Iklan

Thursday 31 October 2013

SURAT REFER HOSPITAL UNTUK O & G

Tadi pagi2 ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Tujuan ke sana sebab anak terunaku yang sorang ni demam...semalaman dia tak boleh tidur, sakit kepala katanya. So, risaulah juga aku. Budak kecik macam tu dah sakit kepalakan?

Bila dah sampai KK, aku pun terus register sekali sebab aku nak check apa masalah dengan period aku yang berlanjutan ni tapi kerani pendaftar tu kata kalau untuk anak aku kena ke bahagian ibu mengandung & anak. Laa...pulak dah! Tak apalah, terpaksalah masuk jumpa doktor asing2. Aku ingat tadi nak cepatkan kerja, boleh la masuk sekali. Aku pun tinggalkan IC aku kat pendaftaran tu dan bawa anak teruna aku ke bahagian ibu mengandung dan anak untuk mendaftar kat situ pula.

Sambil duduk menunggu giliran, tengoklah juga gelagat ibu2 tengah mengandung dan baby2 yang baru lahir. Terimbau kembali kenangan 6 tahun lepas masa bawa anak aku untuk check up setiap bulan. Rindunya nak merasai semua tu kembali...insyaallah!

Nasib baiklah abah Afif ada, so dialah yang menunggu untuk Afif sementara aku menunggu kat tempat lain. Lebih kurang 2 jam lebih jugalah menunggu baru dapat masuk jumpa Doktor. Nasib baiklah doktor tu tak adalah layan aku gitu2 aje. Apa aku tanya dia jawab dan dia jawab details juga, so aku rasa berbaloilah aku menunggu 2 jam lebih tu. Dia tanya umur berapa aku start datang bulan? Dia tanya macam2 lah pasal period aku dan aku pun explain sekali yang aku tengah TTC sekarang. Tanpa aku minta, dia sendiri ambik surat rujukan untuk aku. Katanya kat KK memang tak ada peralatan khas untuk check semua ni.

Surat rujukan ke O & G dah ada...surat rujukan untuk fertility treatment pun dah ada tapi aku aje yang tak pergi2 lagi...sedih! Kalau ikutkan aku esok juga nak pergi tapi encik suami pula yang macam tak endah je. Dah tak pernah tanya pun bila nak pergi start balik treatment ke apa. Asik kerja je manjang...abah, anak tu pun rezeki juga, bukan kerja itu je rezeki....uwaaaa! Kalau aku ada transport, tak payah tunggu dia, aku boleh redah je :D

Tuesday 29 October 2013

PADA SIAPA NAK KU WARISKAN??

Petang ni tiba2 rajin pula mengemas gobok anak teruna aku. Agak lama juga tak kemaskini baju2 dalam gobok dia yang mana boleh pakai, yang mana tak boleh pakai. Nasib baiklah anak teruna aku ni, baju masa dia umur 2 tahun pun muat pakai lagi...tapi pakai kat dalam rumah ajelah! Tak melebar dia ni, cuma memanjang je :)

Kemas punya kemas, agak banyak jugalah baju2 dan seluar yang dia dah tak muat nak pakai. Semuanya dah senteng2. Ada juga yang aku belasah je bagi dia pakai. Maklumlah mama dan abah dia ni asal shopping je baju raya. Selain hari raya memang tak pernah nak shopping baju2 anak. Sebab tu semua baju anak aku dah senteng2. Kalau ada baju baru pun disebabkan pemberian orang. Kadang2 nenek dia bagi, kadang2 mak lang atau umy (panggilan Afif untuk kakak aku) dia yang bagi.

Bila tengok banyak baju2 yang dia dah tak boleh pakai, rasa sayang je. Bukan nak buang pun, semua baju2 dia yang dah tak muat aku letakkan dalam satu bekas. Nak buang lagilah sayang. Mulalah terfikir, kalaulah Afif ada adik, adalah juga pewaris kepada baju2 lama dia tu tapi Afif tak ada adik, pada siapa aku nak wariskan semua barang2 dia? Lama2 semua baju2 dia dan permainan2 dia mungkin aku terpaksa buang saja kot. Nak bagi pada anak2 saudara yang lain rasa macam ada sentimental value kat situ, sayang nak bagi. Bukan kedekut tapi semua tu menjadi satu-satunya kenangan dan memori buat aku.

Ya Allah, Kau lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Mu ini namun aku masih tidak putus2 berdoa dan berharap agar Kau murahkanlah lagi rezeki buat aku dan suami. Janganlah Kau biarkan anakku keseorangan di dunia ini tanpa saudara terdekat yang dapat menjaganya apabila kami sudah tiada lagi di atas muka bumi ini.  

Sunday 27 October 2013

SYUKUR DIA BUKAN JODOHKU!

Tengok, tajuk je dah macam adaptasi novel ke dramakan? Mesti hebat cerita ni...hehehe. Tak adalah sehebat 'Love You Mr. Arrogant' atau 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' tapi not badlah! :p

Alkisahnya hujung bulan 11 ni akan berlangsung majlis perkahwinan 2 orang adik-adik aku so aku ni dok kalut nak menjemputlah kenalan2 terdekat untuk memeriahkan majlis. Entah macamana tergerak pula hati nak menjengah Timeline FB ex-bf aku (dah tak ada apa2 perasaan dan hati pun kat mamat ni tapi masihlah berkawan).

Bila aku dah masuk Timeline dia, tiba-tiba terbacalah satu post dari seorang perempuan yang wish birthday dia walaupun aku tahu birthday mamat ni lama lagi...30/10 nanti. Tapi katanya kat situ takut terlupa. Baca punya baca, ayat bukan main la ber'sayang2'. Aku tengok nama dan profile picture tu bukan bini dia. Aku tahulah nama bini dia. Mulanya aku ingatkan bini dia tukar nickname dan profile pic ke so, aku yang ter'busy' body pun mula menyiasat...hahaha. Memang tak penting pun tapi aku memang nak tahu juga apa kisahnya.

Selidik punya selidik sampai timeline perempuan yang tak dikenali tu pun aku buka, timeline bini dia pun aku jengah...ooo, rupa-rupanya dah divorce! Adalah juga aku tertengok gambar2 ex-wife dia tu untuk majlis pertunangan (dengan tunang baru). Dah bertunang lain, maksudnya dah lama ke mamat ni dengan bini dia divorce? Hahaha, nampak? Masih tak puas hatikan? Bila aku selidik pula timeline awek baru ni, dengar kisahnya akan menikah tak lama lagi, hujung tahun ni kot. Daripada status2 dan ayat2 awek baru dia ni, bagi aku memang tak boleh blahlah. Nampak macam desperado sikit...sorrylah ek! Bukan apa, katanya dah nak kawen tapi masih dok accept lagi lelaki2 yang nak berkenalan dengan dia pastu memang ayat2 dia control2 ayulah senang cerita. Tak baikkan aku ni nak ambik tahu pasal orang tapi ada sebab aku buat macam tu. Biasalah dendam lama dengan mamat ni...walaupun dah lama tapi sikit2 masih terasalah dengan apa yang dia buat kat aku.

Disebabkan aku nakkan juga kepastian, aku pun saja2 PM kat inbox mamat ni konon2 nak menjemput dia ke majlis adik aku nanti (dalam hati tak berapalah nak jemput sangat pun!). Aku siaplah buat ayat, datanglah bawa anak dan isteri sekali. Esoknya tu kot baru dia balas mesej aku. Katanya insyaallah tapi kalau datang pun mungkin solo saja sebab memang dah solo. Hahaha...so, aku dah tahulah maksud dia tu tapi saja2 buat2 tanya, solo tu apa maksudnya? Dia balas balik, solo tu dah divorce. Aku tanya lagi, kenapa? Macamana boleh jadi macam tu? Eiii...busy body betullah aku ni! Dia kata nak dekat setahun dah. Panjang ceritanya. So sampai takat situ je aku stop tak tanya dah, malas pula nak layan, sekati dialah! :D

Kenapa aku kata aku bersyukur bukan mamat ni jodoh aku? Sebab mamat ni dah kahwin dengan ex-wife dia tu tak silap aku 7 tahun dah sebab setahun lepas aku kawen, dia pun kawen. Anak dah ada 2 orang. Bini kerja bagus dan boleh tahan comei orangnya tapi itu pun dia masih tak bersyukur? Kalau akulah yang kawen dengan dia, silap2 aku yang berada dalam kedudukan tu sekarang. Mana taknya, aku ni dahlah susah nak bagi anak kat dia, kerja pun tak ada tapi bab comei tu aku lebih comei dari ex-wife dia kot! :D

Mamat ni dari dulu aku kenal dia kat universiti memang 'playboy' jugakla. Eh, tapi kenapa aku boleh tersangkut kat dia ek? Ala...cinta monyet! Best tak aku punya jawapan coverline? ;p So, bila aku dapat tahu dia dah divorce, of course aku nak busy body sebab masa aku tengah bercinta suam2 kuku dengan dia, ex-wife dialah yang menyebabkan kami terputus. Eh, mana ada aku salahkan ex-wife dia. Kalau boleh aku nak jumpa ex-wife dia dan ucapkan terima kasih kerana disebabkan dialah aku tak berkahwin dengan mamat poyo tu! Masa aku bercinta dengan mamat ni, kami bercinta jarak jauh. Aku di selatan, dia di utara. So, alasan dia main kayu tiga dengan aku sebab dia sunyi...phuihhh! Tapi aku tak frust menonggeng pun masa putus dengan dia sebab masa dia dah tunjukkan perangai nak elak2 diri, malas call aku tu aku dah agak pun. Aku pun tak tunggu lama, aku pun start juga berkenalan dengan orang lain. Masa itu jugalah aku berkenalan dengan suami aku yang tercinta lagi tersayang ni.

Syukur aku dipertemukan oleh Allah dengan insan yang baik ini. Bukan setakat dia baik, seluruh ahli keluarga dia pun baik. Macam family mamat poyo tu, aku pernah cuba call rumah dia masa bercinta dulu. Aku pernah bercakap dengan abang dia dan sorang lagi perempuan, aku tak pasti kakak atau emak dia tapi memang macam tuttt la layanan yang aku terima. Cakap dengan aku pun kasar macamlah aku desperate sangat! Setakat ni aku rasa suami aku adalah lelaki terbaik yang pernah aku kenal (macamlah banyak sangat bf :p). Syukur sangat2 sebab dia sanggup menempuh semua ni bersama dengan aku. Dia bersabar dan redha dengan segala ujian yang Allah turunkan kepada kami ni. Dia layankan saja perangai2 buruk aku. Walaupun kadang2 memang ada gaduh2 kecik atau gaduh besar tapi semua tu makin menguatkan rasa cinta aku pada dia...sayang abah!


Friday 25 October 2013

DARAH TURUN LAGI SELEPAS 5 HARI PERIOD STOP

Tak tahu dah nak mengadu nasib diri ni kat siapa lagi....aku buat kronologi la tentang cycle period aku.


8/7 - 12/7/2013 (5 hari)
|
(CD72 > tak ada brownish atau apa2 tanda)
|
17/9 - 26/9/2013 (10 hari)
|
(CD19 > 8 hari sahaja darah kering)
|
5/10 - 18/10/2013 (14 hari)
|
(CD20 > 5 hari sahaja darah kering. Tak betul2 kering, ada brownish)
|
24/10 - 7/11/2013 (15 hari)


Boleh faham tak kronologi aku kat atas? 
Aku pernah lewat period sampai 72 hari. Lepas tu bulan 9 period datang. Lama juga selama 10 hari. Lepas tu bila darah dah kering 8 hari, darah turun balik sampai 14 hari. Bagi seseorang yang baru sahaja dapat period selama 10 hari, then turun darah lagi selama 14 hari pula memanglah lama rasanya. Sebenarnya selepas 14 hari tu pun bukan darah betul2 kering sebab masih ada brownish dan kadang2 ada ketul darah kecik tapi aku tak consider as period dah, aku consider istihadah dan aku mula solat.

5 hari lepas tu (semalam) turun balik darah. Bukan sikit, bukan spotting atau brownish tapi banyak! Banyak! Aku pakai overnight punya pad, tak sampai 6 jam pad aku penuh dan bocor lagi! Aku pula semalam bantai coconut shake. Masa period elok ke minum air kelapa? Memang mencurah2 darah turun.

Patutla dalam tempoh 5 hari sebelum ni, asal tidur malam, aku sakit pinggang sampai nak nangis sebab aku tak boleh nak gerak, sakit sangat. Biasanya itu memang tanda aku nak period. Lepas tu perut aku kembung je. Dah macam pregnant 6 bulan pun ada. Aku tak suspek apa2 pun sebab baru je periodkan? Entah2 darah yang turun 14 hari sebelum ni yang darah istihadah dan darah kali ni darah period tak? Alamakkkk.....aku dah konfius ni. Macam betul juga sebab darah yang turun sebelum ni aku macam tak ada tanda2 nak period pun, kali ni yang aku ada tanda2. 

Macamana ek? Aku dah tak solat untuk darah yang turun sebelum ni, so untuk darah kali ni aku solat macam biasa tapi kalaulah aku tersalah perhitungan macamana? Moga2 Allah ampunkan dosa aku sebab aku pun dah tak tahu nak pastikan bila aku period sebenarnya. Bukan setakat nak pastikan bila period, bila subur pun aku dah tak ambik tahu sebab aku memang tak tahu....uwaaaaaa :(

Monday 21 October 2013

PANTASNYA MASA BERLALU

Eh, aku tak teringin pun nak bercerita pasal Hari Raya AidilAdha yang lepaskan? Macamana nak bercerita kalau raya aku macam hari2 biasa je, tak ada yang best pun. Dahlah tahun ni kakak aku beraya dia kampung suami dia bersama anak2. Ini sebab kes dia beranak masa raya Aidilfitri lepaslah. Lepas beranak berpantang kat rumah mak aku walaupun raya tu turn dia kena beraya kat kampung belah laki dia. So terpaksalah dia tukar turn kali ni. Bermakna aku dan anak-anak buah aku tak akan bertemulah lagi setiap kali raya...huuuuu. Sedih!!!!

Ceritalah sikit pasal raya korban hari tu ek. Aku raya tu tak pakai baju raya pun. Mujur tak beli baju baru sebabnya aku jadi orang dapur je. Mak aku tak berapa sihat...sakit lutut. Menu pagi raya tu pulut bersama rendang (yang ni mak aku sempat juga buat dalam sakit2), pas tu aku buat mee kari. Alhamdulillah menjadi mee kari aku walaupun baru first time aku mencuba buat...muahahaha!

Ayah aku sibuk di masjid. Suami aku lepas balik sembahyang raya, bawalah anak teruna aku yang sorang tu nak tengok lembu kena korban tapi rupanya anak teruna aku tu penggeli! Di ajaknya abah dia balik sebab geli tengok lembu kena korban dan takut tengok darah...teruna oh teruna! Aku ingatkan nak bagilah dia pengalaman tengok semua tu tapi lain pula jadinya.

Seharian tu aku cuma dok rumah ajelah. Sambil2 dok tu aku membuat reben untuk dilekatkan kat botol2 cenderahati pada tetamu untuk majlis perkahwinan adik2 aku bulan November ni nanti. Sebelah petang barulah Pak Teh aku datang bersama isteri dan anak-anak dia. Malamnya, lepas adik aku belikan kek bersempena belated birthday mak aku pada 10/10 lepas, barulah kami bertolak balik rumah. Kena balik jugalah sebab si teruna aku tu nak sekolah esoknya.

Oh, ni nak bercerita pasal teruna aku. Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Tahun depan dah nak masuk Darjah 1 dah dia. Aku ni masih dalam dilema nak fikir pasal sekolah anak. Suami aku pula bila diajak berbincang macam tak kisah. Bila ditanya, jawapannya tak tahu! Kadang2 hati aku ni sakit sangat tapi aku terpaksalah pendam saja. Aku nak yang terbaik untuk anak aku. Sekolah yang dekat dengan rumah ni, aku agak kurang berkenan sikit nak masukkan anak aku ke sana. Sekolah tu bukannya berprestasi tinggi. Bukanlah anak aku tu bagus sangat tapi aku nak dia bergaul dengan rakan2 yang boleh diharap. 

Persekitaran kawasan rumah aku ni budak2nya macam tak sesuai sikit untuk membesarkan anak. Biasalah rumah kos sederhana ni macam2 masalah ada. Aku ni nak lepaskan anak aku keluar bermain kat luar pun aku berfikir banyak kali. Aku risau! Sekarang ni anak aku diam tak diam dah pandai, setiap petang mesti nak keluar bermain dengan kawan2. Mula2 aku memang berat hati nak lepas dia keluar main sorang2 kat bawah tu. Mujur padang permainan ni depan tingkap rumah aku. Setiap kali dia turun, aku akan pastikan betul ada kawan bersama dia. Masa tu aku dah tak boleh nak buat kerja, dah jadi jaga pula aku depan tingkap tu dok perhatikan dia. Rasa nak alih pandangan sekejap pun berat je hati. Kadang2 aku terfikir, aku ni terlalu mengawal anak ke? Entahlah...apa yang pasti, aku risau. Kadang2 tengok dia bermain dan terjatuh pun aku dah menggelabah. Tengok kawan2 dia buli dia pun aku dah serba tak kena. Macamanalah aku nak biarkan anak aku masuk Darjah 1 ni??? Boleh ke dia berdikari? Pandai ke dia mencari kawan yang baik2? Takkan ada ke budak2 yang akan ambil kesempatan dan membuli dia nanti? Risau dan risau lagi :(

Sebab itulah kalau boleh aku nak anak aku tu dihantar ke sekolah tahfiz sekurang-kurangnya. Bila aku bercakap dengan suami, mula2 dia kata hantar ajelah, anak sorang je pun bukannya ramai. Tapi bila aku ajak dia survey sekolah2 tahfiz yang ada, lain pula alasan dia. Katanya kan dah register sekolah? Pulak dah! Angin satu badan aku ni. Apa orang lelaki ni semua benda pun nak ambil mudah dan ringan ke? Apa diaorang tak ada perasaan risau ke? Dahlah nak 'buat' anak yang sorang tu pun bukan mainlah perit dan jerih yang aku kena lalui. Kena cucuk sana, kena cucuk sini. Kena makan itu, kena makan ini...alih2 macam tu je jawapan yang aku terima. Sedih lagi :(

Kalau nak masukkan anak aku ke sekolah tahfiz, sekurang2 satu sessi je. Tak perlulah dia terkejar2 balik sekolah agama nak ke sekolah kebangsaan pula. Lepas tu malam nak belajar mengaji pula. Kat sekolah tahfiz tu semua dah lengkap. Agamanya dah diajar, mengaji dah diajar dan silibus sekolah kebangsaan pun diajar di satu tempat saja. Memanglah belanjanya mahal sikit tapi bak kata suami akulah, anak sorang je pun! Kalau nak kejar2 cari duit pun untuk siapa? Bukan untuk anak juga? So, aku memang betul2 nak yang terbaik untuk anak tapi macamana lagi aku nak cakap dengan cik suami aku ni??  

CIK 'P' STOP PADA HARI KE-14

Cik 'P' bulan ni datang selama 2 minggu...sebenarnya 16 hari pun still ada brownish2 tapi since after 14 hari dah kira darah istihadah dan kena solat, so aku dah start solat pada hari ke 15. Masih ada juga sikit2 brownish yang keluar walaupun dah 16 hari. Lama juga period aku kali ni...semalam pun macam ada rasa cramp kat bawah perut macam nak period balik pulak...huhuhu. Entahlah dik non! Sekati dialah nak datang balik ke tidak, aku dah malas nak fikir. Nak kira waktu subur pun memang dah tak pandai dah aku ni dengan period yang lintang pukang ni.

Friday 11 October 2013

SEMALAM KU BERMIMPI...

Semalam mimpi memang syok tapi petandanya aku rasa tak baik kot. Aku mimpi baby...Nama pun  mimpi...memang adalah kelakar dan tak logiknya. Begini kisah bermula...

Muahahaha

Mula2 aku mimpi aku ke sebuah masjid. Aku masuk dalam masjid untuk singgah solat. Sebelum solat tu, lepas dah letak beg semua, aku keluar untuk ambik wudhuk. Masa nak ambik wudhuk tu, bila tunduk je nak basuh tangan aku nampak ada seketul darah yang besar kat dalam longkang tempat air wudhuk tu jatuh. Aku tengok je darah tu dan perlahan2 darah tu macam menggelupas...lama2 dari sebentuk darah bertukar menjadi seorang bayi. Ya Allah! Terus aku angkat baby tu dan peluk. Aku bawa masuk dalam masjid dan peluk lagi baby tu...sampai situ saja yang aku ingat. Lepas tu aku tak tahu apa kesudahan mimpi aku tu.

Orang cakap mimpi bayi memang tak elok. Kalaulah ada petanda bahagia alangkah gembiranya aku tapi mimpi tu semua mainan tidur dan gangguan syaitan, tambahan pula aku tengah period sekarang ni :(

Oh...bercakap pasal period, aku dah hari ke-7 hari ni tapi period still penuh pad. Macam tak ada tanda2 nak stop lagi je...mungkinkah tempoh period yang panjang akan aku lalui kembali macam dulu??

Monday 7 October 2013

PERIOD PADA CD20??

Biar betul? Last period aku, bulan lepas (September) pada 17/9. Selepas aku 'bersih' tak sampai 10 hari (sebab period aku bulan lepas berlanjutan selama 11 hari), yang mana 27/9 baru period aku stop dan kelmarin 5/10 tiba-tiba keluar darah balik. 

Sebenarnya 2 hari sebelum tu memang dah ada spotting dan brownish2. Dalam entry aku sebelum ni aku ada cerita. Aku tak tahu la pula yang brownish tu akan betul2 turun darah period. Aku ingatkan cuma akan keluar brownish2 je. Darah yang keluar pula bukan sikit2, penuh pad jugak!

Okey, ni aku nak cerita macamana darah tu boleh keluar...sebenarnya benda ni dah beberapa kali jadi kat aku dan bila kelmarin terjadi sekali lagi, aku mula terfikir...

Aku ni sebenarnya suka membelek perut. Bukanlah belek macamana tapi kadang2 tu picit2 lemak2 kat perut, tengok berapa tinggi tahap lemak dah naik kat perut macam tu je lah. Disebabkan dah beberapa hari ada keluar brownish, kelmarin sambil2 dok layan Dikir Zikir kat TV AlHijrah, aku pun tekan2 perut aku. Ada 2 spot yang bila aku tekan sakit. Satu kat tepi pusat dan satu lagi kat bawah ulu hati (tempat yg sama ustaz yang pernah cuba nak rawat aku dr gangguan jin pernah tekan dan aku melalak2 dan terus bertukar menjadi 'orang' lain). So bila dah rasa sakit, aku tekan makin kuat kat dua-dua tempat tu sambil selawat banyak2. 

Lepas habis tengok tv, aku ke bilik air nak pee pee lah. Panties aku kotor dengan brownish yang pekat dan agak banyak, so aku rsa aku perlu pakai pad. Bila dah pakai pad, aku masuk bilik sambil berbual-bual dengan suami. Perut dah rasa macam lain macam. Rasa macam nak datang period, cramp, bloating dan agak keras sikit. Lepas tu macam rasa nak membuang, so aku ke toilet sekali lagi. Duduk atas jamban tu tak pula membuang tapi pee pee je sekali lagi. Dan bila habis pee pee tu, keluar darah yang agak pekat, berlendir dan berketul. Mmm...nampaknya macam period lagi ni tapi aku pun was2 juga sebab baru je aku kering dari period tak sampai 10 hari. Tapi aku cuma anggap disebabkan cuka epal tu kot nak membalancekan balik period aku. Macamanalah aku tak was2 sebab last cycle aku 72 hari dan tiba2 kali ni 20 hari je??

Tapi tu lah yang aku perasan, setiap kali aku tekan perut aku kat tempat yang sakit tu, tak lama lepas tu akan keluar darah. Bukanlah setiap kali tapi dah beberapa kali perkara macam ni terjadi. Aku bukan nak buat kisah mistik kat sini tapi aku ni memang ada pengalaman berubat cara Islam dengan seorang ustaz dan memang ada 'benda' kat dalam badan aku yang tak nak keluar...so, apakah 'benda' tu pun boleh dianggap penyebab segala masalah aku ni??

Pendarahan Selepas Haid - Dr. Zubaidi

Friday 4 October 2013

OTAK KANAN - TEKNIK JEPUN SHICHIDA METHODS

(Copy paste)

Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...


Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak dia 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih

efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya. 

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek.. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri....kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.....kita pun bukan tak biasa merapu.... 

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari....tak payah lama-lama. 

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni... 

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.


SUMBER: Dari Facebook

MALAPETAKA APAKAH PULA?

Ish...ish...tak tahu nak kategorikan ini dalam kategori apa. Malapetaka? Petanda? Mimpi buruk? Entahlah...

Setelah sekian lama aku tak pernah ada tanda2 brownish di dalam waktu bukan waktu period, tiba2 semalam benda yang dah lama tak jadi tu datang balik. Tengahari semalam masa dah pee pee (buang air kecik :D) tengok macam ada lendir ala2 light brown gitu tapi buat tak kisah je. Sekali tu petang bila nak pee pee lagi sekali tengok panties ada tanda brownish yang pekat. Walaupun tak banyak tapi apakah itu??

Cik 'P' aku baru je menghilangkan diri 27/9 hari tu...ni baru seminggu aku 'suci' takkan Cik 'P' nak tunjuk diri lagi? Macam tak nak bagi chance aku manja2 dengan cik suami je. Jeles eh? Kalau itu tanda yang dalaman aku sedang dibersihkan...Alhamdulillah! Kalau itu tanda penyakit...minta dijauhkan! Kalau itu tanda penempelan...Subhanallah! :)

Mungkin ke sebab amalan Apple Cider Vinegar sejak 6 hari yang lalu? Mmm...tak dapat nak dipastikan cuma harap2 semuanya tak mendatangkan penyakit.

Thursday 3 October 2013

DILEMA ORANG TAK BERANAK RAMAI...

Ingat orang ada anak ramai je dalam dilema? Orang yang tak ada anak dan ada satu-satunya anak pun ada dilema jugak tau! So, yang beranak ramai tak payah nak buat muka seposen konon2 dia sajalah yang banyak masalah...

Bagi aku yang cuma ada seorang anak ni kadang-kadang rasa sangat2 bersalah. Bukan salah anak aku tapi salah tu ada pada diri aku sendiri. Rasanya aku yang create masalah tu secara tak sengaja. Aku tak punya anak berderet2 yang mana kalau seorang tak menunjukkan prestasi baik, aku boleh tumpukan pada yang lain. Tak boleh! Disebabkan seorang je anak aku, semuanya aku nak yang terbaik. Kadang2 tu rasa macam aku terlalu menekan atau memaksa sangatkah? Tapi kadang2 terasa wajar apa yang buat tu. Aku ni tak ada harta nak ditinggalkan buat anak, cuma ilmu yang aku mampu bagi dan bila dia tak menunjukkan prestasi yang aku impikan, mestilah aku marah.

Afif ni tahun depan dah nak masuk Darjah 1. Dia dah boleh membaca tapi agak merangkak dan slow. Bila aku tengok kawan-kawan tadika dia yang boleh membaca dengan pantas, aku mula rasakan yang dia pun sepatutnya jadi macam mereka tu. Dia boleh mengira tapi setiap kali buat latihan mengira dengan aku, mesti dia hilang fokus. Berkali2 aku dok bagi penerangan dia tetap sama. Seolah2 aku bercakap berbuih2 mulut tadi macam aku cakap dengan pokok. Kadang2 aku tak pasti sama ada dia ni ada masalah pembelajaran atau apa sebab dia nampak stress bila dia tak dapat menjawab soalan2 yang aku tanya. Mata dia tak tumpu pada buku, dia tak dengar apa arahan aku, dia macam tak faham apa yang suruh dia buat...macam ciri2 Dyslexia pun ada tapi apa yang aku baca tentang Dyslexia ni budak2 yang ada masalah ni tak boleh membaca terus. Afif boleh membaca tapi terlalu slow dan dia cepat bosan dan letih. Bila ditanya apa yang dia baca, dia tak tahu apa yang dia baca...dia cuma baca tapi tak faham langsung!

Aku cuba tak nak tinggi suara pada dia memandangkan dia masih lagi di sekolah tadika tapi aku risau juga kalau aku tak beratkan semua ni, dia akan jadi seorang yang senang. Maksud aku dia akan rasa yang aku tak kisah dan tak peduli sama ada dia boleh membaca, mengira dan sebagainya. Nak kata aku terlalu tegas dan mendesak dia belajar pun tak juga. Aku tak pernah paksa dia belajar. Bila ada homework je baru aku akan minta dia duduk buat homework dia sampai habis. Itupun aku tak kacau dia dari tengahari dia balik sekolah sampai ke petang. Aku biarkan dia bermain dan tengok tv. Lepas Maghrib baru aku minta dia duduk menghabiskan homework dia. 

Aku dah tak tahu nak buat macamana lagi. Cikgu2 dia pernah cakap juga yang Afif ni agak lambat sikit kat sekolah tapi dia boleh buat tapi apa2 perkara yang dia buat memang lambat. Kalau kat rumah memang aku ni sentiasa kena keluar suara kuntilanak. Pagi2 lagi aku dah high blood pressure. Budak ni sekarang nak bangun pergi sekolah dah malas. Bangun dah lewat, lepas tu nak pujuk dia mandi pula ada je akal dia...sejuklah, mengantuklah, tak laratlah, nak kena dukunglah...macam2! Dah habis mandi lain pula masalahnya. Nak tunggu dia makan pula dah. Nak makan roti sekeping pun ambik masa 15minit...bayangkanlah! Dahlah gigit kecik2, lepas tu simpan dalam mulut tak kunyah2. Bila kena tegur, dia kunyahlah sekejap tapi bila kita leka dia pun ikut leka. Satu benda je yang aku rasa dia laju...berlari! Setiap kali bawa dia keluar, dia tak pernah berjalan, berlari je kejenya. Aku pula yang letih nak mengawal. Pelik aku dengan perangai anak bertuah aku ni.

Tapi aku bersyukur sebab dia seorang anak yang cerdas...akal dia panjang, mulut dia pandai bercakap (menjawab pun pandai), mendengar kata dan menghiburkan. Semalam lepas dah marah2 dia, lepas kami solat sama2, aku pun bagitahulah dia sebab kenapa aku marah dia. Aku cakap kat dia Afif jangan bagi mama marah lagi. Kalau mama selalu marah nanti mama akan sakit, bila mama sakit nanti mama mati cepat. Afif nak mama masuk kubur, Afif tinggal sorang2? Merah mata dia, muka dia sedih dan airmata pun menitik dalam perlahan. Dia menggeleng. Aku pun berair juga mata. Tak sangka dia tahu rasa sayang. Lepas solat, sambung buat homework balik, sekali lagi dia buat blur (yang membuatkan aku marah sebab dia tak faham arahan aku dan tak buat apa yang aku minta), so aku marah sekali lagi. Allah! Terus dia menangis. Dia kata Afif tak nak mama marah. Afif tak nak mama mati...

Subhanallah! Apa yang aku buat ni? Aku dalam dilema betul. Bukan aku tak nak ajar dia lembut2 tapi bila aku lembut2 dia main2. Bila dia main2, kerja rumah dia lambat siap. Bila kerja rumah lambat siap, dia lambat boleh tidur. So, macamana? Anak dahlah sorang, kalau nak rosak pun yang itulah dan kalau nak berjaya pun yang itu jugalah...so, jangan senang2 orang yang beranak ramai nak kata kami yang anak sorang ni senang, tak ada masalah bla..bla..bla..siapa yang tak ada masalah?? Orang yang tak ada anak pun nampak je macam tak ada masalah tapi mereka pun ada masalah juga bila tak ada anak. Tak pikir pula apa masalah emosi, masalah kewangan sebab usaha nak dapatkan anak dan sebagainya? 

Eh, teremosi pula...malam ni memang emosi sikit aku. Tengok Afif tidur ni pun rasa nak pergi peluk cium dia puas2...nak cakap kat dia yang sebenarnya mama sayang sangat kat Afif. Mama marah bukan sebab mama suka2 nak marah tapi sebab mama bukannya mampu nak tinggalkan harta mahu pun saudara buat anak mama ni. Mama nak Afif ada ilmu, ada kemahiran dan berdikari supaya Afif senang kemudian hari. Tak perlu terlalu pandai pun tak apa, asalkan ada usaha nak maju dan berdiri atas kaki sendiri. Esok2 kalau mama dan abah dah tak ada, Afif kena tinggal seorang diri sebab Afif bukan ada abang, kakak atau adik yang boleh membantu Afif. Kalau Afif tak ada ilmu, macamana Afif nak cari duit untuk teruskan hidup Afif? Ya Allah, sedihnya aku bila memikirkan semua ni...



*Satu perkara tentang Afif yang membuatkan aku tersentuh bila aku tanya dia apa doa yang dia minta selepas solat? (Afif selalu solat Maghrib & Isyak dengan aku)...katanya, Afif minta Allah bagi dia duit supaya orang2 miskin ada makanan dan minuman (maksudnya supaya dia blh bantu org2 miskin dgn duit yg dia ada). Allah bagi dia duit supaya orang miskin ada rumah yang cantik2. Allah bagi dia duit supaya orang miskin tak hidup susah (selain tu ada banyak lagi yang dia minta tapi itu untuk diri dia) ---> Aku yang dah berumur ni pun tak pernah terfikir nak berdoa macam tu, tapi budak sekecil dia dah terfikirkan kesusahan orang lain. Kadang2 terselit kecerdikan anak2 ni dimana2 tapi kita tak sedar. Aku cuma AMIN kan segala doa dia supaya termakbul apa yang dia inginkan.

     


Wednesday 2 October 2013

KERJA-KERJA RUMAH YG LIKE & DISLIKE

Saja2 je nak buat entry ni...maklumlah tengah bosan2 :)

Nak berkongsi dengan orang2 kat luar sana apa kerja2 rumah yang aku suka buat dan yang aku paling tak suka buat. Walaupun aku ni surirumah sepenuh masa tapi jangan haraplah semua kerja rumah tu aku suka.

Yang SUKA:

1. Lipat kain (tak tahu kenapa tapi aku rasa puas dan best dapat lipat kain)
2. Basuh baju (pun pun tak tahu sebab apa aku suka tapi sejak2 pindah dari rumah mak aku, nak basuh baju tu 2 atau 3 hari sekali je sebab mesin basuh letak kat ruang luar kat bahagian dapur. Ruang tu sempit. Aku tak selesa dan aku takut lipas!)
3. Masak (tapi lately rasa macam malas pula dah sebab masak untuk 3 orang hari2 tak boleh nak masak hebat2 sebab yang akan menghabiskan semua lebihan makanan tu nanti...aku jugak! Yang gemuk...aku jugak!) 
4. Kemas katil (sebenarnya tak adalah suka sangat pun tapi kalau aku bagi hasben aku yang kemas katil, aku lagi sakit mata dan hati so baik aku je yang kemas. Hasben aku punya gaya kemas, asalkan sentuh bantal dan cadar sikit2 je sudah walaupun bantal tak ditepuk2 dan cadar tak ditarik cekang2)


Yang TAK SUKA:

1. Gosok baju (memang aku benci gosok baju. Mujur sekarang dah tak bekerja, so tak adalah aku nak hadap iron tu hari2. Dahlah panas, letih lak tu nak berdiri meng'iron' baju)
2. Sapu sampah (aku alergik dengan habuk. Apa2 yang melibatkan habuk memang aku tak suka. Kalau aku terlibat juga dengan habuk2 ni, siaplah hidung aku gatal dan berair selama 7 hari 7 malam. Sekali-sekala je rumah aku tu bersapu. Kadang2 buat2 buta je bila nampak habuk dan sampah)
3. Basuh pinggan (tak suka tak suka pun aku ni jenis setiap kali memasak, tak suka biarkan pinggan penuh dalam sinki. Lepas guna mesti terus basuh)
4. Sidai kain (alasannya sama juga sebab ruang aku nak menyidai kain tu sempit. Ini kat rumah flat akulah. Kalau kat rumah teres mak aku, aku memang rajin je menyidai kain. Kat rumah aku tak boleh nak menyidai kat luar, so aku menyidai kat tempat basuh baju tu ajelah. Kalau menyidai kat luar, ada je orang atas nak basuh lantai dan biarkan air kotor tu jatuh atas kain baju orang di bawah. Ada yang nak menyapu sampah dan buang habuk2 jatuh ke bawah. Mentang2 tempat menyidai aku tak ada bumbung & awning!)  

Apa lagi ek? Cukuplah list tu buat masa sekarang kot! 

Ini sekadar hiburan. Tak ada kena mengena dengan sesiapa...hahahaha

PEMAKANAN UTK CYCLE BARU

27/9/2013 dah start cycle baru setelah Cik 'P' datang menjenguk selama 11 hari. Untuk cycle baru ni, aku mula mengamalkan Apple Cider Vinegar & Jus Delima Gulsan dulu. 

Apple Cider tu aku ambik 1 sudu kecik waktu pagi sebelum sarapan. First2 day hari tu ambik 2 sudu besar kau! Berlagak! Sekali tu memang tak tahan tengitnya rasa cuka tu...sampai ke malam tekak aku sakit, lepas tu tobat tak ambik 2 sudu besar dah. Sekarang cuma ambik 1 sudu kecik & itu pun lepas masukkan 1 sudu tu, sebelum telan kena minum air sekali. Kalau tak, memang tak boleh nak telan. Cuka tu, korang boleh tahulah kan macamana kuatnya rasa cuka...dah macam ambik wasabi dah. Nak campur Apple Cider tu dalam air lagi rasa tak sanggup nak menelan sebab rasa macam banyak pula nak ditelan.

Pati Delima Gulsan pula aku ambik 1 sudu kecik juga (ni pun tak sanggup nak telan 1 sudu besar sebab masam...ngeee). Untuk Jus Delima ni aku ambik waktu malam sebelum tidur. Malas nak campur aduk dua-dua sekali pada waktu yang sama.

Lepas 2 hari aku telan Apple Cider tu, aku kena cirit tapi tak birit...eh, faham ke? Hahaha...maksudnya aku membuang tu cair je tapi bukanlah aku kerap ke toilet sangat...rasanya 3 kali kot membuang pada hari tu dan semuanya cair tapi aku tak adalah sakit perut sangat. Esoknya dah okey dah, tak ada cirit dah. Tak tahulah mungkin kesan pengambilan Apple Cider dan Jus Delima ke apa tapi aku rasa perut aku macam ringanlah sikit.

Hari ke-4 pengambilan perut aku berangin2 sikit. Sikit2 nak buang angin. Kadang dia keluar ikut atas dan kadang dia keluar ikut bawah. Ikut dialah nak keluar ikut mana, asal keluar. Tapi aku tak selesa sepanjang hari tu sebab perut aku bloated dan rasa penuh je. 

Oh, kenapa aku amalkan Apple Cider Vinegar ni ek? Aku dah lama nak amalkan sejak aku terbaca dan ter'YouTube' tentang khasiat Apple Cider Vinegar ni. Sebelum ni jumpa je Apple Cider ni jual kat pasaraya tapi tak pernah ada tanda halal so agak ragu2 pula nak beli. Masa bulan puasa hari tu terjumpa satu kedai Arab ada jual Apple Cider ni dan adalah tulis 'HALAL' teruslah aku rembat satu botol. Tak mahal sangat pula tu...RM9 je. Dengar kata Apple Cider ni boleh regularkan balik kita punya period. Wallahualam! Aku cuma berusaha, yang menentukan hanya Allah juga. Tengok sajalah macamana kesannya nanti ya!

*Tak pastilah boleh ke aku istiqhamah dengan Apple Cider ni sebab setiap pagi nak menelan rasa macam nak membunuh diri. Rasa cuka yang kuat tu yang buat aku tak tahan. Apa2 pun kenalah sabar dan kuat kalau nak sihatkan? kan?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...