petua ulama' silam. Petua yang saya maksudkan ialah dengan menggunakan 41 kuntum Bunga Cengkih.
Bunga Cengkih itu diibaratkan sperma yang berenang di lautan dalam yang gelap gelita dan ayat 40 surah An-Nur itu adalah jampi (dibenarkan jampi menggunakan ayat Quran) kerana Allah nyatakan hanya Dia yang mengurniakan Cahaya kepada siapa yang dikehendakkiNya. Jika Sperma itu tidak diberikan Cahaya oleh Allah, masakan boleh bertemu dengan Ovum.
Ayat 40 Surah An-Nur
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (40)
Caranya ialah:-
1) Suami dan isteri hendaklah memilih 41 kuntum Bunga Cengkih yang elok.
2) Suami genggam Bunga Cengkih tersebut dan membaca 3 kali ayat 40 surah An-Nur.
3) Seelok-eloknya dilakukan pada malam jumaat.
4) Bagi isteri makan 1 kuntum Bunga Cengkih setiap malam sebelum tidur. Hanya isteri sahaja yang makan.
5) Pada masa yang sama, banyakkan doa ayat 40-41 Surah Ibrahim. Banyakkan menderma wang kepada orang yang memerlukan.
*Insyaallah tahun depan nak mencuba berhabis-habisan & ini salah satu cara aku nak try...let's try it together. Kalau ada yang success, sila berkongsi dengan saya yer berita itu ;)
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?