Iklan

Monday 22 April 2013

UBAH ATAU KEKAL?

Sekarang ni tengah hangat pasal apa? Hehehe...aku malaslah nak cakap sebab korang mesti tau punyalah!

Okey, aku bukan nak berkempen macam sesetengah orang...siap boh header besar2, 'UNDILAH tuttttt'. Hahaha....Macamlah dia calon yang bertanding! Melebih2 pulak. Aku tak suruh pun korang undi atau pangkah parti yang aku suka sebab masing2 ada pilihan sendiri. Aku cuma nak berkongsi apa yang aku rasa je. Nak baca tak nak baca ikut suka hati koranglah.

Okey, berdasarkan tajuk di atas...mana satu pilihan korang? Pada pendapat aku, kalau kekal dengan apa yang ada sekarang kita tak mungkin akan merasakan perubahan...doklah kita kat situ je dari dulu, kini dan selamanya. Kalau kita pilih nak ubah pula, mungkin kita akan dapat pengalaman baru. Macam orang yang bekerja juga, takkan selamanya nak duduk bawah syarikat yang dia kerja tu sampai mati. Mesti dia nakkan perubahan dan dapatkan sesuatu yang akan membawakan pengalaman baru dalam hidup dia. Bak kata orang tua-tualah, kalau kita tak cuba kita tak tahu.

Aku bukan nak cakap apa, tapi aku perasan masih ada juga yang mentalitinya nak kekal sebab konon2 pihak tersebut dah banyak berjasa. Okey, memang aku akui jasa2 yang dah ditabur tapi korang tak fikir ke yang itu memang dah jadi tanggungjawab pihak tu untuk menabur jasa sebab rakyat dah menaruh kepercayaan pada dia, so memanglah dia kena laksanakan dan bertanggungjawab dengan apa yang dia janjikan. Tak kisahlah siapa pun yang menang, kalau lepas ni pihak lain pula yang menang pun kesnya sama....pihak tu pula kena tunaikan apa yang dah dijanjikan dan taburkanlah jasa kepada kami ni. So stopkanlah pemikiran yang cetek macam tu.

Terus-terang aku memang teringin nak merasai satu perubahan. Lagipun tempoh yang diberi untuk sesuatu pihak tu memerintah tak lama pun...5 tahun je. Apa salahnya cuba bagi peluang dan tengok macamana perubahan yang dilaksanakan. Kalau after 5 years kita rasa macam makin teruk, tak ada perubahan...kita sekali lagi diberi hak untuk memilih, so ubahlah sekali lagi. Apa masalah?? Takut? Kita ni memang selalu takut nak mencuba, sebab tu kita tak boleh nak maju jauh sangat.

Aku paling teringin sekali hukum Hudud dilaksanakan. Apa masalah laksanakan hukum Hudud?? Kalau kita tak buat salah, apa nak takut? Kalau kita sebagai rakyat menjalani hidup yang biasa2, tak ada buat apa2 kesalahan jenayah, hukum Hudud bagi aku tak ada masalah langsung! Cuba tengok negara Arab, kalau waktu solat premis2 perniagaan boleh dibiarkan macam tu aje, tutup dengan kain @ plastik je...tak gaduh nak risaukan pencuri ke perompak ke. Kat sini?? Kalau kena tangkap mencuri, kenalah denda beberapa ratus ringgit kot. Lepas bayar denda, mencuri lagi.

Aku tak kata kerajaan sekarang tak bagus. Aku sayangkan negara aku ok! Tak kiralah apa pilihan kita, kita masih saudara. Tapi ada satu kisah aku nak ceritakan yang terjadi pada kenalan aku...kisahnya dia layak mendapat BR1M. Untuk tahun ni dia terlewat dapat surat untuk pergi tuntut duit tu...maklumlah duduk pun rumah flat, kadang2 2-3 hari sekali baru check mailbox tapi surat tu pun memang lewat juga sampai, tak silap beberapa hari lepas tarikh surat tu terus kena pergi tuntut duit tu kat tempat yang diberitahu. So, member aku pun dah terlepas tarikh & lagi satu hari kena pergi ambil duit tu pula jatuh hari Selasa...hari bekerja kot! Bila member aku call pihak tertentu, dia dipas kesana kemari macam bola...biasalah! Ada pula yang nombor dibagi tak pick-up phone sampai beratus2 kali call. Apa guna kau bagi nombor kalau sekali telefon pun tak pernah angkat? So, member aku pasrah ajelah. Tahulah dia yang dia tak mungkin akan dapat bahagian dia tu. Dia pun bukan orang senang, kesianlah juga bila jadi macam tu. Yang menjadi kemusykilan aku, kenapa tak dibuat 2@3 hari untuk menuntut duit tu? Kalau pada hari tersebut orang bekerja, so apa solution? Sepekara lagi, kemana perginya pula bahagian duit member aku yang tak dituntut tu?? Wallahualam....


Sunday 21 April 2013

CIK 'P' DATANG LAGI???

Entah apa masalah ni?? Cik 'P' bulan lepas datang 15 hari (30/3-13/4). Hari ni barulah 21/4, 8 hari lepas bersih lagi suci dari Cik 'P' tapi tetiba nak dekat2 Subuh tadi aku dah mula rimas nak tidur. Aku dapat rasa basah je panties. Mula2 ingat mungkin 'saki baki' yang keluar so, pejamkanlah juga mata buat2 tak ada apa2 sebab malas giler nak bangun. Tapi bila kejap2 aku dapat rasa makin keluar, makin keluar cecair, aku dah rimas terus bangun ke toilet.

Bila aku buka je, lahhhh....darah kot! Darah yang fresh, pink, cair + lendir & darah beku sikit. Apakah??? Takkan period lagi kot? Aku tak puas hati, terus keluar bilik air amik UPT. Bila test, -ve! Itu yang aku benci :( Tapi, benda ni lah yang aku dah harungi sejak bertahun2 maka aku bertabah ajelah...tukar panties, pakai pad, tukar seluar dan keluar bilik air main games Zombie kat Ipad :D

Aku ingatkan darah tu akan keluar sikit2 je tapi dalam pukul 9 lebih nak pergi mandi, rupanya pad yang aku baru pakai Subuh tadi dah penuh sampai melimpah2 dengan darah. Pelik! Tapi syukur aku tak ada alami cramp perut cuma sikit2 je lah. Aku considerkan Cik 'P' datang lagi!! (Macam Tora datang lagi plak :D)

PENANG - JALAN2 & LEBIH MAKAN

Lamanya aku tak update blog...entah kenapa malas menguasai diri. Ditambah2 dengan pc aku yg lembab gila membuatkan aku malas nak on pc tu, lepas tu plak aku, anak & dengan laki2 aku sekali sekarang ni tengah dok demam main games Zombie kat Ipad :D

Hari ni aku nak bercerita kisah minggu lepas. 7/4/2013 (Ahad) minggu lepas aku, laki aku, anak, mak dan ayah aku balik Penang sebab sepupu aku kahwin. Majlisnya di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Dah alang2 ke Penang tu, aku awal2 dah plan dengan En. Mat Naat nak ajak dia bercuti ke Penang....syorga makanan tu! Last pi sana, pekena Mee Hameed Pata kat Padang Kota Lama masih terngiang2 di kepala. Minum plak ayaq coconut shake atau orang Penang panggei ayaq nyioq goncanglah kot :D 

Hat segak idung tegak tu sepupu aku, Fadzly namanya. Bini dia nama Hanani...iras2 nama aku gak :)

Malam tu tidur rumah mak ngah aku, emaknya pengantinlah. Esoknya 8/4 cadang nak bertolak pagi2lah ke belah pulau sana, tapi tahu ajelah mak aku ni kalau dah bersembang tu memang tak berhenti, so kena tunggu dia stop baru boleh gerak. Kalau sampai awal aku ingat nak naiklah sampai Teluk Bahang ke Batu Feringghi, nak main ayaq lot tapi dah lewat, nak pukul 12 tghr baru keluar, nanti nak tunggu feri lagi, mesti sampai tu cukup2 waktu check-in hotel je. 

Kami cadang nak ke pulau naik feri sebab hari bekerja tak sesak sangat dengan manusia, balik esok cadang naik jambatan je. Lebih kurang dalam pukul 1 tghr camtu kami sampai ke belah pulau. Teruslah zoom nak cari makan tengahari. Aku dah survey2, orang Penang kata kalau makan tengahari boleh makan kat Astaka Tanjung Bungah, berhadapan dengan Masjid Terapung. Tak susah nak cari masjid terapung tu sebab memang on d way je nak ke Batu Feringghi dan betul2 depan masjid tu, ada satu jalan naik bukit dan astaka tu betul2 tepi jalan lepas naik bukit sikit. 

Inilah rupa Masjid Terapung. Maaf gambar tempat makan tak sempat nak snap sebab masing2 terus je isi perut dan orang pula makin ramai...maklumlah dah masuk tengahari.

Makan kat Astaka tu okeylah...nak kata sedap sangat pun tak adalah dan nak kata tak sedap pun tak juga, cuma kat situ pilihan lauk-pauk memang banyak. Tak silap aku ada 3 meja hidangan lauk saja. Nak buat pilihan mulalah rambang mata :D

Lepas makan, terus patah balik sebab hotel kami belah bawah lagi dari situ. Kami dah reserved hotel Naza Talyya. Nama hotel ni memang baru 1st time aku dengar tapi rupanya hotel ni dah lama. Kami booked kat situ sebab murah, tengah ada promosi...1 bilik dapat RM110 termasuk tax. Kami ambik 2 bilik, untuk mak ayah aku lagi, so total semua RM220 je untuk 2h1m. Okeylah, nak buat tidur je pun.

Ini rupa hotel kami dari tepi laut.

Kami sampai ke hotel 5 minit sebelum pukul 2 ptg tapi bilik masih belum available. Kami tunggu lebih kurang 10-15 minit jugalah kat lobby tu sebelum bilik available. Lepas tu dapat bilik kat Tingkat 4, No. 409 & 410. Bilik taklah besar tapi okey ajelah pada aku :) Aku ni semua pun okeykan? Ialah, dah nak murah, syukurlah dengan apa yang aku dapat tu cuma tang bilik air tu aku tak berapa okey sikit. Jambannya leaking & kesan karat tu nampak kotor dan agak menggelikan aku walaupun cuma kesan karat tapi nampak macam tak sesuailah hotel jamban macam tu kan?

Inilah bilik hotel kami. Afif punyalah suka dah walaupun hotel kecik macam ni. Katanya cantik, sejuk dan best. Kesian anak mama...ada rezeki mama bawa p hotel lagi best ok!

Dah dapat bilik, kena aircond rasa syok la plak...mata pun mula terkelip2 nak layan tidur tapi kena lawan perasaan tu. Kalau nak datang setakat nak tidur, baik duduk je rumah ye tak? Sambil Afif dan abah dok layan feeling atas katil, aku keluar ke balkoni menjenguk pemandangan di luar. Actually bilik kami ni menghadap tepi tapi still boleh nampak laut dari situ.

Ha...kan boleh nampak laut. Dari sini nampak lautnya cantik dan luas tapi sebenarnya tanah tu sempit je. Masa kami sampai ni air baru lepas surut, kalau air pasang tak boleh turun ke bawah dah sebab tak ada tanah nak pijak :D Air pun taklah elok sangat untuk mandi. Aku pun bukan nak bagi Afif mandi sangat, cuma nak ajak dia main pasir je.

Tak lama duduk2 rehat, solat sekejap, aku pun ajak En. Mat Naat dan Afif turun ke pantai. Cuaca masih panas masa tu, baru pukul 4 ptg kot tapi sebab masa itu emas, so tak kisah. Pelindung matahari dah ada, so tak ada masalah rasanya. Nak turun ke pantai kena melalui swimming poolnya tapi aku ajak Afif ke pantai dulu sebab swimming pool panas sangat. Kat pantai tu ada gak pokok untuk berteduh.

 Tadaaa...inilah aktiviti kami kat tepi pantai tu pun. Almaklumlah anak aku yang sorang tu tak pernah lagi main pasir2 pantai ni. Kesiankan? Ini sand castle dan penyu yang dibuat oleh abahnya Afif.

 Ini pula sport car yang mama buatkan untuk Afif...Afif ni hantu kereta. Sukalah dia mama buatkan car untuk dia.

Inilah sand castle binaan Afif sendiri. Abah dia buat sand castle, dia pun nak buat...inilah hasilnya :D

Lepas dah bosan buat sand castle, barulah anak dan abahnya mendekati gigi2 air. Aku tak risau sangat Afif ni main air tu sebab dia ni kena ombak je dah takut, so mustahillah dia nak masuk dalam air tu seorang diri. Aku ni pun sejak2 kes aku hampir lemas kat sungai kira2 20 thn dulu kot (eh...lamanya dah 20thn ek!), aku ikut fobia dengan air...tak kira air sungai, laut atau pun air kolam. Kalau main air laut pun kat gigi2 air je, bila ombak tarik kaki tu aku dah kecut perut.

Itulah rupa 2 orang duyung dok tersadai tepi pantai tu.

Bila nak dekat pukul 7, dalam pukul 6.30 ptg macam tu la...mak dan ayah aku pun dah turun gak sekali, Tadi dua-dua pengsan kat bilik :D, so ajak Afif naik mandi kat kolam pulak!!! Takpe, layankan aje...bukan selalu. Kolam hotel ni sangatlah kecik berbanding dengan hotel2 yang aku pernah pergi tapi view dari kolam memang mabeleslah, especially time nak sunset. Tak percaya? Tengok gambar bawah...tapi aku tak upload la banyak2 gambar kolam tu, satu je cukuplah kot.

View pool yang menghadap ke laut sangatlah mengujakan.

Budak ni main air sampai kecut2 tangan. Nampak luka kat tapak tangan tu? Itu akibat jatuh masa kat rumah pengantin semalam...budak tengah nak buas macam tu lah! Lukanya sikit je tapi dia punya melalak rasanya sampai satu taman boleh dengar.

Okey, cukuplah bercerita pasal main air dan hotel ni. Sebenarnya waktu ni aku tengah tunggu sepupu aku yang dari kolompo juga nak datang. Mak ayah dia ada urusan kat kampung, so dia pun nak teruslah lajak ke Penang untuk jalan2 & lebih makan :D Tapi lewat pula ketibaan mereka ini disebabkan urusan Pak Long aku tu lambat selesai. Tak kisahlah, asalkan jangan lewat sangat sebab malam ni acara makan2 dah nak mula.

Dalam pukul 7 lebih jugalah baru si sepupu aku ni sampai. Dia pun mula2 booked 2 bilik sama macam aku tapi disebabkan dia lewat sampai, dia dapat lak offer bilik suite. Maknanya bilik dia diupgradekan. Jeleslah aku! Kalau aku tau, aku pun nak check-in lambat2. Bukan apa, mak dan ayah aku nak main2 dengan cucu susah bila bilik asing2...nak kena keluar bilik untuk ke bilik satu lagi. Kalau bilik suite sepupu aku tu ada 2 bilik kat dalam. Tapi sepupu aku pun komplen gak bilik dia tu ada kebocoran sikit.

Disebabkan korum dah cukup, malam tu kami plan keluar makan pukul 8.45 malam. Destinasinya ke Padang Broom. Aku dah survey dah, rata2 kata Padang Broom ni okey dan lagi okey dari Padang Kota. Mula2 ayah aku macam tak percaya aku kata Padang Broom happening sebab katanya dulu dia pernah datang macam dah mandom. Ayah aku ni memang anak mami Penanglah, so dia taula tapi dia pun dah lama dok kolompo so dia takleh nak lawan cakap aku sangat sebab dia tak buat survey, aku yang buat survey :D

Okey, nasib baik ayah aku tahu jalan ke Padang Broom so tak ada istilah sesat di sini. Sekejap je kami dah sampai...ooo, rupa macam Padang Kota juga. Nampak macam aku belum pernah ke sini lagi. Orang kata kalau ke sini kena pekena supnya, so aku terus menonong cari gerai sup. Bila dah nampak gerai yang dimaksudkan, teruslah cari meja. Gerai sup tu pun kat tengah2, so tak ada masalah kalau nak gerak ke gerai depan ke gerai belakang ke nanti.

Kami pakat order suplah. Aku order gak nak merasa. Aku order sup ayam untuk Afif sebenarnya tapi anak makan sikit je, mak yang melantak habis. Daripada bazir, baik aku habiskan. Sup dia not bad...untuk budak memang sesuailah sebab tak pedas. Selalu aku beli sup, aku kena test dulu sebelum bagi anak sebab biasanya sup mesti pedas tapi yang ni okey! Disertakan dengan roti benggali memang best aaa...

Tu la sup dan rotinya...memang 1 set. Ayaq pulak aku order Coconut Shake kat Afif. Afif ni pula dah habis aiskrim atas coconut shake tu dia bedal, dia kata air tak sedap...bukan tak sedap, budak ni memang susah makan, bila tak nak tu banyak alasan dia. En. Mat Naat order air Ambra Asam Boi (Kedondong Asam Boi). Sedap gak tapi takleh lawan air aku...Markisa Kelapa. Pak Long aku kata masam, tak masam pun! Manis je...sedap!

Tu dia ayah aku dok pekena mee goreng. Aku pun order mee goreng gak tapi bagi aku rasa mee dia biasa2 je, still takleh lawan mee Hameed Pata. Mee goreng kat sini semua kaler merah, tak tahulah sebab apa. Mak  aku sampai dua jenis air, air carrot dan coconut shake...dasyat! Mak Long aku pekena satay. Satay aku tak sempat rasa so aku takleh komen. En. Mat Naat order lak Champor2 dari gerai sebelah. Aku minta pasemboq dia p beli champor2. Mula2 aku macam tak minat tapi bila pekena....nallaaaa!!! Sedaplah plak :D Maaf gambar champor2 tak sempat snap sebab kalut makan :D

Balik tu masing2 perut dah sendat. Aku sempat lagi suruh mak aku bungkus Pasemboq. Aku suruh beli sikit ja, nak buat rasa tapi mak aku beli banyak la pulak. Pasemboq dia aku tak berapa suka. Kuah dia tu rasa serbuk cili kuat sangat...aku memang tak suka orang masak guna serbuk cili sebab rasa cili tu menyengat sangat.

Esok paginya En. Mat Naat nak sangat bawa pi makan kat Bangkok Lane. Katanya hari tu dia mai pekena dengan kawan2 dia, sedap. So aku nak rasalah sedap macam mana sangat. Mak dan ayah aku mula2 tak mau pi situ tapi bila tanya nak pi mana tak tau pula, so kenalah ikut juga. Gerai Bangkok Lane ni rupanya betui2 la tepi jalan. Menunya pula cuma roti bakaq + telur rebus tapi restoran depan tu adalah jual goreng2 kalau nak. Okey, pada aku biasa2 ja rasa roti bakaq + telur rebus kat sini, cuma roti benggali tu dibakaq atas aranglah. Mee goreng dari kedai depan tu rasa biasa2 juga. Kopi ais yang laki aku kata sedap sangat tu pun taklah sesedap mana. Pelik juga laki aku ni sebab dia ni bab2 makan memang cerewet tapi bila pada lidah aku biasa2, bagi dia sedap gila. Bila pada aku sedap, bagi dia biasa2...mak dia goreng nasi dengan bawang, kicap dan telur pun dia kata sedap giler padahal aku goreng nasi beria2lah letak ikan bilis, udang segala bagai....harammmm dia nak kata sedap :p

 Inilah rupa roti bakaq + telur rebus (1 set) kat Bangkok Lane.

Budak ni pula susah amat nak makan, seb baik atuk dia beli Vadei dan dia rembat satu tapi dia makan Vadei celup kicap...mana dia belajar aku pun tak tau la, tapi makan pun tak habis. Nampak tak tinggal setengah lagi tu dalam piring? Itulah muka yang dia buat bila dia dah tak nak makan.

Okey, lepas sarapan tu kami terus lajak nak beli jeruk tapi kedai tak bukak lagi. Dasyat orang Penang ni, dah pukul 10 pg kedai tak buka2 lagi. Tak apalah, terus ke Tanjung Bunga sebab kat situ pun ada gerai Jeruk Pak Ali. So aku dapatlah beli 6 bungkus (RM20). Lepas beli jeruk, terus balik hotel. Sempat lagi En. Mat Naat, Afif, sepupu aku dan anak dia mandi kolam. Aku malas nak turun, kepala rasa berat dan mata mengantuk. Aku ni memang kalau lepas pekena mamak memang mata jadi berat. Entah apa mamak letak dalam masakan diaorang pun tak tahulah, dah macam kena dadah jadinya aku ni. So, aku dok bilik kemas2 beg sebab satgi dah nak check-out. Lepas kemas beg, layanlah mata dulu :)

Pukul 1 tghr kami check-out dari hotel dan terus bergerak ke kampung arwah nenek aku yang baru meninggal baru2 ni. Mak aku adalah benda2 yang dia nak ambik. Sampai2 sana pekena pula Nasi putih + ikan bawal goreng baekk punya kat depan rumah nenek aku untuk santapan tengahari. Bawal dia memang ranggup gila. Entah tepung apa yang dia guna tak tahulah. Petang tu cadang nak pekena Burger Bakar Penang tapi bila round cari gerai dia, tutuplah pula. Bukan apa, aku pekena burger bakaq ni hari tu...perghhhh! Terbaekkk wa cakap lu! Itulah burger tersedap aku pernah makan tapi bagi penggemar cheese macam akulah. Yang tak gemar cheese mungkin tak suka.

Okeylah, rasanya cukuplah itu sahaja update aku kali ni...oh lupa lak, Cik 'P' aku datang selama 15 hari untuk bulan March ni bermula pada 30/3/2013. 



Wednesday 3 April 2013

KAMI TAK PERLUKAN PENDATANG!!!

Benda ni sebenarnya dah lama aku dok pendam dan dok luah rasa tak puas hati dalam hati je. Entahlah! Rasa meluat & menyampah memang ada dah lama! Rasanya bukan tak pernah masalah ni disuarakan tapi macam hangat sekejap je, lepas tu senyap balik dan berleluasa semula benda yang sama. Muak okeh!!


Dapat ke korang tengok apa yang ada dalam gambar kat atas tu? Kalau tak dapat baca, tak apa...just klik je kat sini.

Tempat yang kat dalam gambar tu bukan edit ke photoshop ke sebab aku memang pernah bekerja kat situ dulu. It was about 10 years back dan situasinya memang macam gitulah bila ada cuti2 umum. Kedai yang aku kerja tu pulak tingkat bawah dan betul2 depan Jalan Silang ni. It was so scary kalau time2 cuti umum sebab memang crowded giler depan jalan tu sampai ke depan2 pintu kedai tempat aku bekerja. Motor pun memang tak dapat nak lalu apatah lagi kereta ataupun bas. Kalau waktu makan pun aku sanggup tahan lapar selagi tak ada yang nak menemankan. 

Dapat tak korang bayangkan kalau korang berada di celah2 manusia gelap tu dan korang sorang je perempuan kat celah2 tu? Even aku berjalan dengan kawan aku (kami berdua je) dan kami dipandang macam kami berjalan naked okeh!! Diaorang ni tak ada rasa segan atau takut langsung nak pandang korang dari hujung sampai ke pangkal jalan. Aku pula yang jadi takut macam aku pula pendatang kat situ. Bau pula memang meloyakan dan boleh buat aku migrain selama sebulan.

Wahhh...dah lebih 10 tahun dan rupanya keadaan masih sama!!! Tapi aku rasa even worst kot. Itu belum lagi kat KLCC, Dataran Merdeka dan tempat2 yang sewaktu dengannya.

Apa nak jadi dengan negara aku ni? Kenapa kita ni (actually bukan kita tapi rasanya pihak tertentu yang berkuasa meluluskan kemasukan mereka2 ni yang patut dipersalahkan) baik sangat? Jangan sampai esok tanah kita ni senang2 pendatang nak tuntut hak. Kalau nak ikutkan dah banyak pun tanah2 kerajaan yang puak2 Indon dah jadikan perkampungan mereka sampaikan pihak berkuasa kita pulak yang takut nak menghalau.

Aku pun nak lepaskan anak aku setakat bermain kat bawah rumah tak berani langsung! Kawasan flat rumah aku ni pula lagi berjenis2 pendatang ada. Ada dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia dan Iran pun dah ada gak. Mujur Mat Negro belum ada, kalau ada gak mat2 negro ni kat sini memang aku nak kena pindah je la jawabnya. 

Aku dulu masa kecik2 tak kisah pun naik basikal satu taman...sorang2 lagi! Main merata ceruk dengan anak2 jiran lain. Pergi sekolah kayuh basikal sorang diri. Pergi Kuala Lumpur dengan adik je masa umur baru 12 tahun tapi zaman sekarang??? Aku tak sanggup nak lepaskan anak aku buat semua tu walaupun anak aku lelaki. Dahlah itu satu2nya anak yang aku ada. Tak kisahlah aku di cop sebagai emak yang kejam ke atau terlalu mengongkong. Aku harap Afif akan faham kenapa mama dia perlu buat semua ni. Sebab tu jugalah budak2 sekarang dah tak main dah konda-kondi ke, getah ke, teng-teng ke, galah panjang ke kat luar rumah. Kalau ada pun mainan budak2 sekarang cumalah gadget...kesian budak2 sekarang :(

Tolonglah!!! Ni dah nak pilihanraya ni...boleh tak ubah sikit & pandang keperluan keselamatan rakyat juga berbanding sibuk nak berikan itu ini tapi kami rasa tak selamat dalam negara sendiri. Pendatang makin ramai, penduduk tempatan juga yang susah nak cari kerja sebab pendatang sanggup dibayar murah dan majikan sukalah bila banyak permintaan terhadap peluang pekerjaan daripada pendatang ni. Kawal & pantaulah sikit pleaseeeee!!! Bagi permit pada sesetengah sektor yang betul2 berkeperluan saja! Mulalah aku nak berpolitik ni. Okeylah, sebelum melalut lebih jauh. Just nak luahkan rasa hati je sebenarnya...huh!!!

Tuesday 2 April 2013

PERIOD JUGA PADA CD52 (March)

Aku ingat bulan March ni dah tak period, tapi rupanya ada juga...alhamdulillah walaupun lebih bagus kalau tak period & keputusan UPT +ve tapi nak buat macamana, aku redhalah kalau masih belum rezeki aku.

Period aku bulan ni lain...tak macam bulan lepas yang lancar je darahnya & lama berbelas2 hari. Bulan ni tak tahulah nak berbelas hari juga ke atau 4-5 hari je tapi pada CD52 (30/3/2013) ada brownish kat panties. Aku still solat macam biasa sebab just brownish2 je. Esoknya bila aku tengok still ada brownish tu, aku tak solatlah sebab mungkin inilah rupa period aku untuk bulan ni. Petang2 sikit aku ada rasa perut macam cramp then ada keluar darah + lendir sikit, so aku confirmlah yang aku period walaupun masih tak keluar darah merah, cuma brownish yang sangat dark color.

Hari ni dah 2/4/2013 barulah ada juga darah keluar sikit dan aku dapat terasa darah tu keluar tapi tak lancar macam biasa, cuma beberapa kali je darah tu keluar dalam kuantiti banyak dan bila aku tengok pad pun darah sangatlah pekat dan kehitam-hitaman. Kalau cengginilah gaya period aku bulan ni, rasanya tak lama kot. Dalam 7-8 hari harap2 dah stop.

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...