Iklan

Thursday 29 November 2012

BEDAH BATIN HARAM?


Mula-mula memang ada terdetik nak mencuba kaedah ni tapi bila dah baca artikel ni yang diambil dari blog salah satu cawangan Darulsyifa', terpaksalah membatalkan hasrat tersebut.


AMALAN PEMBEDAHAN BATIN

Kebiasaannya digunakan oleh individu yang menggelarkan dirinya ustaz, atau berpakaian seperti guru agama, menggunakan gelaran tertentu iaitu untuk meyakinkan orang awam bahawa diri mereka dalah istimewa dan memiliki kebolehan untuk merawat dengan kaedah mistik yang kononnya berlandaskan syariat islam.


APA KATA MEREKA

1. Pengamal meyakinkan anda bahawa rawatan pembedahan batin ini berupaya mengantikan rawatan pembedahan moden bagi penyakit kronik seperti masalah jantung,barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit serius.

2. Meyakinkan orang ramai bahawa kaedah pembedahan ini tidak menyakitkan walaupun tiada ubat pelali digunakan.

3. Tempoh masa sembuh adalah singkat.


FAKTA DISEBALIK KATA-KATA MEREKA:

1. Tiada bukti kukh daripada al-quran dan hadis bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat islam.

2. Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakab ilmu hitam,silap mata,perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa melaksanakan pembedahan.

3. Pengguna juga ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan ini disamping bayaran pembedahan yang tidak munasabah.


RENUNGAN BERSAMA

Memang satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi. Seperti yang terkandung dalam hadis yang biasa kita dengar yang bermaksud:

“ Tiada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya….”

Tetapi berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat dan berikhtiar, perkara HARAM tetap menjadi HARAM dan alasan tidak akan menghalalkan cara.

JIKA ANDA MENDAPATI AMALAN PERUBATAN PENGAMAL BERAGAMA ISLAM INI MENGANDUNGI UNSUR2 PEMUJAAN DAN PERKARA MERAGUKAN, SILA LAPORKAN KEPADA JABATAN AGAMA ISLAM BERDEKATAN ANDA SEGERA!!!


Keluaran Khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :BEDAH BATIN HARAM di sisi ISLAM!

Tuesday 27 November 2012

PETUA UNTUK MISS 'V"

Petua ni aku dapat daripada internet. Jangan tanya aku berkesan ke tak sebab aku tak ada testimoni & aku sendiri tak pernah cuba lagi. Aku pun baru discover. Kalau nak tahu berkesan ke tak, marilah mencuba beramai-ramai.

1. Agar Vagina Jadi Sempit.

Seorang suami sangat gembira jika vagina isterinya sempit. Untuk itu seorang isteri hendaklah berusaha agar vaginanya sentiasa sempit dan dapat menambat hati suami.

Caranya: Ambil pucuk daun betik. Rebus hingga masak tetapi jangan diperah. Kemudian makan sebagai ulam setiap hari. Dalam tempoh satu bulan anda akan merasakan perubahannya.

2. Ubat Gatal Pada Vagina.

Ramai wanita yang selalu mengalami gatal-gatal pada vagina. Hal ini membuat wanita itu serba salah. Apalagi jika gatal ketika berada di tempat orang ramai. Untuk kurangkan gatal tersebut cubalah cara ini:

Caranya: Ambil satu ikat daun sirih, kemudian dicuci dalam besen. Minum air sirih itu. Sisanya hendaklah mencuci vagina. Dalam tempoh seminggu gatal-gatal itu akan hilang.

3. Mengeringkan Vagina.

Bagi seorang isteri, vagina yang basah, tidak disenangi oleh si suami. Vagina yang basah megurangkan kepekaannya atau dengan istilah lain mengurangkan kelazatan ketika mengadakan hubungan seks.

Caranya: Ambil sebiji pinang tua lalu dikupas kulitnya. Kemudian dikacip halus-halus. Setelah itu bubuh garam sesuku sudu teh dan segelas air. Jerangkan hingga mendidih. Biarkan hingga airnya tinggal setengah gelas sahaja. Kemudian diangkat. Saring dengan menggunakan kain bersih sebelum diminum. Ulangi meminumnya seminggu sekali. Insya Allah setelah minum sebanyak 4 kali, anda akan mesakan perubahannya.

4. Mengharumkan Vagina.

Bahan-bahan :
1. Segenggam daun kemangi. (Emmm...aku tak tahu apa itu daun kemangi. Cer korang Google ek!)
2. Madu sesendok teh.
3. Sedikit garam.

Caranya : Daun kemangi ditumbuk halus, kemudian diperah airnya dan dicampur dengan madu dan sedikit garam. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan maka lakukanlah rawatan ini setiap hari selama satu bulan nescaya vagina akan menjadi harum.


Okey, ada lagi info yang aku dapat daripada website ni (sesiapa yang rajin bolehlah gi baca yer... klik sini


Kenapa Mandul?

1- Kurang zat makanan.
2- Terlalu banyak toksid mendak dalam kelenjar seks.
3- Ada kes pasangan gagal mendapat anak 10-15 tahun,tiba-tiba hamil setelah 3-7 hari berpuasa dendan rawatan terapi.

Pemakanan.

1- Jus timun dan karot : Membersihkan organ seks,2 pain sehari.
2- Asparagus : Meneutralkan toksid.
3- Pisang.
4- Biji labu.
5- Emping jagung (wheat germ) Vitamin E,hasilkan sperma dan telur.
6- Bayam mentah.
7- Bee Polen 3-6 kapsul sehari merangsang hormon seksual.
8- Kuning telur : Kaya dengan lesitin,hasilkan air mani,kacau dengan jus karot.
9- Biji labu,Biji bunga matahari.

Makanan Yang Perlu Dielakkan.

1- Susu ‘pasteur’ menyebabkan ketidaksuburan.
2- Telur masak.
3- Tepung kanji.
4- Daging terlalu masak.

Jenis Herba Yang Disyorkan.

Herbal MIX,Herbal YANG/YIN,Herbal Lung,ALL PLUS,HERBA Fluid. (*satu pun aku tak pernah dengar)

3 Jenis Cara Untuk Hamil.

Sering kali, orang ramai ingin tahu bagaimana untuk mudah hamil. Manakala bantuan teknologi pembiakan sering rahmat kepada mereka yang mempunyai masalah kesuburan, mereka boleh menjadi mahal dan mereka tidak bekerja sepanjang masa. Walaupun ada sesetengah orang telah mendapat mengandung secepat IUI pertama mereka atau kitaran IVF, ia mengambil masa orang lain lebih lama daripada ini untuk hamil. Meningkatkan kemungkinan dan membuat kitaran anda dengan bantuan daripada ketiga-tiga pendekatan pelengkap. Anda akan terkejut dengan bagaimana mereka sering bekerja!

Akupunktur Untuk Meningkatkan Peluang Mengandung.

Satu kajian dari Pusat Berkeley untuk Kesihatan Reproduktif mendapati bahawa cara yang paling berkesan untuk hamil adalah menggunakan campur tangan perubatan dan urut tradisional bersama-sama dengan perubatan herba dan akupunktur. Akupunktur adalah salah satu terapi alternatif yang tertua dan yang paling menarik di dunia. Akupunktur adalah berdasarkan kepercayaan bahawa kesihatan yang baik adalah disebabkan oleh imbangan dalam aliran chi atau tenaga. Chi bergerak melalui badan menggunakan 20 laluan utama, yang dipanggil meridian. Apabila terdapat tersumbat dalam meridian, chi tidak boleh mencapai organ-organ tertentu, dan masalah kesihatan yang berlaku. Akupunktur membuang tersumbat ini dengan bantuan nipis, jarum steril. Beribu-ribu tahun, orang Cina telah menggunakan akupunktur untuk menyembuhkan pelbagai penyakit kronik, termasuk ketidaksuburan.

Apabila diambil bersama-sama dengan IVF, akupunktur boleh meningkatkan kualiti telur anda, mengurangkan kesan sampingan Clomid, dan menggalakkan implantasi sihat. Akupunktur adalah paling berkesan jika diambil sekali seminggu tiga bulan sebelum kitaran IVF yang pertama anda, tetapi ramai wanita telah dapat mengatasi mandul dan mendapat hamil dengan sesi yang lebih kecil. Walaupun anda tidak akan melalui IVF, akupunktur boleh membantu anda hamil juga. Akupunktur boleh membantu anda mengatasi pelbagai masalah kesuburan, dari ovari polisistik untuk endometriosis.

Reiki Memudahkan Anda Untuk Hamil.

Satu lagi urut terapi purba Timur yang anda boleh cuba ialah reiki, satu bentuk penyembuhan dengan asal-usul di Tibet. Tidak seperti akupunktur, reiki tidak melibatkan penggunaan mana-mana alat. Sebaliknya, bomoh itu menggunakan atau tangan untuk mengembalikan keseimbangan tenaga dalam badan anda. Reiki terapi adalah amat membantu dalam mengatasi mandul kerana ia membantu anda memasuki sebuah negeri yang besar bersantai di mana badan dan minda anda menjadi menerima untuk penyembuhan. Ini membolehkan perubahan emosi dan fisiologi berlaku, meningkatkan kesuburan anda dan meningkatkan peluang anda hamil. Ramai wanita yang telah mencuba terapi reiki dengan rawatan konvensional Barat terkejut dengan berapa banyak membantu, terutama mereka yang telah mempunyai beberapa kitaran teknologi bantuan pembiakan (ART) gagal. Sekurang-kurangnya, terapi reiki akan membantu anda berehat dan pulih daripada tekanan bernilai sehari, yang bukan sesuatu yang luar biasa untuk mengalami apabila anda cuba untuk hamil.

Urut Kesuburan Diri Untuk Mengelak Mandul Dan Membantu Anda Hamil.

Kalau tidak ada apa-apa akupuntur atau pengamal reiki di mana anda tinggal, anda sentiasa boleh cuba melakukan urutan sendiri kesuburan. Urut sendiri kesuburan telah dibangunkan oleh ahli terapi urut apabila dia menyedari bahawa teknik tertentu seolah-olah untuk membantu pelanggannya hamil. Sebatan urut telah direka untuk menyokong kesihatan reproduktif dan meningkatkan kesuburan dengan meningkatkan aliran darah ke rahim. Sesetengah wanita melaporkan bahawa ia juga boleh memecahkan sista ovari bukan kanser! Urut sendiri kesuburan boleh mudah dipelajari melalui DVD, tetapi beberapa teknik yang paling asas dapat dipelajari dalam talian dan di dalam buku kesuburan.Ini semua untuk memboleh kehamilan dan mengelakkan dari terus mandul.





Monday 26 November 2012

JANGAN KATA ORANG

Fuhh! Semalam dalam pukul 12.30 tgh malam kot suami aku pun sampai dari Kedah setelah puas pergi ke sana semata2 nak makan kenduri. Nasib baik dia balik hari ni juga. Dah tak sanggup aku nak tidur seorang diri bertemankan anak je. Aku perlukan suami untuk bermanja-manja jugekkk....uwekkkk!! Serius aku tipu :p

Bila dia sampai, belum sempat dia mandi lagi aku dah duduk nak dengar cerita dia. Maklumlah orang berbujang-bujangan pergi ke Kedah nun mestilah happy. Dia pun ceritalah betapa seronoknya dia dapat hidup seperti orang bujang bersama kawan-kawan dia ke sana. Owhhhh....suka ek hidup macam orang bujang? Kang aku suruh masak sendiri, tidur luar rumah macam orang bujang jugak....suka tak agak-agaknya?? :D

Okeylah, tak payah ceritalah apa yang kami berdua bualkan. Banyak cerita pasal tempat makan yang dia pergi sebab dia dan kawan-kawan dia sempat singgah ke Penang untuk cari2 makan. Penangkan syurga makanan. Aku ni walaupun orang Penang tapi aku sendiri tak pasti kat mana tempat makan yang sedap2 sebab aku membesar di Kuala Lumpur...orang bandar k! Orang Penang masak memang mabeles la, toksah nak gebang panjangla :)

Tiba-tiba terkeluar cerita yang bos suami aku tanya dia macamana dia boleh terlepas kandang? Dapat tangkap tak apa maksud dia? Konon2 macam aku ni selalu dok kontrol suami aku & tiba2 hari tu plak suami aku terlepas gak & dapat join diaorang ke Kedah tu. Hello!!! Sorry sikit ek. Aku tak pernah nak halang ke mana laki nak pergi. Kadang2 aku tak tanya pun ke mana dia nak pergi & apa yang dia nak buat. Asalkan jangan sampai lewat2 malam & abaikan keluarga sudah. So, aku pandang muka suami aku & tanya dia "Selama ni saya kontrol awak sangat ke, tak bagi awak pergi mana2 ke?". Suami aku jawab "Tu lah, abah pun tak tahu kenapa dia cakap macam tu." Okey, tak pe kalau suami aku pun rasa memang aku tak pernah kontrol dia. Suami aku ni jenis kalau nak ke mana2, macam kenduri kahwin, gathering ke apa2 yang melibatkan officemate atau family dia memang suka ajak aku walaupun aku selalu menolak. Then aku suruh dia pergi sendiri, dia kata kalau aku tak pergi macamana dia nak pergi sorang2? Macam tu lah selalunya. Jadi mesti orang ingat aku ni jenis yang suka nak kontrol dan jaga laki sangat sampai ke mana2 nak ikut. So, semalam aku salahkan suami aku sebab dia, aku punya nama busuk! Cettt...

Lepas keluar cerita tu, dia cakap pula yang bulan March tahun depan ni diaorang mungkin nak buat family gathering ke Pulau Perhentian. Okey...yang Pulau Perhentian tu aku suka dengar tapi tang gathering tu aku tak suka...tak suka...& tak suka lagi! Biasalah bagi orang yang berTTC dan tak bekerja pula macam aku ni, bila dengar gathering memang berat jeeeee. Suami aku ada tanya kenapa aku tak suka sangat kalau dia bawak jumpa kawan2 dia? Katanya dulu tak ada anak bolehlah nak segan tapi sekarang dah ada anak pun. Okey, aku mengaku tang ada anak tu aku dah tak berapa segan nak berjumpa orang walaupun kadang2 memang ada je mulut2 syaitoon yang nak bertanya "Ni bila nak tambah lagi ni?".

Isu yang timbul sekarang dah lain pula. Isu sekarang ialah aku ni surirumahtangga :( Faham2 je la kalau sebut surirumahtangga, orang akan fikir aku ni bodoh sangat, tak ada pendidikan sebab tu tak bekerja...sorry okey! Aku ada pendidikan cuma aku nak tumpukan perhatian kat anak yang membuatkan aku berhenti kerja. Maklumlah anak sorang, kalau rosak yang satu tu, dah tak ada spare part lain! Huh!! Aku bukan apa, kalau dah beramai2 tu aku rasa rendah diri. maklumlah yang lain2 tu mesti kerja hebat2, sedangkan aku ni dok rumah je. Malu lak nak cakap kerja apa kalau orang tanya. :( 

Entah kenapalah aku rasa status aku sebagai surirumahtangga ni hina sangat? Mungkin sebab orang di sekeliling aku yang selalu menjatuhkan aku & selalu merendah2kan aku yang membuatkan aku rasa apa yang aku buat sekarang ni priceless. Sedangkan tugas seorang surirumah yang menjaga suami & anak itu lebih mulia di sisi Allah. Arghh....persyaitoon kan semua itu! Bak kata seorang kakak blogger kat aku, fikirkan apa yang aku buat tu kerana Allah. Allah tahu walaupun orang lain tak tahu!

Oh ya, entah macamana tiba2 aku teringat kisah seorang kawan baik suami aku. Waktu aku dan suami aku masih menantikan zuriat pertama kami dulu, bila berjumpa dengan dia, ada la beberapa kali dia akan tanya kami soalan "Bila lagi ni?" "Takkan nak berdua je. Esok dah tua susah!". Walaupun lelaki, tapi mulut boleh tahan! Masa tu dia masih single, belum berkahwin. Kami suami isteri cuma mampu tersenyum dan terus berikan alasan "Nanti2lah...".

Beberapa tahun lepas kami dapat Afif, dia pun berkahwin. Rasanya dalam setahun lepas dia kahwin, kami ada pergi open house rumah dia & mereka masih berdua (belum ada anak). Rupanya mereka pun susah nak medapatkan anak. Dalam fikiran aku masa tu, aku cuma simpati pada dia dan isterinya. Tak ada langsung dalam hati aku nak kutuk2 dia atau nak kata padan muka pada dia. Cuma, hati aku ada juga terdetik, dulu kau pernah kata kat kami...sekarang kau sendiri melaluinya, apa kau rasa agaknya kalau orang tanya balik soalan yang sama kat kau? 

Masa kami berjumpa dengan dia kat open house tu, suami aku tanpa segan pun berkongsi cerita yang kami pernah melalui rawatan di LPPKN sebelum mendapatkan Afif. Aku tengok muka dia macam excited nak dengar cerita suami aku. Rasa kesian sebab aku tahu apa perasaan dia. Aku pun turut membantu memberi maklumat yang aku tahu. Sebelum balik, kami suami isteri ada mencadangkan agar dia mencuba rawatan di LPPKN tu atau terus mencuba cara lain untuk mendapatkan zuriat. Tapi aku tak tahu dia ada pergi mencuba atau pun tidak, sekurang2nya kami sudah membantu setakat yang mampu. Rasanya sekarang dah 2 @ 3 tahunlah dia kahwin tapi aku tak pernah dengar apa-apa berita lagi dari mereka.

Kesimpulannya, jagalah mulut kita. Sekelip mata Allah boleh berikan kita nikmat & sekelip mata juga Dia boleh tarik semula nikmat tersebut. Allah yang memberi semuanya kepada kita...kesihatan, akal, harta, rezeki, zuriat dan sebagainya. Kita tiada kuasa untuk mendapat semua itu selain dengan izin Allah juga.


Sunday 25 November 2012

-VE (NEGATIF!!)

Oh rakan2 TTC sekalian mesti faham apa maksud -ve ni sebab istilah ni dalam hidup TTCians memang tidak asing lagi. Bagi yang tak tahu tu, tak perlu tahulah sebab kalau tak tahu memanglah benda ni tak penting pun untuk korang.

Pagi tadi nak bangun sahur, aku dengan berat hati nak membuat UPT. Dah 7 hari period aku delay. Aku dah tahu yang aku akan kecewa tapi semua ni terpaksa juga orang-orang seperti aku lalui. Tak perlu nak cerita prosesnya...yang penting UPT aku -ve :( Cuma naik 1 line je dan satu lagi line memang tak nampak samar ke apa ke, memang tak nampak langsung. Sedih! Tapi sebab dah biasa dikecewakan macam ni, aku redha je la...Nampaknya keberkatan buat UPT di bulan Muharaam ni tak ada lagi. Baik aku pergi masak sahur lagi baik dari dok pikir pasal ni...huh!

Entah apalah masalah dengan period aku ni. Sebelum jumpa doktor tempoh hari datangnya long & heavy. Lepas jumpa doktor datangnya delay, macam tak nak datang pulak. Seriously aku fade-up nak fikir. Rasanya aku dah cukup dengan perubatan moden ni. Lepas ni rasa nak try perubatan alternatif macam yang JayFarhana try pula. Aku tak rasa aku ni ada masalah kesuburan dah ni, mungkin gangguan lain kot. Tapi suami aku nak ke bagi aku cuba benda2 macam tu?

Ok, malas nak fikir kisah sedih di pagi hari tadi...nak cerita pulak kisah bangun bersahur hari ni. Alkisahnya aku terjaga pukul 4.10 pagi, itupun sebab Afif mengigau. Entah apa mimpinya, dia bangun nangis2 suruh aku cium dia macam aku selalu buat sebelum tidur. Tiap2 malam sebelum tidur memang ada satu aktiviti kami berdua cium2 dan ucap goonight sebelum tidur. Dia ingat dia baru nak tidur & aku terlupa nak cium dia. Nangis2 dia suruh juga aku cium dia macam selalu. Aku cakaplah dengan dia, Afif mimpi apa ni? Tadi nak tidur mama dah cium Afif la! Adehhh....Tengok2 jam dah pagi, teruslah aku pun bangun nak masak sahur.

Semalam kami tinggal berdua saja sebab suami aku ke Kedah. Ada kenduri kawan dia kahwin. Mujurlah tengah2 malam tadi Afif tak mengigau yang bukan2. Kalau dia mengigau, memang aku yang penakut ni tak boleh tidurlah jawabnya! Time aku masak, Afif lak tak boleh tidur dah. Dia pun doklah melepet kat atas sofa sambil tengok Astro Channel 106 citer Tanah Kubur :D Sambil tengok cerita tu, mulut dia tanyalah macam2 pasal cerita tu...kenapa orang mati masa tanam kena sengetkan badan dialah? Kenapa orang baik Allah bagi matilah? Terpaksalah aku menjawab sekadar yang aku tahu. Lepas tu apa je yang Chaneel tu tayang, mulut dia dok ikut. Daripada zikir, doa, surah sampai ke azan dia dok ikut. Bila aku nak solat, dia pun nak solat sama...okeylah! Nasib baik bangun pagi2 mood dia ok, kalau dia ko, mau aku menyinga pagi tu sebab aku pun terkejar2 nak bersahur.

Lepas solat, aku ajak dia tidur balik. Sebelum tidur tu mulut dia pok...pek...pok...pek padahal mata aku dah mengantuk. Lepas tu aku cakap nak telefon abah, muka dia terus berubah. Rupanya dia tak sedar yang abah dia tak ada :D Lepas tu barulah dia tanya abah pergi mana? Kenapa abah tak balik? Lepas habis cakap dengan abah dia, baru dia senyap sikit...teringat kat abah rupanya. Bila dia tanya pasal abah dia, mata dia dah berair dan suara pun macam nak nangis je. Dia tanya kenapa abah nak tidur rumah kawan tak nak tidur kat rumah? Aku saja2 kenakan dia, aku kata abah merajuklah tu sebab Afif selalu gaduh dengan abah. Afif selalu pukul abah kuat2, selalu cakap tengking2 dengan abah. Dia pun terdiam je...kesian anak aku. Tapi Afif ni dengan abah dia memanglah tak hormat langsung. Salah abahnya juga sebab jarang menghabiskan masa dengan anak. So abah, fikirkan cara macamana nak bagi anak awak lebih mesra dan hormatkan awak ya! :p

Saturday 24 November 2012

PUASA 10 MUHARRAM

Ohh...hari ni 10 Muharram. Mujur Kak Baby ada ingatkan saya. Dengan penuh tekad saya pun berniat untuk berpuasa pada hari ni. Bagi sesiapa yang bangun sahur pagi tadi, hujan sangat lebat membasahi bumi. Macam hujan rahmat je...so aku dalam dok masak tu, mulut tak putus-putus jugalah berdoa. Moga2 ada yang makbul dengan izin Allah. 

Sahur pagi ni tak ada mood nak masak yang heavy2. Cuma buat masak lemak sayur kobis dan ikan goreng je. Cukuplah tu. Yang nak makan pun kami 3 beranak je. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Esok pun aku nak puasa lagi...(*tetiba terfikir yang tahun ni punya puasa aku kena ganti 17 hari....adoyaiiiiiii)  

Friday 23 November 2012

KHASIAT KACIP FATIMAH DAN HAIDS TIDAK TERATUR

Ini aku copy paste dr FB Dr.Zubaidi...rupa2nya baru ku tahu :)

KHASIAT KACIP FATIMAH DAN HAIDS TIDAK TERATUR

Soalan:
Assalamualaikum dr.
Saya ingin bertanya. Saya telah berkahwin selama satu tahun enam bulan. Saya sedang berusaha untuk dapatkan zuriat. Kinihaids saya telah lewat tetapi ujian UPT adalah negatif. Perlu ke saya ke klinik minta ubat turun darah? 


Jawapan:
Wa alaikum mus salam.

Saya mendapati kitaran haids pun tidak normal. Puan juga tidak perlu memakan ubat 'turun darah' kerana ia akan lebih mengganggu kitaran haids puan.

Selalunya doctor memberikan ubat hormone untuk membetulkan semula kitaran haids.

Namun begitu saya mendapati tidak semua pesakit akan berjaya dengan rawatan seperti itu. Malah ada yang mengalami kitaran haids yang semakin tidak menentu apabila menghentikan ubat hormone yang diberi.

Baru-baru ini saya menyertai Bengkel Herba untuk Kesihatan yang dianjurkan oleh Institut Pembangunan Bioproduk, UTM.

Beberapa orang professor di sana, mencadangkan produk herba Kacip Fatimah sebagai alternative ubat bagi pesakit seperti puan.

Saya mencadangkan puan mengambil kapsul kacip fatimah yang dikeluarkan oleh UTM. Ia membantu kebanyakan wanita untuk mendapatkan kitaran haids yang lebih sempurna.

Jika puan berminat, saya boleh membantu puan mendapatkan kapsul kacip fatimah keluaran UTM.

Bersama ini saya sertakan kebaikan Kacip Fatimah yang saya petik dari seminar itu.

Extract from these herbs is usually ground into powder substances and are made into capsules and pills. A concoction made from boiling the plant in water is given to women in labour to hasten delivery of their babies. After childbirth, it may still be consumed by mothers to regain their strength

Traditionally, it is used in Borneo for enhancing vitality, overcome tiredness and help to tone vaginal muscles for women.
The claimed uses of Kacip Fatimah include:
• Helps establish a regular menstrual cycle when periods fail to appear for reasons like stress, illness or when the pill is discontinued
• Prevents cramping, water retention and irritability for those with painful periods.
• Balances, builds and harmonizes the female reproductive system to encourage healthy conception
• Supports healthy vaginal flora to prevent irritation and infections.
• Alleviates fatigue, smooths menopausal symptoms and promote emotional well being.
• Prolong energy during Playtime.
• Helps to solve the problems related to constipation
• Tightens vaginal skin and walls.
• Anti- dysmenorrhoea; cleansing and avoiding painful or difficult menstruation
• Anti-flatulence, drive away and prevent the formation of gas.
• Firming and toning of abdominal muscles.


(rujuk: Ali Z, Khan IA. Alkyl phenols and saponins from the roots of Labisia pumila (Kacip Fatimah). Phytochemistry. 2011 Nov;72(16):2075-80)

Thursday 22 November 2012

SAKIT BELIKAT :(

Hari ni tak mampu nak bercerita panjang lebar sebab diserang sakit belikat kanan yang amat sakit. Nyut...nyut je rasa & lenguh2. Entah kenapa tetiba sakit belikat ni. Semalam masa nak keluar makan, tiba-tiba aku rasa tak boleh tunduk kepala sebab sakit menangkap ke tulang belikat. (Suami tetiba ajak keluar makan malam tadi....gumbira berbunga2 bila dapat keluar dgn suami. Macam berhoney moon sekali lagi lak :p)

Malam tadi masa nak tidur ok je, tapi pukul 3 pg aku terjaga memang nyut...nyut sakitnya sampai aku tak boleh banyak bergerak. Rasa sakit tu macam otot terkoyak ke cam gitulah lebih kurang. Dah macam robot aku rasa sebab tak boleh nak toleh kepala. Cuba nak lelapkan mata balik pun tak boleh. Aku cari minyak angin & mujur suami terjaga waktu tu. Terus aku minta dia sapukan minyak angin. Tapi tetap tak lega. Suami dah sambung tidur balik, aku yang dok terkelipot2 sampai nak dekat pukul 5 pagi. Mulalah rasa malam terlalu lama...

Terlelap sekejap, jam berbunyi untuk solat Subuh. Teruslah aku bangun dan solat dulu. Solat pun tak boleh rukuk lebih2 sebab sakit. Lepas solat, aku minum susu segelas & telan panadol. Aku ambil ais, aku letak kat tempat yang sakit tu...lega sekejap. Then, aku tertidur. Alhamdulillah...tidurlah aku sampai ke pukul 11.30 tengahari :D

Tapi, sakit2 ni pun aku tetap kena menjalankan tugas sebagai isteri dan emak. Bangun2 je dah kena buat juga semua kerja2 rumah. Itu pun ada juga yang nak kata aku surirumah tak ada keje???? Kalaulah kerja sebagai surirumah ni aku boleh minta MC, memang dah lama aku tinggalkan je semua kerja2 ni tapi sakit2 pun nak kena buat juga kerjakan?

Owhh...terpanjang plak aku bercerita. Anyway, masih lagi sakit sekarang ni tapi tadi dah suruh suami sapukan Counterpain, kuranglah sikit denyutnya tapi tetap badan aku dah macam robot, tunduk tak boleh...toleh ke kiri pun tak boleh.

Wednesday 21 November 2012

AFIF TAK NAK BESAR

Ini adalah perbualan seorang ibu & anak pada suatu tengahari nan indah dan mendung bagaikan hujan mahu mencurah ke bumi tapi tidak. Syukurlah tidak hujan kerana tengahari itu si ibu terpaksa meredah jalanraya untuk menjemput putera kesayangannya pulang dari tadika...(Kenapalah puteraku ini masih bersekolah di waktu semua orang sudah bercuti? Si ibu yang tak sanggup nak berjalan hari2 menjemput dia pulang).

Anak: Wow...cantiknya kereta tu! (sambil finger pointing ke arah sebuah kereta. Memang anak aku ni obses dengan kereta & aksesori kereta).
Nanti Afif besar macam abah, Afif nak beli kereta macam tu lah. (Senyap seketika sebelum membuat pertanyaan)
Kalau Afif besar macam abah, mesti mama dah tuakan?

Ibu: (sambil berfikir apa motif Afif nak kata mama dah tua??) Iyalah, kalau Afif besar macam abah mestilah mama dah tua macam nenek.

Afif: Afif tak nak besar!

Ibu: Kenapa Afif tak nak besar pulak?

Afif: Kalau Afif besar macam abah nanti mama tua macam nenek. Afif tak nak mama tua.

Ibu: Kenapa Afif tak nak mama tua?

Afif: Kalau mama tua mesti mama sakit. Nanti mama masuk hospital. Lepas tu mama mati. Kalau mama mati nanti Afif jadi anak yatim. (Muka dah berubah muram)

Ibu: (*Sebak) Afif kenalah besar macam abah, baru Afif boleh beli car besar & bawak mama naik car tu.


*Mama pun kalau boleh tak nak Afif besar...biarlah Afif kecik macam ni je supaya Afif akan selalu bersama menemani mama :(  



Tuesday 20 November 2012

UPT...TAK SUKA!!

Kenapa tak suka UPT? Mmm...bukan tak suka sebenarnya tapi takut kecewa :(

Hari ni 20/11/2012, period aku dah lewat 4 hari. Dalam entry sebelum ni aku ada kata aku saja nak gatal tangan nak buat UPT kalau period delay tapi bila period betul2 delay, aku macam tak sedap hati pulak nak buat UPT tu. Aku tak nak kecewa...sungguh!! Biarlah bila buat UPT tu naik 2 lines, seronok sikit.

Apa-apa pun, kalau dah delay ni, aku kena juga check. Bukan apa, naknya betul2 pregnant ke bolehlah aku start makan vitamin & menjaga kesihatan dirikan? Okeylah, aku tabahkan ajelah hati aku ni. Esok aku akan belilah UPT tu tapi aku nak buat test tu hari Jumaat ni. Insyaallah dengan berkat hari Jumaat akan naik 2 lines, siapa tahu? Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn :D

Saturday 17 November 2012

DURIAN CREPE

Hari ni aku nak ber'durian crepe' dengan kakak aku as a Sifu. Dia nak ngajar aku cara2 buat durian crepe dengan harapan aku boleh menambah pendapatan aku. Aku bukan tak nak, tapi ada masalah2 yang aku tak boleh nak elak untuk menjadikan semua tu sebagai punca pendapatan.

Seronok memang seronok kalau dapat mencari rezeki dengan cara ni tapi aku tak boleh bayang macamana aku nak arrange barang2 memasak dalam rumah aku yang sekangkang kera ni. Sedangkan nak masak hari2 pun aku naik migrain nak fikir mana aku nak campakkan lauk-pauk yang dah dimasak (sebab tu kalau masak, aku cuma akan masak 2 jenis lauk je). Macamana pula nak suruh aku buat kek dsbnya? Rumah aku memang tak cukup ruang.

Orang mesti akan kata, nak seribu daya...tak nak seribu dalih. Aku peduli apa? Orang tak tahu masalah aku, senang2 je nak cakap. Sekarang ni aku dah macam malas nak dengar apa orang nak kata pasal aku. Orang nak kata aku dok rumah goyang kaki, orang nak kata aku saja tak nak kerja sebab aku memang malas ke apa ke, katalah...aku biar masuk telinga kanan & keluar telinga kiri. 

Semua orang nak bandingkan aku dengan kakak aku. Aku sikit tak jeles dengan kakak aku tapi aku sakit hati dengan orang yang suka suruh aku buat apa yang kakak aku buat. Kalau kakak aku berjaya dengan apa yang dia buat sekarang, tak semestinya aku pun akan ikut berjaya macam dia. Masing2 ada rezeki masing2 ok!! Cukuplah aku asyik nak ikut cakap orang buat itu buat ini...aku nak buat apa yang aku rasa aku nak buat pula. Kalau aku susah pun aku tak pernah minta duit sesiapa... 

Okey, berbalik pada cerita Durian Crepe tadi...nak membuatnya bukan susah sangat tapi renyah, makan masa & tenaga. Makan memang sedap dan 2 kali ngap je dah habis tapi nak membuatnya agak lama. Berbaloilah dengan harganya. Aku tak snap pula gambar masa aku bersusah payah membantu kakak aku tu tapi bagi yang tahu apa itu Durian Crepe, korang tahulah macamana rupanya kan? :)

Friday 16 November 2012

GAMBAR KONVO AFIF

Eh, daripada hari tu janji nak upload gambar Afif masa konvo tapi asyik takde masa...hari ni nak upload juga. Apa nak jadi, jadilah! (Apa yang nak jadi? :D)

Kalau tengokkan gambar2 ni, memang banyak muka Afif je sebab aku tak bolehlah nak upload semua. Aku cuma pilih gambar yang ada muka Afif je...boleh? :D Tengok muka budak2 ni memang ceria je semua. Suka sangat tengok diorang ni. Dahlah comel2 belaka! Aku amik buat anak angkat baru tau :p

 Suasana dalam dewan. Masa ni budak2 yang umur 6thn tengah baca Surah dari Al-Quran & Surah Yaasin. Masa ni la hati aku tersentuh tengok dan dengar budak2 ni baca :(

 Tetiba anak aku bertukar menjadi anak Jawa. Jawa pun Jawalah, janji rock!

 Bukan main lagi...masing2 bergaya dengan pakaian beragam diaorang. Comelkan?

 Afif dengan bestfriend dia, Aidil. Aidil ni dok kat tingkat bawah. Hari2 balik sekolah, turun je dari van, si Aidil ni la lawan Afif berlumba lari naik ke atas.

Jadi tukang pegang bunga manggar je anak aku. Tak pe, tak payah jadi pelakon hebat sangat. Cukuplah Aaron Aziz sorang :p

 Tengok tu, semua pakai pakaian tradisi satu dunia :)

Hahaha...baju pun dah kecik. Baju ni masa umur dia 3 tahun kot! Tapi sebab aku pun dah malas nak cari costume, aku pakaikan je la baju ni. Mujur adik aku ada topi jawa tu. Kasut pulak tak de masa nak cari capal, so pakai apa yang ada je la...

Budak2 umur 6thn yang dah nak naik Darjah 1 dah tahun depan.

 Amboi! Siap dengan jubah konvo, dapat sijil lagi! Jeles mak :D

 Afif dengan Atuk. Atuk ajelah yang dapat datang pada hari tu. Terima kasih Atuk! :)

Okey, dah habis acara...mari kita berposing di tepi kolam ya! Hensemnya anak mama...

Sekian, terima kasih :) 
(*Muka mama tak ada sebab mama pemalu orangnya :p)



MIMPI ULAR

Siapa pernah mimpi ular? Aku pernah banyak kali sangat...sebelum kahwin pernah dan lepas kahwin pun pernah. Dulu sebelum kahwin macam suka bila mimpi ular sebab orang kata nak bertemu jodoh. Lepas kahwin barulah aku tahu yang mimpikan ular ni membawa petanda yang tak baik. 

Kali ni aku dapat ingat mimpi tu dan aku rasa aku pernah mimpi yang serupa sebelum ni. Sebelum Subuh aku bermimpi sebab terjaga je aku terus istighfar dan tengok jam dalam pukul 6 pagi. Aku dok terkelipot2 kejap dan cuba ingatkan balik mimpi aku sebelum aku bangun untuk solat Subuh.

Lupakan ajelah mimpi2 ular tu. Hari ni nak ke rumah mak aku. Afif dah tak sabar gila nak jumpa sepupu2 dia. Aku pun tak sabar nak jumpa anak2 buah aku.

(*Untuk makluman, aku masih belum period. Aku harap period aku tak ting...tong sebab aku dah letih melayan masalah period yang tak berkesudahan ni.)

Thursday 15 November 2012

AFIF TAK SABAR NAK KE RUMAH NENEK

Anak aku ni bila dengar sepupu2 dia (anak kakak aku) nak balik kampung (eh, macam cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung lak bunyinya), dia punyalah excited nak ke rumah nenek dia. Memang patutlah pun sebab dia mana ada kawan, jadi bila sepupu dia ada nanti memang seronoklah dia berkawan. Alkisahnya kakak aku ni tinggal kat Batu Pahat, jadi aku tak pasti istilah balik kampung tu sesuai ke tak untuk dia sebab dia yang dari kampung, manakala mak aku pulak kat KL...:D

Esok kakak aku akan datang bersama rombongan cik kiahnya (4 orang anak dia yang cute2 tu). Memang havoc tak ingatlah rumah mak aku nanti. Tapi dengar kata dia tak boleh lama kat sini sebab anak dia yang sulung tu ada kelas teakwondo la pulak! 

Aku pun dah rindukan mereka berempat tu. Itulah saja anak buah yang aku ada. Adik-adik aku yang tiga orang lagi tu belum kahwin tapi insyaallah adik perempuan yang bawah aku ni, kalau tak ada aral melintang...tahun depan jadilah isteri orang. Dah terlajak sikit umur dia tapi syukur ada juga jodoh buat dia. Tak sabar aku nak menimang adik ipar :D (Ada tak istilah menimang adik ipar?)

Nurynn Qistina, Nurynn Humayra, Aidil Azhad & Arif Asyraff, mak ngah merinduimu...;) Oh! Yang paling best, kakak aku nak ajar aku buat Durian Crepe yang tengah musim melambung2 naik sekarang ni macam Mail Lambong :D Aku pun tak pernah rasa lagi jadi tatau suka ke tak. Kalau macam Pavlova yang dulu pernah musim tu, aku ada try dan not my taste...tak kena dengan taste aku sebab aku rasa macam makan span @ mungkin aku beli dari orang yang tak pandai buat?? 

Kakak aku ni baker yang bekerja dari rumah saja. Kalau ada sesiapa yang tinggal area Batu Pahat dan nak order kek, bolehlah ke blog dia di Luvly Taste. Pada pendapat aku memang aku bagi credit kat kek2 yang kakak aku buat (bukan nak puji sebab dia kakak aku). Setakat ni, kek dia yang pernah aku rasa tak sweet macam sesetengah kek yang aku makan, manis bangat! Cream puff dia sangat creamy & sedap! Cheese & Choc tart pun sedap! Carrot cake pun sedap! Semuanya sedaplah! Aku ingat lagi dulu masa sekolah2 kakak aku pernah cuba buat kek tapi tak menjadi...berminyak dan sampai sekarang aku selalu ejek kek dia sebagai 'kek goreng' :D Tak sangka sekarang dia begitu mahir sekali. Salute ah!  

SALAM MAAL HIJRAH 1434

Eh...eh...hari ni cuti lagi sempena Maal Hijrah tapi  aku biasalah, duduk melepak kat rumah je cuti2 ni. Teringin rasanya nak bawa anak bercuti ke Utara ke, Selatan ke, Timur ke, Barat ke tapi tak pernah kesampaian...maklumlah suamiku itu sibuk memanjang!

Belum pernah lagi merasa membawa anak duduk bersenang-senang di hotel sampai melayan bunyi hempasan ombak atau melayan kesejukan yang menggigit-gigit hingga ke tulang...ecehhhh :p Bukan apa, anak dah 5 tahun, tak pernah lagilah kami pergi bercuti 3 beranak. Kalau pergi mana2 pun selalunya family aku yang rajin buat plan dan kami 3 beranak follow. Atau kalau pergi 3 beranak, balik kampung je la destinasinya. :(

Eh...dah tahun baru ni, apa azam aku ek? Biasalah azam ni tetiap tahun pun berazam. Orang lain pasang azam kita pun nak pasang azam tapi aku pun tak ingat yang mana yang pernah tercapai :D 

Tahun ni mungkin nak tambah anak seorang lagi kot! Kalau boleh nak baby girl pulak...tapi rezeki tu semua datangnya dari Allah juga. Kalau Allah bagi, alhamdulillah. Tapi kalau Allah tak bagi, mungkin ada sebabnya...aku redha je la. Aku pun dah malas nak fikir pasal ni semua. Yang penting, apa yang aku ada ni aku jaga betul2. 

Ada ada terbaca blog rakan yang berTTC juga (sikit sebanyak aku tambah2 ayat ni), katanya jangan sedih kalau kita tak dikurniakan anak atau tak ada ramai anak sebab belum tentu kita mampu nak didik anak kita sebaiknya. Silap didik, kita akan dihumban ke neraka tapi kalau betul didiknya, anak tu lah yang akan mendoakan kita. Masalahnya kita tak tahu anak kita nak ke arah mana. Jadi positifkan minda kita, Allah tak bagi kita rezeki anak mungkin disebabkan itu. Mungkin kalau kita ada anak esok, kita tak mampu nak didik mereka menjadi anak yang soleh. Lagipun zaman sekarang ni gejala sosial dimana-mana...takut! 

Ni pulak kata Ustaz Azhar Idrus...kalau nak pahala banyak, banyak kali beranak. Habis tu, macamana dengan kami yang susah nak mengandung ni pulak? Tak dapat banyak pahala ke? Tak juga....kalau beranak banyak kali, anak semua rosak pun tak guna juga. Di akhirat esok kita akan disoal pula. Jadi, kita yang tak ada anak ni tak payah bersedih walaupun memang kadang-kadang akan terasa sedihnya...apa yang kita perlu buat, berbaktilah pada suami kita sebaik-baiknya, berbakti pada kedua orang tua kita, banyakkan buat amalan yang baik dan berdoa...insyaallah pahala dan Syurga menanti :)


Tuesday 13 November 2012

CD27

Hari ni dah CD27 aku. Tak tahu kenapa excited sangat nak tunggu sampai ke CD30 sebab bulan lepas CD30 cik 'P' datang. Bulan ni kalau cik 'P' datang lewat macam nak gatal2 tangan check UPT :D Macam tak ada kerja kan?

Bukan apa sebab bulan ni rasanya banyak juga masa dihabiskan bersama suami dan bulan ni juga dapat spot EW walaupun tak tahu sebenarnya betul ke tidak EW :D Kepala ni pula dok pusing2 dah beberapa minggu. Perut kembung dari minggu lepas, tapi minggu ni dah agak kurang. Hari tu plak ada rasa sakit kat bawah perut, kerap nak terkencing, ada rasa letih & malas memanjang...hahaha, bunyi cam best je. Macam nak naik 2 lines je kat UPT sebab 1st experience mengandungkan Afif itulah tanda2 awal yang aku alami tapi selepas dah 5 tahun menanti untuk 2nd baby & tanda2 macam ni akan datang setiap kali cik 'P' nak datang, aku dah jadi lali.

Tunggu je la next entry aku (probably by next week), mesti kisah cik 'P' bertandang akan aku paparkan...for sure! Entry yang ni sebenarnya saja2 je nak gembirakan hati sendiri. Chill! :D

Monday 12 November 2012

KONVOKESYEN AFIF

Semalam 11/11/2012 (Ahad), diadakan hari konvokesyen Afif di Kelana Jaya. Wah...macamlah anak dah dapat diploma atau degree bunyinya. Sebenarnya tadika Afif buat konvo. Mama dulu masa tadika tak ada pun konvo2 ni nak oii...mama dulu tadika Al-Arqam lagi, fofular u! Sekaranglah Al-Arqam tu fofular disebabkan kesesatannya, dulu taklah sangat kot. Seb baiklah mama tak sesat mencari jalan yang benar :p

Majlis bermula pukul 8 pagi dengan pendaftaran dulu. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 7.50 pagi. rumah kami ke Kelana Jaya tu pun taklah jauh sangat jadi relaks la sikit. Sampai kat sana dalam pukul 8.10 pagi terus tanda kehadiran dan dapat free gift untuk anak. Biasalah goodies bag yang mengandungi gula2, belon & ada susu tepung cekelat cap Dutch Lady.

Lepas tu terus bawa Afif ke bilik persalinan sebab Afif kena tukar baju untuk persembahan dia nanti. Afif pakai baju Jawa. Persembahan dia bertemakan sahabat satu dunia, jadi kena cari pakaian tradisional negara-negara dari seluruh dunia. Aku dapat pakaian Jawa je untuk dia. Itupun baju yang dia pakai tu dah kecik sangat tapi nak buat macamana, aku malas nak mencari alternatif lain :D

Muallimah (cikgu) Afif panggil aku masuk sekali untuk tolong pakaikan Afif baju. Lepas dah pakaikan dia baju, aku keluar dan tinggalkan dia dengan kawan2 dia kat dalam tu. Nak dekat pukul 9 kot barulah acara bermula.

Bermula dengan budak2 umur 6 tahun yang dah nak grad tu masuk. Konvo ni combine dengan cawangan Damansara Perdana, jadi meriahlah sikit. Budak2 Smart Soleh dari Kota Damansara & Damansara Perdana masuk untuk acara bacaan doa dan Yaasin. Tak tahulah kenapa bila dengar budak2 ni baca Al-Quran, mata aku bergenang dengan airmata. Terharu sangat! Tu belum anak aku sendiri yang baca. Ya Allah! Istimewa sungguh mereka ni sebab kecik2 dah pandai mengaji dan membaca. Masa budak2 ni baca Yaasin lagilah aku sayu. Tak sangka mereka hafal juga walaupun mengikut rakaman di dalam laptop.

Lepas tu satu persatu persembahan dipersembahkan kepada kami sebagai ibubapa/penjaga. Comel2 semuanya. Ni yang buat aku berkobar2 nak tambah anak! Macamanalah budak2 ni boleh menghafal lirik lagu, steps2 persembahan dan menghilangkan rasa malu membuatkan aku kagum.

Tiba persembahan Afif, dia naik pentas memegang bunga manggar. Comellah pula anak aku ni! Tengok daya konfiden dia atas pentas taklah berapa bagus kalau dia seorang diri tapi disebabkan naik dengan kawan2, nampak dia enjoy juga.

Akhir sekali acara penyampaian hadiah untuk yang cemerlang...wahh, ada juga anugerah kecemerlangan walaupun masih tadika. Jeles mama tapi anak mama tak dapat apa-apa hadiah. Mama tak kisah sebab mama tahu kebolehan Afif macamana :) Lepas tu ada pula anugerah untuk ibubapa. Anugerah kesetiaan namanya utnuk ibubapa yang setia menghantar anak2 mereka dari anak pertama sampai anak ke-5 ke atau ke-10 ke tadika yang sama. Nampak gaya memang aku tak akan dapatlah anugerah tu sampai bila2 sebab anak aku seorang je :(

Lepas tu barulah budak2 yang umur 6thn berbaris untuk ambil scroll mereka. Siap lalu atas karpet merah lagi! Ada bunyi kompang lagi! Amboi, tak sabar aku nak tengok anak aku pula macam tu tahun depan :)

Sebelum balik, aku sempat tukar kupon yang diberi dengan bekal makanan yang disediakan...nasi ayam! Walaupun ayamnya kecik tapi okeylah buat alas perut tengahari tu. Pukul 11.30 tghr semua dah selesai, so kami pun balik.

Alahai...tadika2 sekarang semua pun buat konvo untuk pelajar2nya. Bertuah mereka. Hari tu anak buah aku pun baru je buat konvo tadika dia. Anak buah aku tahun depan masuk darjah 1 dah. Tapi, aku tak dapat pergi sebab anak buah aku tu kat Batu Pahat. Konvo dia pula masa raya haji hari tu, aku kat kampung. Mak, ayah dan adik aku sempatlah pergi tengok. Untuk konvo anak aku pula, cuma ayah aku yang ada masa terluang. Mak aku balik kampung sebab sepupu aku nikah. Tak apalah, sebab konvo anak aku yang sebetul-betulnya tahun depan. Sekejap je dah besar anak aku...tahun depan dah masuk 6 tahun. Tapi, mama maintain muda :p

Nanti aku cuba upload gambar masa konvo Afif ya!

UMOBILE KEJAM!

Dalam 5 hari ni mulut aku ni ringan je nak caci maki Umobile. Oh! Untuk pengetahuan semua, aku berinternet ni guna broadband je...x mampu!

Dah 5 hari line internet kat rumah aku tak boleh nak connect. Hari ni baru boleh connect dan barulah aku dapat meng'update' blog aku ni. Kat dalam iklan bukan main lagi promote Umobile...hampeh! Nak dapatkan line, kena tadah laptop kat tingkap baru dapat line. Apa kejadahnya? Ingat aku spiderman ke nak melekap kat tingkap je?

Apa-apa pun Umobile memang s*&^s dan sangat hampeh! Tak hujan, cuaca terang benderang pun line tak ada. Memang menempah caci maki akulah! 

Umobile sangat keji, kejam, hina & sewaktu dengannya! 

Monday 5 November 2012

MOOD DOWN

Pagi2 mood dah swing. Ada orang pagi2 dah buat muka sardin dengan kita. Puncanya kecik je. Sedih! :(

Dari semalam sebenarnya mood dah down sebab ada mulut-mulut yang cakap tak bertapis. Sengaja ke tak sengaja ke aku tak tahulah.

Apa perasaan kalau orang cakap yang kita ni memang selalu menyusahkan? Aku sedar memang selalu orang terpaksa menjemput aku kat rumah ni kalau nak ke mana-mana sebab aku tak ada kenderaan. Kalau ada kenderaan pun aku tak berani nak drive walaupun aku ada lesen. Kesibukan suami yang menyebabkan aku yang ingin menikmati keseronokan dunia luar menerima pelawaan orang. Kadang2 orang yang ajak aku keluar bersama, bukan aku terhegeh2 sangat nak ikut. Walaupun adik beradik sendiri tapi aku jenis yang tahu malu dan tak meminta2 selalu. 

Aku mengaku aku terasa sangat dengan kata-kata tu tapi aku tahankan je dan cuba anggap kata-kata dia sebagai gurauan walaupun jauh di dalam hati, aku menangis :(

Sepekara lagi aku sakit hati kalau ada orang yang kata surirumah ni tak ada kerja. Seolah-olah duduk rumah goyang kaki. %^*#...sorry aku termencarut! :D Jadi surirumah tu hina ke? Jadi kenapa nak pertikaikan kerja kami? Jeles sebab tak layak nak jadi surirumah? Surirumah adalah sebaik-baik pekerjaan ok! Surirumah bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti. Kerja surirumah tak ada MC. Sakit pun kerja juga & paling sedih, sakit pun tak ada siapa peduli.

Selama aku jadi surirumah, tak pernah lagi aku duduk goyang kaki je seharian. Cubalah aku betul2 goyang kaki, entah macamanalah keadaan rumah jadinya? Nasib baik aku sendiri jenis tak tahan nak duduk dalam rumah yang tak terurus. Kalau aku jenis hati kering, memang aku biarkan je apa nak jadi dengan rumahtangga. 

Orang yang nak kata aku duduk rumah tak buat apa tu sebenarnya duduk seorang diri je kat rumah. Tak ada suami, tak ada anak jadi jangan nak judge hidup aku macamana. Rumah dia harap kat ruang tamu je bersih. Kalau masuk dalam bilik dan ke dapur dia...geli aku dibuatnya! Masa dia duduk dengan mak aku dulu pun, bilik air tak pernah bercuci dan habuk dalam bilik tak pernah di buang, sampai mak aku sendiri bising so jangan nak menilai aku pula. Cermin diri sendiri sikit.

Tak perlulah aku nak listkan apa aktiviti dan kerja yang aku lakukan di rumah sebab semua surirumah akan melakukan kerja yang sama cuma aku ada tambahan kerja di hadapan komputer. Kerja2 aku memang kena duduk mengadap komputer. Agaknya sebab tu orang kata aku tak ada kerja kot. Tapi ingat duduk depan komputer ni best sangat? Sakit belakang dan bahu aku ada korang ambil tahu?

Atau mungkin aku cuma ada anak seorang je, sebab tu orang ingat kerja aku menjadi senang. Memang Tuhan nak kurniakan anak kat aku sorang tapi anak soranglah memerlukan perhatian dan layanan lebih dari aku. Disebabkan sorang diri, anak aku tak ada teman nak bermain. Balik je dia dari sekolah, dia dah mula mencari aku untuk diajak bermain, bersembang dan segalanya. Kalau tak nak dilayan, terasa kesian sangat. Orang lain yang adik beradik ramai bolehlah nak ajak abang, kakak atau adik main bersama tapi anak aku nak ajak siapa kalau tak mama @ abah dia? Disebabkan abah dia pun sibuk memanjang, keluar pagi balik malam, siapa lagi yang tinggal untuk menemankan dia kalau tak aku? Anak aku juga jenis yang tak pandai nak berdikari lagi. Makan atau mandi dan beberapa perkara lagi masih memerlukan bantuan aku. Even nak tidur pun aku kena tidurkan dia.

Atau mungkin aku tak sehebat kakak aku? Kakak aku pun surirumah tapi dia buat kek sambil-sambilan kat rumah dan setiap hari dia akan menerima order jadi nampaklah sibuknya dia kat situ. Aku tak ada niat nak tandingi atau cemburukan kakak aku tapi bila setiap orang kalau nak bercerita depan aku mesti nak tonjolkan kehebatan kakak aku. Itu bakat dia dan rezeki yang dah Allah tentukan untuk dia, syukur untuk dia. Mungkin pintu rezeki aku belum sehebat dia lagi sebab bisnes online aku pun tak mampu nak tandingi pendapatan bulanan dia. Aku redha.

Mungkin ke aku ni terlalu mudah terasa? Bagi orang yang tak berada di tempat aku tak akan faham apa perasaan aku. Aku dah menanggung dan memendam banyak perkara. Hati aku dah tak cukup kuat nak bertahan dan gembira. Bila tengok hidup orang lain yang senang, bahagia dan murah rezeki, aku gembira. Mungkin belum masanya untuk aku menimati semua tu. Allah cuma turunkan ujian kecil buat aku. Ada orang lain yang ujian hidup mereka lebih besar dan hebat daripada aku.

Kadang-kadang aku rasa nak mengurungkan diri seorang diri tak perlu nak berdepan dengan masyarakat sebab hati aku sakit dengan mulut-mulut berbisa sesetengah daripada mereka. Aku bahagia dengan hidup aku dan aku tak perlu orang lain untuk memusnahkan kebahagiaan hidup aku dengan mulut-mulut longkang mereka. Biar aku dikategorikan tak bergaul dengan masyarakat pun tak apa daripada aku menempah dosa dengan memaki mereka di dalam diam.

Sekian luahan perasaan untuk hari ini!

Saturday 3 November 2012

EGGWHITE

Bangun tidur pagi tadi masa nak pee..pee..tiba2 nampak something macam eggwhite. Betul ke? Aku try sentuh dan tarik. Agak melekit dan tak putus. Mungkin ya kot! Lagipun hari ni CD ke 17. So, dalam 2-3 hari ni aku kenalah berusaha sikit kot. Tapi macamana? Semalam dah merajuk dengan suami :(

Sumpah sebelum ni aku tak pernah ambil tahu pasal eggwhite. Aku tahu kalau ovulasi akan keluar cecair macam eggwhite tapi aku tak pernah kisah nak perhatikan semua tu. Sejak2 rajin baca forum ni, setiap hari aku perhati. Dan hari ni barulah aku rajin menyentuh benda alah tu. Mungkin ke sebab tu semalam aku sakit kepala? Eh, ada kaitan tak? :D

Sekarang ni aku dok tengah pikir macamana nak ajak suami BD :)

Friday 2 November 2012

PANASNYA HATI AKU!

Hari ni cadang nak ke Giant membeli barang-barang dapur yang dah haus. Lepas Afif ke tadika dan lepas aku duduk merehatkan diri sekejap selepas penat menggoreng pisang untuk bekalan Afif ke tadika (dia request nak bawa ke tadika nak jamu kawan-kawan), aku pun duduk bersarapan sekejap sebelum bersiap untuk ke Giant.

Pukul 10, aku dan suami pun sampailah ke Giant yang hanya 5 minit dari rumah tu. Suami aku ni bila ikut aku mulalah dia buat muka bosan dia...ngantuklah apalah. Kadang-kadang aku rasa baiklah aku shopping sorang-sorang, senang hati nak berjalan cuci-cuci mata selepas terperuk je kat dalam rumah. Bila dia dah ada ni, aku nak singgah merata pun tak boleh :(

Okey2, takyahlah nak cerita sangat apa yang aku beli kat Giant tu. Aku cuma nak ceritakan ke'PANAS'an hati aku selepas balik dari Giant tu. Dalam pukul 12.30 tghr tu siaplah kami membeli & mulalah bergerak menuju ke tadika Afif untuk ambil dia. Tadi dah call tadika suruh Afif tunggu kat sana & jangan naik van. Kalau dia balik naik van nanti, siapa pula nak ada kat rumah?

Lepas ambik Afif tu, aku peringatkan balik suami aku suruh beli lauk untuk makan tengahari. Perut pun dah berkeroncong. Tadi pagi cuma makan 2 ketul pisang goreng je. Beli lauk tu kat depan rumah kami je. Jadi, suami teruslah belok ke depan gerai tu. Mulanya tadi dah suruh dia beli lauk dalam Giant je, katanya nak beli kat kedai depan rumah ni, jadi aku tak naklah bantah. 

Alih-alih, dah tercongok depan kedai tu, dia boleh pulak ajak aku turun sekali untuk pilih lauk. Aku malaslah kalau setakat nak pilih lauk, dia pun boleh pilihkan. Tak payahlah nak ajak aku sekali kot! Aku minta Afif temankan, dia tak nak. Duduklah kami dalam kereta tu dok tunggu apa pun aku tak tahu. Aku dah macam berangin dah sebab benda tu kecik je, nak pilih lauk je...apasal nak ajak aku sekali? Nak makan bukannya ramai, kami 3 beranak je pun. Pilih 2-3 jenis lauk dahlah! Katanya tak tahu aku nak makan apa. Aku ni makan tak cerewet ok! Beli ikan, aku makan. Beli ayam pun aku makan. Beli daging pun aku makan. So, apa masalah besar sangat ni? Yang cerewet makan tu dia, so baiklah dia yang pergi pilih lauk. (Suami aku ni memang macam tu, kalau makan kat kedai tu, 2-3 kali dok main tolak2 menu sebab aku suruh dia order, dia suruh aku order. Itu kalau dah sampai kedai. Kalau belum tahu nak makan kat mana, pun macam tu...dok suruh aku cakap kat mana nak pergi. Pergi je la mana-mana bang oiii, kalau adik rasa tak suka nanti aku reject je...huh!). Korang mengalami masalah yang sama tak dengan aku? Aku kadang-kadang tension betul! Suami aku ni nama je nak masuk 4 series tapi perangai tak melambangkan langsung umur dia.

Aku tunggu punya tunggu, dia tak bergerak juga nak keluar dari kereta. Last-last aku kata, nak beli...belilah, tak nak beli jom balik! Aku dah angin satu badan. Tadi cakap lain, sekarang lain pula jadinya. Kalau tadi beli lauk dalam Giantkan senang, aku pun ada boleh pilih lauk. Sekarang ni, nak suruh turun 4-5 tapak nak pergi beli lauk, dia boleh buat perangai macam tu pulak! Kalau dia suruh aku, aku tak nak...mulalah dia bersyarah macam guru agama kata aku ni tak berdikari la, aku ni..aku tu...bila kena kat dia, tak apalah pulak!

Mula aku ingat dia nak beralah dan turun, rupanya dia terus masuk gear dan balik rumah. Panasnya hati aku Tuhan saja yang tahu. Aku rasa nak menjerit2 je kat situ. Bukannya apa, faham-fahamlah dah beli barang dapur, balik nanti nak mengemas lagi...nak menyiang ikan lagi (hari ni beli stok ikan banyak pulak tu!)...nak memasak pula! Aku memang tak laratlah!! Aku berharap sangat suami aku ni bertimbang rasa dan kesiankan bini dia. Bukan nak minta bawa makan kat hotel pun, cuma tolong belikan lauk je, nasi aku dah offer nak masak sendiri.

Balik rumah dah pukul 1 tghr. Suami dah siap-siap nak Solat Jumaat. Afif aku offer roti dulu buat alas perut. Aku yang lapar giler ni terpaksalah tahan je perut. Lepas tukar baju terus masuk dapur & kemas barang-barang yang beli tadi. Sayur semua masukkan dalam bekas. Siap-siapkan barang nak masak nanti. Siang ikan-ikan, udang & sotong....dekat pukul 5 ptg baru siap semua. Sampai suami aku dah balik solat, dah sedap-sedap lepak main games dengan anak...aku masih di dapur & berdiri selama 4 jam. Letih tak payah nak cakap sampai sakit belakang aku ni rasa macam nak pitam je...mana taknya, perut dahlah lapar!

Aku jamu dulu anak dan suami makan. Marah tu marah juga tapi makan dia aku mesti kena jagalah. Lepas diaorang dah makan, baru aku pula makan. Sekarang ni masa tengah menaip ni, kepala aku dah mula rasa berdenyut-denyut. Migrainlah tu. Dah lama juga aku tak kena migrain ni, sekarang nampaknya macam rajin pula nak kena balik. Nanti aku nak try minta tolong suami picitkan kepala, nak tengok dia kesian ke tidak dengan bini dia ni....;)

Thursday 1 November 2012

BLOG-BLOG TTC

Sejak akhir-akhir ni aku rajin pula menjenguk dan membaca blog-blog orang yang sedang ber'TTC'. Aku faham perasaan diaorang macamana...sedih, stress, marah & macam-macam lagi. Tapi orang kata kalau nak mengandung ni kena kurangkan stress...macamanalah nak kurang stress kalau sekeliling kita ada je benda-benda yang membuatkan kita tersentap :(

Bagi yang hidup mereka selepas berkahwin terus mengandung atau setahun sekali mengandung, mungkin istilah TTC ni agak 'weird' di pendengaran tapi bagi orang yang macam kami ni TTC tu dah sinonim dalam kehidupan seharian. Rasanya setiap hari, bangun tidur, sebelum tidur mesti fikirkan benda ni...kesian kat kamikan?

Aku pun macam kawan-kawan TTC yang lain, selalu juga terfikir kenapa benda ni jadi kat aku? Sedangkan keluarga sebelah mak mahu pun sebelah ayah aku tak ada yang ada masalah kesuburan. Semuanya subur-subur belaka. Semuanya anak lebih dari 3 orang. Emak aku sendiri 5 orang anak. Keluarga suami aku pun rasanya tak ada yang ada masalah. Kakak aku yang agak berisi badannya pun kalau tak berjaga-jaga, mahu tiap-tiap tahun mengandung. Sekarang pun anak dia dah 5 orang (seorang meninggal selepas lahir). Dia pernah cerita kat aku, bukan dia tak ambil pil perancang tapi lekat juga. Subhanallah, senang sungguh! Sedangkan aku yang tak pernah langsung terfikir nak ambil pil perancang ni tak pernah nak tersangkut.

Dulu aku ada kawan kat ofis, badan dia memang sihatlah. Isi dia memang padat. Kalau ditekan memang pejal. Kalau dia ketawa, memang berkocak-kocak perut dia tapi senang je dia lekat. Kali terakhir jumpa dia dalam 3-4 tahun lepas, anak dah 3. Sekarang ni tak tahulah. Sepupu aku pun ada sorang yang badan boleh tahan berisi tapi pun senang lekat. Umur dia setahun je tua dari aku tapi anak dah 5 nak masuk 6 (2 orang meninggal dalam perut - kembar-). So aku rasa lebih berat badan menganggu kesuburan tu sekadar mitos je.   

Aku tak pernah sentuh pil perancang lepas melahirkan Afif. Aku dan suami dah berbincang pasal pil perancang. Aku bagitahu suami aku tak nak ambil sebab seorang pun aku susah nak lekat, kalau makan pil perancang sok silap-silap tak lekat terus. Bila doktor sarankan aku ambil pil perancang, aku jadi takut sangat macam fobia. Aku takut aku takleh ngandung lagi, sampai macam tu sekali. Tapi, walaupun tak makan pil & tak pernah merancang, sekarang dah 5 tahun, aku tak juga mengandung. Macamana tu?? Apa sebenarnya masalah aku ni? Kalau aku tahu aku ada PCOS ke endometriosis ke tak apa tapi bila check semua ok. 

Pernah aku jumpa doktor, doktor tanya aku kenapa tak ambil pil perancang? Aku cakaplah aku tak nak merancang pun. Doktor marah aku pulak. Doktor kata pil perancang tu bagus sebenarnya sebab boleh stabilkan hormon kita. Oooo...manalah aku tahu sebab aku dok ingat pil perancang tu tujuannya cuma nak sekat benih suami aku bertemu dengan benih aku je. Dulu kenapa doktor tak explain pun pasal ni? Doktorlah yang salah!

Bila aku dah rajin melawat blog-blog orang yang tengah TTC ni, banyak juga input dan semangat yang aku dapat. Terima kasih kepada blogger-blogger ni yang tak kedekut ilmu. Sekarang aku dah kembali bersemangat nak mencuba balik segala tok nenek perubatan yang ada. Tapi buat masa ni aku kena cuba makan ubat-ubat yang simple dulu sebab kalau nak ke hospital atau pakar-pakar, sumber kewangan pulak terhad :( Tunggu dapat BR1M tahun depan dulu kot :D




CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...