Iklan

Monday 10 February 2014

COUNTING DAYS

Sebenarnya aku ni hari2 dok counting bilalh nak 17/3 ni? Ada apa dengan 17/3?

17/3/2014 ni aku punya follow-up dengan hospital. Nak tengok result untuk sampel tisu rahim dan pap smear yang aku buat masa kena tahan wad hari tu dan nak check balik hb kot. Apa yang penting, time tu dah tak payah kot nak telan pil hormon. 

Aku dah tak sabar nak start fertility treatment dengan hospital. Disebabkan telan pil hormon tu aku tak boleh nak buat treatment, so 17/3 ni harap2 semuanya akan okey dan aku akan dapat appointment untuk fertility treatment pula.

2014 harap2 akan ada sinar untuk kami suami isteri. Moga2 Allah murahkan rezeki buat kami. Andai ada lagi salah dan silap kami semoga Allah tunjukkan kami ke jalan yang benar.





* Teringat mimpi Subuh semalam. Bila jam henfon dah berbunyi pukul 6.30 pagi, aku tutup jam dan sambung balik tidur sambil pegang henfon dengan harapan nak bangun dalam beberapa minit lagi tapi memang malas dan syaitooonnn menguasai diri masa tu. Maklumlah anak pula cuti sekolah. Tiba2 boleh pula mimpi dengar ceramah agama. Sekali ustaz yang bagi ceramah tu cakap apa tah tapi yang paling aku ingat..."kalau nak solat pun malas, macamana Allah nak bantu?" 

-----> -----> -----> zassssss, terus aku bukak mata dan bangun sepantas kilat! Haaa.....heran tak heran, macamana mimpi boleh buat aku tersedar yang aku tak solat lagi? Dan betapa alertnya roh aku, terus berlari masuk dalam tubuh...Subhanallah! Celik2 mata dah pukul 7 pagi tapi tak kisahlah, solat tetap solat!

ME & MAMA & AFIF

Hari ni tak ada idea nak buat entry apa, so disebabkan tangan gatal juga nak buat entry, korang layankan ajelah ek!

Korang nak tengok tak muka aku dikala muda? Sekarang pun bukannya tua, cuma taklah semuda dulu :p

|
|
|
|
|
|

 Tadaaaa....yang mana satu aku? Korang jangan nak buat hal! Takkanlah fesyen skaf macam tu masih dipakai pada zaman 'serban atas kepala' nih? Of kos la yang kecik tu aku :D Yang pakai skaf tu mak aku masa zaman dia mudo2 dulu la. Masa ni aku tak ingat berapa umur aku tapi mungkin 3-4 tahun kot.

Motif letak gambar masa kecik2? 

Sajaaaaaa....kahkahkah!

Hebat tak lukisan Afif? Samakan? Samakan? Kreatiflah juga si Afif ni. Dia boleh tiru lak tu gaya rambut aku dan skaf nenek dia...hahahaha! Lawak.

Sama tak muka anak teruna aku ni dengan aku? Orang biasanya kata ni Nahar Junior. Sama sangat ke dengan muka abah dia? Tak ada langsung ke macam muka mama? Mmm...nak baby girl plak la, kot2 nanti orang akan kata Nanie junior plak...teringin!


Saturday 1 February 2014

KU TITIPKAN DOA

Alhamdulillah hari ni ada lagi yang telah berangkat ke tanah suci Makkah. 

Beberapa bulan sebelum ni aku pernah titipkan doa pada salah seorang teman yang telah ke tanah suci dan kali ni ku titipkan sekali lagi doa yang sama pada mereka agar mereka dapat mendoakan diriku di sini.

Apa doa aku?

Biasalah sebagai seorang TTCians, apalagi yang kami harapkan? Aku cuma kirimkan 2 perkara buat sepupuku yang pergi mengerjakan umrah hari ini bersama mak long dan pak longku. Aku minta dia sampaikan salam aku buat junjungan besar Nabi dan juga aku minta dia doakan agar aku dan adik aku yang baru berkahwin 2 bulan lepas dikurniakan zuriat. Walaupun adik aku mungkin tak kirimkan doa begitu tapi aku tak mahu dia menerima nasib macam aku yang terpaksa melalui tempoh2 yang mencabar sepanjang belum dikurniakan zuriat. Aku tak nak dia alami tekanan macam yang pernah aku alami. Aku nak dia cepat2 punya anak sendiri sebab selama ini banyak perhatian dan wang ringgit yang dia habiskan untuk anak2 buahnya.

Harapan aku agar sepupu aku tak lupa...itu saja!

Waktu bersalam dengan mak long aku lepas menziarah dia semalam, dia peluk aku sekejap dan cakap pada aku, dia nak doakan aku dapat anak sambil usap2 perut aku. Aku senyum dan aku cakap pada dia terima kasih. Aku tak pasti dia tahu yang aku sedang berTTC tapi bila dia cakap macam tu, aku terharu. Sekurang2nya dah ada seorang lagi yang akan mendoakan aku tapi sekiranya Allah dah tetapkan masih juga belum sampai masanya, aku redha...

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...